CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Setahun Maut Ibu Bapa Berlumba Kereta

17-7-2020 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6160| Komen: 26

Bayi lelaki berusia setahun maut akibat ego dan kebodohan ibu bapanya.

Menurut media tempatan yang dipetik AWANI, mangsa maut dalam kemalangan di Las Vegas selepas ibu bapanya memutuskan untuk 'berlumba' di jalan raya selepas membuat temu janji bagi membincangkan isu hak penjagaan anak.



Gambar hiasan

Menurut laporan, Royce Jones yang berada di tempat duduk kanak-kanak maut di tempat kejadian selepas Hyundai Sonata dipandu ibunya, Lauren Prescia, 23, merempuh penghadang konkrit pada kelajuan 200 kilometer sejam.

Lauren yang memandu dalam keadaan mabuk bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi rakaman dashcam beberapa saat sebelum kejadian, kereta dipandu wanita itu dilihat memecut menghampiri SUV Mercedes putih yang dipandu bekas suaminya Cameron Hubbard-Jones, 23, pada kelajuan sekitar 150 kilometer sejam.

Lauren yang ditahan dan hadir ke mahkamah bagi sebutan kes pada Selasa berdepan tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian dan melakukan penderaan kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian.


Manakala, Hubbard-Jones berdepan tuduhan menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 17-7-2020 06:11 PM
bodo piang punya mak ayah. kau tak patut membiak


Hyundai Sonata dipandu ibunya, Lauren Prescia, 23, merempuh penghadang konkrit pada kelajuan 200 kilometer sejam.Lauren yang memandu dalam keadaan mabuk bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

iklan percuma utk hyundai sonata
Quote Artemesiaa 17-7-2020 06:14 PM
Sendiri yang bertindak kurang bijak akhirnya kedua2nya hilang terus hak penjagaan
Quote MissVixen 17-7-2020 06:14 PM
Mak pak tak guna. Bayi punya carseat pun tak pasang elok2 agaknya.

Wow. Hebat juga hyundai ni eksiden dengan kelajuan 200km/h pun hidup lagi. Lagi elok chasis dan ciri keselamatan dari kereta jepun.
Quote shernazz 17-7-2020 06:28 PM
Jilaka punya mak
Elok.la dipenjara.maksimum.mungkin
Dan dipsycho oleh banduan dalam tu sampai naik.gila
Dan bunuh diri
Quote 234126 17-7-2020 06:41 PM
200km/j. Impak dia, adui.
Quote redz85 17-7-2020 06:43 PM
sekarang dah tak payah nak bincang lagi hak penjagaan anak..
Quote cmf_almondpecan 17-7-2020 06:44 PM
MissVixen replied at 17-7-2020 06:14 PM
Mak pak tak guna. Bayi punya carseat pun tak pasang elok2 agaknya.

Wow. Hebat juga hyundai ni eks ...

Bukan setakat hidup lagi. Tak cedera langsung kata report. Biar betul
Quote jerukkedondong 17-7-2020 06:50 PM
Elok.lah anak tu terkorban..
Ada mak ayah pun pun toksik..kaki botol
Quote pinklepie 17-7-2020 07:32 PM
Sekarang dua-dua tak dapat. Puas hati
Quote sarah82 17-7-2020 08:46 PM
RIP dik.. Mak bapa ang spesis babi berwajah manusia.
Quote Xim 17-7-2020 08:49 PM
Gila 200km/j....aku baru 5saat 130km/j abah aku dah bdehem kat sblh....turun balik jd 10km/j....

Nape mak dia x mati ek?sbb mabuk ke?kuat sungguh
Quote epuepy 17-7-2020 08:52 PM
Sudah nye, dua2 x dpt. Bodoh piang punye mak bapak
Quote faraway1 17-7-2020 08:56 PM
Ok tak perlu gaduh dah pasal rebut Anak..
Quote Knowlee 17-7-2020 09:02 PM
Dua dua bangang, eloklah Tuhan je yg jaga anak tu. Daripada dia membesar hidup tak tentu arah dgn mak bapak bangang mcm tu.
Quote ikanmasin 17-7-2020 10:28 PM
mak bapa tak guna...itu jer yg sesuai..
Quote Kurex 18-7-2020 12:27 AM
Leluhurrrrrrrr bertamadun kan...
Quote samien_Line 18-7-2020 01:24 AM
Laju betul depa tekan..
Quote siputpepel 18-7-2020 11:13 AM
Pelik. yang mabuk pulak selamat
Quote LadyCarefree 18-7-2020 05:35 PM
Syukurlah baby tu mati. Hidup pon tersiksa je. Now aman2 baby tu masuk syurga selamanya

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.239697 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top