CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paksa Anak 12 Tahun Jadi Isteri Ke-2 Lepas Ditawarkan 4 Lembu Sebagai Mas Kahwin

17-7-2020 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3736| Komen: 13

Description: Seorang bapa tergamak memaksa anak perempuan berusia 12 tahun berkahwin dengan dua lelaki, masing-masing berusia 51 dan 35 tahun dalam tempoh sebulan sebelum diselamatkan di Kenya.
Budak perempuan berusia 12 tahun dipaksa berkahwin dengan dua lelaki, masing-masing berusia 51 dan 35 tahun dalam sebulan sebelum diselamatkan di Kenya.

Memetik Daily Mail, bapanya berasal dari puak Maasai di Daerah Narok, barat daya Nairobi, kini diburu polis.



Gambar hiasan

Mangsa mendakwa, bapanya memaksa dua kakaknya berkahwin dan mahukan perkara sama untuknya selepas lelaki berusia 51 tahun terbabit menawarkan empat ekor lembu sebagai mas kahwin jika bersetuju menjadi isteri keduanya.

Baginya, ia adalah masa yang tepat untuk berkahwin ketika sekolah ditutup akibat coronavirus.

Selepas menolak permintaan itu kerana mahu menyambung pengajiannya, mangsa dibelasah beberapa sepupu lelakinya dengan alasan dia telah memalukan keluarga.

"Perempuan dilahirkan supaya orang lain boleh makan. Apa yang saya mahu adalah adalah untuk mendapatkan mas kahwin," kata bapa mangsa.


Difahamkan, mangsa mengahwini lelaki berusia itu tetapi melarikan diri dua minggu kemudian.

Berkata kepada akhbar Kenya, Standard, kanak-kanak itu mendakwa dia terpaksa 'kahwin lari' dengan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun yang sudah berkahwin untuk melarikan diri dari suami pertamanya itu.

Namun, bapa mangsa berjaya mengesannya dan mengheretnya pulang kepada suami pertama.

Menurut laporan, sebuah kumpulan memperjuangkan hak asasi kanak-kanak mendapat maklumat mengenai mangsa ketika  menyelamatkan seorang kanak-kanak lain.

Sementara itu, Duta Keamanan Narok, Joshua Kaputa yang menyelamatkan mangsa berkata, bapa dan dua suaminya kini menyembunyikan diri.

Dakwanya, kemiskinan dan petupan sekolah akibat pandemik itu menyaksikan peningkatan kes perkahwinan di kalangan kanak-kanak di negara berkenaan.

Gadis muda cenderung dilihat sebagai komoditi yang boleh diperdagangkan. - CARI

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 17-7-2020 11:18 AM
Pening aku nak faham berita ni
Quote shernazz 17-7-2020 11:30 AM
Maknanya lakinkedua tu konon nak selamatkan budak tu?
Last last semua kecut punai
Quote Artemesiaa 17-7-2020 01:20 PM
Macam  menjual anak dengan lembu demi makanan mujur dah diselamatkan
Quote takayama 17-7-2020 01:47 PM
kurang ajar betul si bpk dan juga suami2 yg kecut telo, dia nk sambung beljr di paksa kawen demi 4 ekor lembu dan statement si bpk tu rs nk kaki kaki kan aje, zaman dah modern tp dia msh kuno hanya sbb kemiskinan
Quote adila39 17-7-2020 01:51 PM
dapat lembu then depa buat apa ya? omg kesian betul
Quote syamzana 17-7-2020 01:54 PM
amboi stetmen "pompuan dilahirkan supaya org lain boleh mkn". cacat ke tak reti cari mkn sendiri?merata bangsa negara ada jantan sejenis bewak ni ye.
Quote missus_meow 17-7-2020 02:03 PM
yg ni dpt diselamatkan ... entah bape ramai yg sudah dan akan jd mangsa
Quote Aerhys 17-7-2020 02:43 PM
Bersyukur kita tak dilahirkan di negara2 didominasi male chauvinists seperti mereka.
Quote siputpepel 17-7-2020 02:47 PM
Kesiannya hak seorang anak dicabuli begitu sahaja.
Quote allshares 17-7-2020 02:56 PM
Eh nk dptkan hasil bela la lembu, kambing, ayam. Bukan bela anak pompuan utk di "barter" kan dgn makanan. Eh menyirap pule kite
Quote ikanmasin 17-7-2020 03:11 PM
lembu2 lg penting dr anak perempuan..bapa tak guna.
Quote samien_Line 18-7-2020 12:43 AM
Teruk2.. apa nk jadi dengan dunia ni..
Quote husna_amal 21-7-2020 09:38 AM
Serupa dengan perangai orang zaman jahiliah.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062884 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top