CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Bulan Ali XPDC Tak Lena Tidur Sakit melecur Disambar Api

27-6-2020 12:43 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5836| Komen: 26|Original author: Oleh: LilRose

Hampir tiga bulan penyanyi XPDC, Ali, 52, merana tidak boleh tidur lena menanggung kesakitan akibat melecur disambar api pada 26 Mac lalu.

Menurut laporan Harian Metro, akibat melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki, berat Ali juga turun mendadak sehingga 20 kilogram.



Kredit foto: FB Ali Russia

"Kalau saya terjaga pada waktu malam memang payah nak tidur. Kadang-kadang saja dapat terlelap, mungkin disebabkan terlalu keletihan," katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Ali membakar sampah di belakang rumah di Kampung Rantau Panjang, Klang sebelum api menyambar bahagian muka dan tangan apabila dia menggunakan petrol.

"Saya juga perlu jaga pantang supaya luka melecur cepat sembuh. Setakat ini, semuanya berada dalam keadaan baik cuma saya tidak boleh berdiri terlalu lama kerana rasa seperti dicengkam akibat pertumbuhan kulit baru."


Dalam masa sama, Ali menjelaskan bahwa gambar yang dikongsi kenalannya di Facebook, Ali Russia bagi memohon bantuan sumbangan untuk meringankan beban Ali adalah gambar lama.


Loading FB Post...

"Sebenarnya itu gambar lama ketika kejadian baru berlaku. Sebelum ini saya tidak kongsikan kepada sesiapa dan saya simpan. Apabila sudah okey mereka minta izin untuk muat naik di media sosial sebagai iktibar kepada orang lain.

"Namun, ada juga yang fikir itu adalah keadaan terkini walhal ia gambar lama. Saya harap perkongsian gambar itu dapat dijadikan iktibar kepada semua orang supaya berhati-hati ketika membakar sampah atau melakukan perkara yang membabitkan api," katanya. 

Sesiapa yang mahu menghulurkan sumbangan, boleh dapatkan maklumat di FB berkenaan, ya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 27-6-2020 12:56 PM
Ni ali xpdc yg rambut panjang dulu tu? Lain benar muka dia lpas kejadian. Semoga dipermudahkan urusan beliau
Quote padris 27-6-2020 01:00 PM
Semoga cepat sembuh,  
dipermudahkan urusan semasa treatment..
Quote mdhelmi 27-6-2020 01:04 PM
benang dah ada tp xpe layan je la

tiba2 terkesan pulak terbayang cane agaknya manusia kene bakar kat akhirat nanti
nauzubillahiminzalik
Quote LautBiru52 27-6-2020 01:08 PM
Adui sakitnya. Kita yg terkena minyak masak setitik dua pun perit sgt rasa lagikan byk mcm tu. Semoga cpt sembuh la ye
Quote MissVixen 27-6-2020 01:25 PM
Tuang petrol masa ada api memang menyambar. Kalau diesel ye la tak terbakar. Dekat 9gag banyak video mat saleh kena sambar jugak.
Quote helicornia 27-6-2020 01:51 PM
dia ni yg bakar sampah dgn petrol.kan? mmg menempah api la bang
Quote Lengkong 27-6-2020 01:57 PM
Semoga cepat sembuh dan ada yang sudi membantu

Quote Esel768 27-6-2020 04:25 PM
Aduh x dpt bayang sakitnya tuh.. Kena air panas pun dh menitik2 air mata
Quote underground 27-6-2020 04:52 PM
sakit paling sakit di dunia, terbakar.

second, sakit beranak.

aku melecur masa remaja kena ekzos motor lama dulu pun masih terngiang2 lagi bisa dia.

Quote kbyne 27-6-2020 05:01 PM
Jauh dah duduk,ingat dulu masa muda dia duduk Sentul.
Quote edee_91 27-6-2020 05:11 PM
semoga sembuh tumbuh kulit baru pinkish2.
Quote TravellingBear 27-6-2020 05:14 PM
underground replied at 27-6-2020 04:52 PM
sakit paling sakit di dunia, terbakar.

second, sakit beranak.

ehyeke... bukan ke sakit kanser paling sakit. siap kasik morphin lagi nak legakan patient. Dah la all the time. tkde waktu yg terkecuali dari rasa sakit...... sehingga lah malaikat maut datang
Quote kristalbaby000 27-6-2020 10:30 PM
didoakan ali cepat sembuh. mmg seksa kne second degree burn ni. family member iols baru kene. mmg seksa. bila nk dressing luka melecur tu mmg menjerit2. darah meleleh everywhere sblom nk tumbuh "baby skin". semoga keluarga Ali tabah menjaga beliau. bukan senang utk ahli keluarga kuat semangat dlm menghadapi dugaan ini. meols pon ashik menangis tgok family member meols kene dulu. alhamdulilah da sembuh almost 60%... get well soon ali.
Quote Cassieopeia 28-6-2020 12:07 AM
moga cepat sembuh utk ali.. xtrbyg sakitnya tu
Quote supernaturalee 28-6-2020 02:03 AM
TravellingBear replied at 27-6-2020 05:14 PM
ehyeke... bukan ke sakit kanser paling sakit. siap kasik morphin lagi nak legakan patient. Dah la  ...

Kanser tu penyakit

Terbakar dgn labour bkn penyakit
Quote TravellingBear 28-6-2020 02:25 AM
supernaturalee replied at 28-6-2020 02:03 AM
Kanser tu penyakit

Terbakar dgn labour bkn penyakit

owh ok . tq atas pencerahan
Quote any42 28-6-2020 03:13 AM
kesiannya. kaki, tgn muka smua kna yeh. main dgn api kna hti2. semoga jd pngjaran bsama. didoakn cepat2 smbuh. sedih btul klau tgk org tua atau bdk2 sdang mnanggung sakit
Quote sekngucing 28-6-2020 03:36 AM
underground replied at 27-6-2020 04:52 PM
sakit paling sakit di dunia, terbakar.

second, sakit beranak.

mati lemas lah paling sakit sekali...
Quote husna_amal 29-6-2020 10:00 AM
Tengok pun terasa perit kesakitan melecur ni. Mujur ali xpdc semakin sembuh.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037217 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top