CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siapa Kata Eizlan Yusof Dah Tak Boleh Berlakon, Mengarah?

18-6-2020 10:29 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8981| Komen: 35|Original author: Oleh: LilRose

"Saya masih aktif menerima tawaran."

Siapa kata Datuk Seri Eizlan Yusof dah tak boleh berlakon dan mengarah selepas dilantik sebagai Ahli Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS)?



Kredit foto: IG

Dalam temu bual bersama Gempak, Eizlan menjelaskan bahawa beliau masih mengambil tawaran berlakon dan mengarah serta kerja belakang tabir.

"Saya masih aktif menerima tawaran. Benar, ada yang salah faham menganggap saya sudah memperlahankan kerjaya selepas nama saya diumum sebagai salah seorang Ahli Perbadanan FINAS.



"Tapi, sebenarnya saya masih aktif seperti dahulu dan bila ada yang anggap saya perlahankan kerjaya seni, itu cuma salah faham sahaja," kata Eizlan kepada Gempak.

Tegasnya, dia akan berusaha menjadi Ahli Perbadana FINAS yang bertanggungjawab untuk memperkasakan industri.



"Saya orang industri, semuanya rakan-rakan saya. Mereka yang lebih tua saya anggap sebagai kakak dan abang manakala yang lebih muda saya anggap sebagai adik-adik saya.

"Kami bagaikan satu keluarga. Apabila saya dan yang lain diberi tanggungjawab dalam FINAS, kami berazam untuk menjalankan tugas untuk memperkasakan industri kreatif tanah air," katanya lagi.



Eizlan juga bakal muncul dalam filem terbaru, Town Mall.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 18-6-2020 10:34 AM
Tak, masalahnya siapa yang kata???
Quote LostStar 18-6-2020 10:38 AM
town mall.. wow.. boleh la tgk t.. sama debar x mcm cerita dlm novel tu nanti..
Quote terpaling 18-6-2020 10:45 AM
mieymiey replied at 18-6-2020 02:34 AM
Tak, masalahnya siapa yang kata???

hahah tergelak aku baca ayat ko.. mmg takde sape kata masalahnya..
Quote 234126 18-6-2020 10:46 AM
apa itu kol. Bersekutu PA kat title dia tu?

Cantiknya anak2
Quote TerataiMelur02 18-6-2020 10:53 AM
Cantik sangat anaknya zara tu
Quote MatDeghem 18-6-2020 10:53 AM
Dulu masa nak kawin bukan main rahsia  muka isteri muda nya.....kata nya cantik tak boleh di bawak bincang

ingatkan mesti lah meletop kalahkan Che pUan  juliana evans.
Tapi sekadar Muka typical sabah sarawak.  Majlis jutaan ringgit. Kelakorrr




Quote anggeriklatifah 18-6-2020 11:05 AM
ex isteri dia vie shanti dah bambam tapi raut wajah masih jelita  seindah puteri kayangan
tangkap ler gambar angel camna...tetap cantik cuma badan bambam yela anak empat kan
Quote Lengkong 18-6-2020 11:06 AM
Putih gebunya anak2 dia

Quote LadyCarefree 18-6-2020 11:09 AM
MatDeghem replied at 18-6-2020 09:53 AM
Dulu masa nak kawin bukan main rahsia  muka isteri muda nya.....kata nya cantik tak boleh di bawak b ...

Oh ye? Hmmm biasa bebenor muka wife dia. Kaya ke dia buat majlis jutaan ringgit?
Quote mieymiey 18-6-2020 11:11 AM
terpaling replied at 18-6-2020 10:45 AM
hahah tergelak aku baca ayat ko.. mmg takde sape kata masalahnya..

Tiberrrr ada orang kata dia dah takleh berlakon.
Quote husna_amal 18-6-2020 12:27 PM
comel2 anak dia ni.
Quote NekNgah 18-6-2020 12:34 PM
234126 replied at 18-6-2020 10:46 AM
apa itu kol. Bersekutu PA kat title dia tu?

Cantiknya anak2

PA - Pertahanan Awam.  Ramai juga artis join PA ni.  Sama macam join Wataniah rasanya.

Dah ada Dato Sri, sesuailah di pangkat Kolenel, takkan setakat Sarjan.
Quote aleesyasofia 18-6-2020 04:16 PM
comel2 anak heols.. mak pak lawa.. anak pon eloklah kejadiannya...
Quote Boomibulat 18-6-2020 04:34 PM
Edited by Boomibulat at 18-6-2020 05:17 PM
234126 replied at 18-6-2020 10:46 AM
apa itu kol. Bersekutu PA kat title dia tu?

Cantiknya anak2

Eizlan Yusof naik pangkat, kini kolonel APM

Mungkin rezeki bakal pengantin, pelakon Eizlan Yusof dinaikkan pangkat daripada Lt kolonel bersekutu (PA) kepada kolonel, pagi tadi.

Majlis pemakaian pangkat pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam KPj (PA) Roslan Wahab, di ibu pejabat APM di Bangi.

Eizlan telah lama bergiat aktif bersama APM dan istimewanya dia yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 13 Disember depan akan tampil dengan persalinan pakaian seragam istiadat APM.

Selain Eizlan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Ahmad Idham Nadrzi turut dinaikkan pangkat kepada kolonel dalam majlis sama.


Quote Lailerthee 18-6-2020 04:50 PM
Wife dye comel sungguh
Quote 234126 18-6-2020 05:13 PM
NekNgah replied at 18-6-2020 12:34 PM
PA - Pertahanan Awam.  Ramai juga artis join PA ni.  Sama macam join Wataniah rasanya.

Dah ada  ...

Ya lah kan. Kelakar pulak sarjan  nak bagi kat dato seri
Quote 234126 18-6-2020 05:15 PM
Boomibulat replied at 18-6-2020 04:34 PM
Eizlan Yusof naik pangkat, kini kolonel APM

Mungkin rezeki bakal pengantin, pelakon Eizlan Yuso ...

oh dah lama dia aktif dengan APM ni rupanya. Tq chuol
Quote Potato_kering 18-6-2020 05:45 PM
MatDeghem: Dulu masa nak kawin bukan main rahsia  muka isteri muda nya.....kata nya cantik tak boleh di bawak bincang ingatkan mesti lah meletop kalahkan C ...

Hahahahah... Kan... Pastu terselit berlakon aritu. Ngelat.. tak keje hotel lagi ke.
Quote Tinot7 18-6-2020 05:53 PM
tahniah.. comel anak2 hang

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062280 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top