Belum reda isu rumah tangga yang masih menjadi tanda tanya peminat, muncul pula khabar angin kononnya pelakon Laudya Cynthia Bella kini muflis. Khabar angin itu muncul selepas Laudya dikatakan dalam proses menjual kediamannya dengan Engku Emran di Jakarta Selatan yang menguatkan lagi spekulasi tersebut. Malah, menurut laporan TribunNews seperti dipetik mStar, jiran tetangga ada melihat beberapa individu dipercayai calon pembeli datang meninjau kediaman itu yang dijual pada harga kira-kira RM3.6 juta. "Kelmarin, saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo, tapi tak jadi kerana halamannya kecil," kata Titi Hayati menerusi YouTube Indosiar.
Sementara itu, seorang lelaki yang diarahkan mengubah suai kediaman berkenaan enggan mengulas lanjut apabila disoal mengenai kesahihan perkara itu. - CARI
|
Orix replied at 16-6-2020 01:15 PM
Aik mcm pelik je kalau dia muflis. Tgok LCB ni punya lifestyle idok le lavish mn pun. Dia pn byak bi ...
misuke replied at 16-6-2020 04:31 PM
acah2 macam jong ki dgn hye kyo la.. tp yg tu lg ganas.. diruntuhkan terus rumah tu... lcb xnak ada ...
ADVERTISEMENT