Berapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Bagaimana dengan persiapan raya pula? Anda dah 'bereskan' semuanya? Walaupun tidak akan semeriah tahun-tahun lepas dek kerana pandemik Covid-19, namun diharapkan ianya tidak mematahkan semangat anda sekeluarga untuk beraya. Jadi, untuk menaikkan semangat beraya, jom kita buat biskut raya paling senang dibuat iaitu Biskut Suji Badam yang hanya menggunakan empat bahan sahaja seperti dikongsikan Majalah Rasa ini. Sudahlah cara membuatnya senang, rasanya yang rapuh dan cair di dalam mulut juga membuatkan terasa asyik kala mengunyahnya. Apatah lagi dengan gandingan serbuk badam bersama minyak sapi, memang gerenti sedap! Jom kita tengok resipi asal oleh pengguna Facebook, Maria Bentalib. Cara membuatnya juga mudah. Ikuti sahaja langkah seperti dibawah. 1) Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu. 2) Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk badam. Uli hingga menjadi doh, rehatkan. 3) Gentelkan bulat-bulat kecil. Letakkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit. Inilah hasilnya, mudah dan menjimatkan. Boleh buat berulang kali sebab
pasti menjadi. Eh! Ini biskut yang sama Uqasha Senrose buat kan? - CARI |
kucingitam replied at 20-5-2020 11:31 AM
suji tu apa dia sebenarnya.. dan kenapa dipanggil suji...
sungguh dr kecik aku dok pikir pasal be ...
Hannan15 replied at 20-5-2020 12:41 PM
Bukan kea biskut suji diberi nama sbb ada tepung suji dlm bahan2, tp yg resepi ni takde pulak
whadda: penyabar btol la sape yg buat biskut raya ni.. iol takde kesabaran nak uli satu2
ADVERTISEMENT