CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Putus Kepala Dibunuh Ibu Tiri Angkara Cemburu

4-5-2020 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5502| Komen: 34

Wanita ditahan polis selepas disyaki membunuh anak tirinya berusia lima tahun akibat cemburu buta.

Kompas.com melaporkan, mayat mangsa tanpa kepala ditemui di saluran terusan air utama di Sidrap, Sulawei Selatan pada Khamis lalu.


Ketika disoal siasat suspek mengaku membunuh kanak-kanak lelaki itu kerana cemburu melihat suaminya terlalu sayangkan anaknya.


Gambar hiasan

Selain itu, wanita terbabit juga berdendam dengan suaminya yang sering memarahinya dengan mengeluarkan perkataan 'perempuan sial'.

Ketua Siasatan Jenayah Pinrang, Dharma Perwira mengesahkan mayat itu merupakan kanak-kanak yang hilang sejak 20 April lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek menculik mangsa dan membawanya dari Pinrang ke Sidrap menggunakan motosikal suaminya. Sebaik tiba di sebuah jambatan, mereka berjalan kaki sebelum suspek menolak mangsa hingga jatuh dan dihanyutkan sungai.


Sementara itu, bapa mangsa, Angga mengesahkan mayat berkenaan adalah anak sulungnya yang diculik dari rumahnya yang ketika itu sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.

Selain menculik, suspek juga mengambil telefon bimbit lelaki itu. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 3-5-2020 07:50 AM
Siapa kata makluk pompuan ni penyayang dan lemah lembut? Hati penuh taman
Quote noor2 3-5-2020 07:55 AM
batu kikir replied at 3-5-2020 07:50 AM
Siapa kata makluk pompuan ni penyayang dan lemah lembut? Hati penuh taman


Tapi dari kisah ni ..kalau betullah.... yg salah lelaki tu suka maki bini baru nya dah kenapa  ..

Dah mmg pembunuh tu tetap jahat sebab membunuh. .bunuhlah laki dia knp bunuh anak yg X bersalah. ...
Quote GarisDepan 3-5-2020 08:22 AM
Allahh... Anak tak bersalah jadi mangsa. Nauzubillah
Quote shernazz 3-5-2020 08:42 AM
Naseb dalam.cite Korban kasih tu mak dia tak bunuh anak dia tu kan...
Tapi mmg gila la...mak gila..bapak pon gila...
Quote nefnefnef 3-5-2020 09:01 AM
Ya Allah... Hilang akal agaknya pompuan ni
Quote jazaa100 3-5-2020 09:10 AM
Memang betul lsh laki dia panggil dia perempuan sial...

Mgkin perangai teruk selalu dera buddk tu.....
Quote sarah82 3-5-2020 09:20 AM
Bak kata Candice DeLong "sychotic mothers shoud not raising a child"...classic case cemburu.

Dan kalau layan siri Deadly Women.. Bila perempuan membunuh.. Lebih kejam dari pembunuh lelaki...ada kes anak, cucu, suami,  mentua sendiri dibunuh sebab insurans.
Quote felinecat 3-5-2020 09:39 AM
noor2 replied at 3-5-2020 07:55 AM
Tapi dari kisah ni ..kalau betullah.... yg salah lelaki tu suka maki bini baru nya dah kenapa  . ...

kene cek jugak laki die kenapa sayang sgt anak tiru.aku dh terpengsruh citer mimpi sumi
Quote epuepy 3-5-2020 09:40 AM
Lol. Cerai je la. Dh laki ko suka2 panggil ko jalangz. Ni x pasal2, masuk jail. Sabit kesalahan, kena tembak.
Quote noor2 3-5-2020 09:56 AM
felinecat replied at 3-5-2020 09:39 AM
kene cek jugak laki die kenapa sayang sgt anak tiru.aku dh terpengsruh citer mimpi sumi

Mimpi sumi tu best ke. ...susah betul kaka nk tengok filem Melayu ni..hehe. ..dari sembilu zaman dulu pun tengok kat TV pun X pernah hi hi. ..
Quote tikusmontok 3-5-2020 03:07 PM
felinecat replied at 3-5-2020 09:39 AM
kene cek jugak laki die kenapa sayang sgt anak tiru.aku dh terpengsruh citer mimpi sumi

Apa yg pelik..anak tu anak dia kan..mungkin dia lebih sayang bini lama dari bini baru. Bapa tu pun beraalah dlm hal ni.
Quote ulamalu 3-5-2020 03:13 PM
shernazz replied at 3-5-2020 08:42 AM
Naseb dalam.cite Korban kasih tu mak dia tak bunuh anak dia tu kan...
Tapi mmg gila la...mak gila.. ...

X tengok sgtlah cerita tu.  Kenapa Dynas nak bunuh Saharul Ridzwan?

Quote naina 3-5-2020 03:18 PM
bunuh la suami ko yg panggil ko sial tu? kenapa tak bahasakan sial sekali kat laki ko. baru kena buku dengan ruas. sedap2 panggil orang sial. tak pasal2 budak tak bersalah yg kena.
Quote sukacactus 3-5-2020 03:21 PM
Masin mulut lakinya, jadi pompuan sial sungguh
Hati2 mengungkap kata ya...jd doa tu
Quote Artemesiaa 3-5-2020 03:22 PM
Bila dendam marah dan cemburu bercampur apa pun berani dia lakukan untuk puaskan hatinya
Quote uori 3-5-2020 04:16 PM
tak sukanya baca berita macam nih
Quote blackberryprime 3-5-2020 04:17 PM
mungkin kawen bini baru sbb nak jadi kan bibik je kot jaga anak.mungkin la
Quote shernazz 3-5-2020 04:24 PM
ulamalu replied at 3-5-2020 03:13 PM
X tengok sgtlah cerita tu.  Kenapa Dynas nak bunuh Saharul Ridzwan?

Tak de lah
Dlm.cite tu xde bunuh bunuh
Haha
Iols bayangkan aje
Quote MissVixen 3-5-2020 04:33 PM
Trisna dah balik indon tinggalkan zul ke? Jadi pembunuh pulak dia dekat sana.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067908 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top