Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), majikan disaran mengekalkan sistem pembahagian pekerja di rumah dan pejabat. Memetik AWANI, perkara itu diusulkan Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif GigxGlobal, Shareen Shariza Datuk Abdul Ghani.
Langkah itu disarankan bagi mengelak orang ramai berkumpul di suatu tempat, khususnya di pejabat. "Bagi menjalankan tugas itu, adalah lebih baik semua pihak mengutamakan unit yang penting dan dibenarkan bekerja di pejabat manakala yang kurang penting boleh teruskan untuk bekerja di rumah buat masa ini. "Dengan cara itu, kita boleh cipta satu kombinasi yang tersusun, sekali gus mampu menjalankan tanggungjawab tanpa berlaku bentuk himpunan di sesuatu tempat," katanya. Katanya, kebanyakan syarikat ada garis panduan tertentu untuk melakukan kaedah berkenaan tanpa menjejaskan produktiviti harian pekerja.
"Sekarang ini kita hanya lakukan atau praktikkan sahaja kaedah ini dan syarikat boleh menyelaraskan operasi masing-masing dengan menggunakan sistem penjadualan tersusun," ujarnya. Jelasnya, kaedah ini mampu meningkatkan produktiviti dan bagi memastikan tata cara kerja yang lancar, banyak aplikasi boleh dimanfaatkan selaras dengan norma baru. - CARI
|
Artemesiaa replied at 4-5-2020 06:17 PM
Banyak mereka yang terus berkerja dari mula fasa pertama sehingga kini dah mengamalkannya. Bukan se ...
ADVERTISEMENT