Masih ingat dengan reaksi Vivy Yusof terhadap kecaman model dan pereka fesyen Nia Atasha Rosli? Kata Vivy, dia terkilan apabila koleksi tudung The Artsy dUCk yang baru dilancarkannya pada minggu lepas untuk membantu sebuah rumah anak yatim diperkotak-katikkan.
Nampaknya, isu terbaru Vivy yang dikatakan meniru idea kekasih pelakon Qi Razali itu semakin panas apabila model Alicia Amin pula tampil membidas kenyataannya itu. Alicia mendakwa usahawan kontroversi yang sepatutnya memohon maaf itu sebaliknya cuba menutup kesalahan dengan mempergunakan anak yatim pula. "Saya akan jual ubat, kemudian menderma ke rumah anak yatim sebab tidak salah membantu walau dengan apa cara sekalipun anda dapatkan wang tunai," tulisnya di Insta Story. Dalam masa sama, model itu menyeru model lain supaya memboikot Vivy Yusof sebagai tanda solidariti buat Nia. Alicia juga menjelaskan kenapa tindakan Vivy itu menjadi satu isu besar. Katanya, terlalu banyak kali ia berulang untuk dikategorikan sebagai 'tidak sengaja'. Apa pula respons Vivy terhadap dakwaan Alicia Amin ni nanti ya? - CARI
|
TerataiMelur02 replied at 4-5-2020 12:40 PM
Dah la kedekut, Curi hasil tangan orang, kengkonon rugi tapi handbag sentiasa yg up to date, tak fas ...
ADVERTISEMENT