Perkongsian maklumat terkini dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, negara kita berada pada kedudukan ke-17 dan telah mencatatkan bilangan penghidap Covid-19 seramai 50 orang.
Loading FB Post... Berita ini pastinya mengundang panik di kalangan rakyat, lagi-lagi setelah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa Malaysia telah memasuki gelombang kedua wabak Covid-19. "Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Covid-19 di negara ini merangkumi 22 kes. "Bagi gelombang ke-2, ada satu kluster Covid-19 yang dikenalpasti dan ia membabitkan kes ke-26. Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat dikesan. "Daripada jumlah kontak rapat berkenaan, 16 kes adalah positif, 19 negatif, manakala 180 individu masih menunggu keputusan," katanya dalam sidang media rabu lalu seerti dipetik BH Online.
Loading FB Post... Untuk maklumat, gelombang ke-2 wabak Covid-19 telah bermula pada kes ke-23 dan sehingga hari ini, 28 kes positif telah dilaporkan, manakala 22 kes pula telah sembuh sepenuhnya. Loading FB Post... Namun, pihak KKM menjelaskan bahawa gelombang ke-2 berkenaan masih lagi dalam keadaan terkawal selagi langkah pencegahan dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan. Dalam pada itu, KKM telah berkerjasama dengan pusat perubatan swasta dalam menjalankan dan memperkenalkan perkhidmatan pengambilan sampel untuk Covid-19 di rumah orang awam yang mahu menjalankan ujian pengesanan. Caj akan dikenakan oleh pihak swasta tersebut. Loading FB Post... Semua sedia maklum yang musim cuti sekolah menjelang tidak lama lagi. Ibu bapa dinasihati agar lebih berwaspada akan kesihatan anak-anak, peka menjaga kebersihan diri, dan elakkan melawat tempat-tempat berisiko. - CARI |
aiva replied at 6-3-2020 11:00 AM
memang dah tak bawk dah anak anak shopping
anak anak memng tahu laa corona virus
bila dorang aja ...
koko2 replied at 6-3-2020 11:15 AM
Aku sesaje test nk booking hotel resort kt area balok/beserah/cherating cuti sekolah sabtu ahad no.. ...
koko2 replied at 6-3-2020 03:15 AM
Aku sesaje test nk booking hotel resort kt area balok/beserah/cherating cuti sekolah sabtu ahad no.. ...
mizruncing replied at 6-3-2020 11:35 AM
dgr citer datuk yg kena tu dh berjalan n meeting merata kan. dh tau tak sihat pi la cek. dok rumah d ...
ADVERTISEMENT