CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa 'Studi' Guna Kanta Pembesar, Anak Petani Tak Sangka Cemerlang SPM

5-3-2020 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3330| Komen: 29

Description: Masalah penglihatan bukan menjadi penghalang kepada pelajar dari keluarga petani ini untuk berjaya cemerlang dalam SPM.Malah, Jane Teng Siew Wei dari Bintangor, Sarikei ini terpaksa menggunakan kanta ...
Masalah penglihatan bukan menjadi penghalang kepada pelajar dari keluarga petani ini untuk berjaya cemerlang dalam SPM.

Malah, Jane Teng Siew Wei dari Bintangor, Sarikei ini terpaksa menggunakan kanta pembesar ketika belajar dek kerana masalah penglihatannya itu.


Bernama melaporkan, meskipun menghidapi masalah tersebut dari usianya 12 tahun, ia tidak menghalang gadis ini memperoleh keputusan 6A+, 2A dan 1A- bagi 10 mata pelajaran yang diambilnya. 

Kredit foto: Bernama

"Keputusan hari ini memang di luar dugaan saya. Saya bangga dengan pencapaian ini kerana dapat membuktikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, ia bukan alasan bagi saya untuk tidak berusaha dengan gigih," katanya yang cuma mensasarkan keputusan 6A sahaja sebelum ini. 


"Saya perlu menggandakan usaha untuk belajar sendiri dan sering bertanya kepada guru jika ada perkara yang saya kurang faham, lagipun saya tidak boleh melihat dengan jelas apa yang ditulis di papan tulis semasa guru memberikan penerangan

"Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan," katanya yang memeruntukkan sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk belajar. 

Katanya lagi, pada awalnya dia cuma menyangka masalah mata itu adalah sekadar rabun biasa, namun ternyata ia merupakan tahap yang sangat serius. 

"Saya pernah menjalani pembedahan di kedua-dua mata namun masalah rabun itu masih berlaku. Pada mulanya sukar untuk diterima dan saya berasa sedih kerana memerlukan kanta pembesar untuk melihat dengan lebih jelas, namun saya akhirnya reda dengan keadaan saya yang begini," katanya lagi. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 5-3-2020 05:43 PM
Tahniah adikku!!!
Quote dani-rox 5-3-2020 05:43 PM
Tahniah Jane. Semoga terus maju jaya.

Kesian pulak dgn masalah matanya. Harap ada bantuan atau kepakaran utk merawat penglihatan.
Quote syamzana 5-3-2020 05:45 PM
tahniah!!!!
Quote Vee28 5-3-2020 05:45 PM
Tahniah atas kecemerlangan & kekuatan. Xpatah semangat.
Quote gede-bab 5-3-2020 05:48 PM
Tahniah adik...semoga kelak menjadi insan yang berguna...
Quote nazzse 5-3-2020 05:51 PM
Kerja keras berbaloi..tahniah Jane {:good
Quote dubuk 5-3-2020 05:59 PM
tahniah                     
Quote epal21 5-3-2020 06:09 PM
Comel pulak dik Jane dengan muka chubby, pipi merah2. Tahniah! Semoga mencapai cita2.
Quote RumiMenari 5-3-2020 06:11 PM
Tahniah.. sumber inspirasi pd yg anak2 lain.. harap penyakit dia dpt dirawat.. jauh lg perjalanan hidup dia
Quote im4me 5-3-2020 06:12 PM
Tahniah selamat maju jaya hingga keanak cucu
Quote sarah82 5-3-2020 06:27 PM
Tahniah.. Dah masuk U ang jgn kalut bercinta cintun.. Kerja ingat mak bapa ang susah nak bagi apa yg ang ada hari ni.
Quote missinpiece 5-3-2020 06:43 PM
terharu saya ngn usaha gigih adik ni. Terasa diri sendiri x cukup berusaha n banyak lagi komplen itu ini
Quote Tinot7 5-3-2020 07:19 PM
Tahniah!   
Quote crazybeach 5-3-2020 07:41 PM
so so sooo apa gred lagi satu subjek tu? ambik 10 mata pelajaran tapi motip result untuk 9 subjek jah? reputz ko sekolah tak?  ko srp lepas tak?
Quote fliphair8 5-3-2020 07:45 PM
Hakak bangga ngan ko dek Jane...pemberi semangat pada ibu bapa bila anak bijak..semoga terus cemerlang
Quote Cassieopeia 5-3-2020 08:31 PM
hebatnya dia..aku ni elok je mata tapi tak dapatpun A byk gitu dulu
Quote puracendana 5-3-2020 08:33 PM
Tahniahhh
Tapi hairannya anak anak cina ni

Kemain semua 9A+
Tapi bahasa melayu tetap tak fasih

Pertikaian yg abadi akan di kecam
Quote Nenolen 5-3-2020 08:35 PM
Tahniah dikkk...but acik nasihatkan adik cepat2 belajar braille...sediakan payung seblm hujan...
Quote mejaputih 5-3-2020 08:36 PM
puracendana replied at 5-3-2020 08:33 PM
Tahniahhh
Tapi hairannya anak anak cina ni


Adakah sama mcm upsr di mana kertas utk subject BM dorg level lain?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055576 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top