CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anda Dah Bersedia, Amerika? Kenali Satan 2, Senjata Nuklear Terbaru Rusia

6-3-2020 09:50 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 7761| Komen: 49|Original author: Oleh: PDOT777

Kredit foto: common.wikimedia.org, http://beatroot.blogspot.com/

Ketika dunia mungkin akan menghadapi perang sekali lagi, presiden Rusia Vladimir Putin memandang serius isu ini dan telah mendedahkan senjata nuklear baru yang akan membantu Rusia menewaskan Amerika Syarikat. 

Senjata nuklear ini bertindak sebagai Intercontinental Ballistic Missile (ICBM), peluru berpandu yang dikawal pada perlancaran dan akan jatuh pada sasaran mengikut hukum graviti. 

ICBM yang dikatakan mampu membawa satu atau lebih senjata nuklear, bahan letupan, senjata biologi dan kimia ini baru dilancarkan dan diberi kod nama Satan 2.


RS-28 Sarmat atau code name Satan 2
Kredit foto: Russia just announced it will test its allegedly unstoppable new ???Satan 2??? nuclear missile, businessinsider.my

Satan 2 atau nama rasminya RS-28 Sarmat akan menggantikan misil ICBM versi lama RS-36M Voyevoda yang dipakai Rusia sejak Perang Dingin pada era 1970-an. 

Dilaporkan, sebutir misil ICBM RS-28 Sarmat mampu membawa bahan nuklear yang cukup untuk menghancurkan kawasan sebesar Texas atau negara Perancis.

Vladimir Putin, berkata yang RS-28 Sarmat, atau Satan 2, tidak mempunyai had jarak untuk dijatuhkan walaupun media The Guardian Rusia melaporkan jarak misil ini mampu mencecah sehingga 6,800 batu atau melebihi 10,000 kilometer.

Putin juga berkata yang misil ICBM Satan 2 adalah kebal kepada sistem pertahanan serangan misil walaupun milik Amerika Syarikat. Satan 2 yang telah dimulakan pembinaan sejak 2009 mampu membawa sehingga 15 warhead

Warhead adalah kepala misil yang diisi dengan bahan letupan atau bahan nuklear. Tambahnya, 15 warhead ini mampu dijatuhkan pada lokasi berbeza menggunakan teknologi Multiple Independently Targetable Re-entry Vehicle atau MIRV.


Ilustrasi teknologi MIRV pada warhead misil ICBM
Kredit foto: MIRV, a collection of nuclear weapons carried on a single intercontinental ballistic missile, reddit.com

MIRV membolehkan sebutir misil menjatuhkan beberapa warhead di kawasan yang berlainan (gambar ujian misil ICBM Peacekeeper milik Amerika)
Kredit foto: Multiple independently targetable reentry vehicle, en.wikipedia.org

Satan 2 mempunyai berat sekitar 220 tan dan ketinggian sekitar 119 kaki. Satan 2 juga mampu bergerak dengan kelajuan maksimum sekitar 16,000 batu sejam. 

Menurut ketua Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Senat Rusia, Viktor Bondarev, Amerika Syarikat mungkin memerlukan sehingga 500 misil untuk menggagalkan serangan sebutir misil ICBM Satan 2.

Memetik laporan businessinsider.my, mengikut perkiraan, Satan 2 mampu membawa bahan letupan berasaskan nuklear sehingga lapan megatan kuasa letupan TNT. Dalam istilah mudah, jumlah ini adalah dianggarkan 400 kali ganda lebih kuat daripada dua bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. 

Bom atom Little Boy yang dijatuhkan di Hiroshima mempunyai kuasa letupan sebanyak 15 kilotan TNT, manakala Fat Man yang dijatuhkan di Nagasaki adalah sebanyak 20 kilotan TNT.


Little Boy
Kredit foto: flickr.com

Fat Man
Kredit foto: Armament, Bombs, Atomic Bomb "Fat Man" (Nuclear Weapon), airandspace.si.edu

Sistem pertahanan serangan misil dipanggil sebagai kinetic kill vehicle. Mempunyai peluru berteknologi tinggi yang dilancarkan dengan misil, peluru ini akan menyasarkan warhead, sekaligus melumpuhkan misil pihak lawan. 

Satan 2 dicipta untuk menangani sistem ini, dengan sistem umpan yang boleh menarik perhatian kinetic kill vehicle untuk menembak sasaran yang salah. 

Memandangkan teknologi kinetic kill vehicle juga masih dalam peringkat pengujian sejak berabad lamanya, peratusan kemungkinan Satan 2 untuk kena pada sasaran adalah sangat tinggi. 

Walau bagaimanapun, Satan 2 masih jauh untuk mencapai kuasa letupan bom nuklear Tsar Bomba, yang juga dihasilkan oleh Kesatuan Soviet dengan kuasa letupan sebesar 50 megatan TNT dan kekal bom terkuat pernah dicipta manusia dalam sejarah.  - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namr 6-3-2020 09:51 AM
Encik satan
Quote bloodyamuk 6-3-2020 09:57 AM
adoi cepat2lah gen boomers ni terhapus kat dunia...engkorang je yang obses dengan perang2 ni...tamak harta gila kuasa jadi presiden berpuloh tahun...gilo asyik2 nak perang...

gen millinieal nak hidup aman daman minimalis ja...tanam pokok sendiri etc
Quote Tinot7 6-3-2020 09:58 AM
When elephant fight with elephant...
Quote cmf_premierleag 6-3-2020 10:00 AM
Tinot7 replied at 6-3-2020 09:58 AM
When elephant fight with elephant...

the grass will suffer
we shud contact their father and mother esp vladimir putin's fader and mader
Quote cmf_premierleag 6-3-2020 10:01 AM
bloodyamuk replied at 6-3-2020 09:57 AM
adoi cepat2lah gen boomers ni terhapus kat dunia...engkorang je yang obses dengan perang2 ni...tamak ...

true...ekceli yg merosakkan bumi ni ialah geng2 boomers..be it political,economy,environtment..semua tu tangan2 mereka yg merosakkan
kalo tgk gen Y,Z and millenials, sume nk hidup dgn aman tenteram je
semoga Allah mematikann semua ummah boomers dgn kadar segera
Quote bloodyamuk 6-3-2020 10:09 AM
cmf_premierleag replied at 6-3-2020 10:01 AM
true...ekceli yg merosakkan bumi ni ialah geng2 boomers..be it political,economy,environtment..sem ...

yesza ada jugak kaka menyokong pandangan iols...bener gen boomers ni ramai camtu...harga rumah naik mencacak pun pasal diorang, satu dunia jadi camtu...

bukan nak salahkan mak bapak kita yang ada dikalangan gen boomers ni, tapi tak dapat disangkal lagi, memang mereka secara pukal adalah gen yang selfish...tengok je la scene politic kat malaysia ni...muka2 politician pun kitar semula...tunggu abang jamil mampos agaknya...

mentaliti gen ini jugak yang berniaga dengan kaedah massive production, sampai barang2 tak perlu dijual...jadi lambakan...zaman atuk nenek kita semua tailored, handmade dan homemade...kualiti over kuantiti...

gen boomers jugak banyak abuse pekerja2 sendiri...industri koko, bahan2 make up, tekstil etc...guna buruh kanak2, bayar buruh dengan upah murah nak mampus...

maaf kalo ada gen boomers yang terasa, tapi itulah hakikat...
Quote Simunggu 6-3-2020 10:12 AM
org kapir ini setan...last last org Islam yg kena cakap jahat
Quote chicozinn 6-3-2020 11:00 AM
bloodyamuk replied at 6-3-2020 09:57 AM
adoi cepat2lah gen boomers ni terhapus kat dunia...engkorang je yang obses dengan perang2 ni...tamak ...

tau xpe..aku antara org yg nak hidup minimalis, xnak ade banyak sgat circle of friend n lebih kepada family..kenapa la org2 tua jenis keteghaq xpkir akhirat sibuk betul nak jadi paling bagus??hmmm
Quote KIM.K 6-3-2020 11:01 AM
Direct spelling terus 'satan'. Nampak cam phallus
Quote justchu 6-3-2020 11:07 AM
kalo dah rasa kuat, kaya sgt..bawak2 la pegi planet lain  kalo nak bergaduh. org2 yg marhaen kat planet bumi ni semua nak hidup aman2 aja
Quote dani-rox 6-3-2020 11:15 AM
dah abis idea bg nama, satan terus


Quote ultra78 6-3-2020 11:20 AM
Aku harap suatu hari nanti seseorang akan letupkan semua senjata nuklear di atas bumi ni secara serentak.
Quote Sham143 6-3-2020 11:22 AM
Edited by Sham143 at 6-3-2020 11:26 AM

Bila la orang islam nk ada teknologi mcm ni.. Terutamanya orang melayu yg paling ketinggalan..Asyik dengki mendengki aje, kutuk mengutuk aje, mcmana nk maju..
Quote bloodyamuk 6-3-2020 11:29 AM
dani-rox replied at 6-3-2020 11:15 AM
dah abis idea bg nama, satan terus

tergelak nengok gif ni...
Quote Artemesiaa 6-3-2020 11:29 AM
Orang satu dunia tengah sibuk dengan wabak corona, musuh utama pulak tgh sibuk berkempen president tup2 dia keluar dengan satan 2
Quote bloodyamuk 6-3-2020 11:30 AM
chicozinn replied at 6-3-2020 11:00 AM
tau xpe..aku antara org yg nak hidup minimalis, xnak ade banyak sgat circle of friend n lebih kepa ...

kan...hidup sederhana, kurangkan barang2 material...bela kucing ke doggo jalanan ke udah le...weekend hirup udara nyaman di taman2 botani...
Quote chicozinn 6-3-2020 11:35 AM
bloodyamuk replied at 6-3-2020 11:30 AM
kan...hidup sederhana, kurangkan barang2 material...bela kucing ke doggo jalanan ke udah le...week ...

Yezza..kat rumah aku ada 3 ekor kucing jalanan kitorang bela..n aku pun xsuka nak travel jejauh n kalu boleh nak dok kat rumah je pas habis kerja..menikmati setiap saat cuti ngan anak n somi n the rest of family..paling best dpat masak tme hujung minggu sbab weekdays memang xkan masak asyik mkan kat luar je..

Quote mizruncing 6-3-2020 11:37 AM
scary plak tgk nuklear gitu
Quote lipans 6-3-2020 11:44 AM
Rasalah kehebatan Mr Satan.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.089993 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top