CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BSH Tambahan Untuk Bendung Wabak Covid-19

28-2-2020 11:18 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 2460| Komen: 8|Original author: Ct Cheery

Description: Pakej rangsangan tersebut bernilai RM 20 billion, merumuskan beberapa langkah termasuk bantuan wang tunai dan insentif.

Perdana Menteri Interim, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dalam usaha membantu negara berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat penularan virus Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 82,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih 2,800 orang.


Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


"Saya percaya pakej rangsangan ekonomi akan membolehkan ekonomi Malaysia mencapai titik tinggi dalam julat. Dalam merumuskan pakej rangsangan, kerajaan melaksanakannya dengan berhemah berhubung dengan kedudukkan fiskalnya," katanya, memetik laporan Malaysiakini. 


Pakej rangsangan tersebut bernilai RM 20 billion, merumuskan beberapa langkah termasuk bantuan wang tunai dan insentif.



Antara langkah-langkah dalam pakej rangsangan adalah seperti berikut:


1)  Bayaran one-off sebanyak RM 600 kepada para pemandu teksi, bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.


2) Elaun khas RM 400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19.


3) Bayaran RM 200 untuk kakitangan imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam membendung Covid-19 dari February 2020 sehingga wabak berkenaan berakhir.


4) Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diberikan pada Mei 2020 akan diawalkan iaitu pada Mac 2020.


5) Tambahan RM 100 kepada setiap penerima BHS akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan tambahan RM 50 akan disalurkan secara e-tunai.


6) Pelepasan cukai individu sehingga RM 1,000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.


7) Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM 100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen.


8) Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak 4 peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa sehingga akhir tahun.




Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi wabak Covid-19 yang setakat ini telah menjangkiti 22 orang di Malaysia.


"Saya ingin ucap setinggi-tinggi penghargaan kepada para doktor, jururawat, kakitangan perkhidmatan kesihatan, pegawai imigresen dan pegawai lain di barisan hadapan yang bertungkus lumus melindungi Malaysia dari wabak Covid-19."


"Penularan penyakit Covid-19 di Malaysia telah terkawal, dengan semakin ramai pesakit telah beransur pulih daripada penyakit ini," katanya.


Diharapkan usaha murni kerajaan, melalui pakej rangsangan ekonomi ini berjaya merangsang pertumbuhan dan peruntukan yang diberikan mencukupi bagi menguruskan wabak Covid-19 dengan baik dan terkawal. - CARI 


Sumber: Malaysia Kini 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 28-2-2020 11:20 AM
BASAH

kuyup la kena kencing
Quote applecomel 28-2-2020 11:33 AM
Wow..... mcm2 pm interim kasi hehe
Quote Catpaw 28-2-2020 01:00 PM
Dah kenapangambar tun macam tu, buat aku terkejut ingat rambut medusa
Quote munchkin 28-2-2020 01:23 PM
Pergi lah cari dan halang org yg nak pergi negara berisiko tu.  kaum melayu sibuk nak pergi jugak. Pergi je baca komen2.
Quote Cassieopeia 28-2-2020 01:45 PM
wow bagus pm interim ni
Quote husna_amal 28-2-2020 03:23 PM
harap cina sini dgn cina tanah besar tak payah la keluar masuk negara sangat.
Quote zjen 28-2-2020 07:15 PM
org vodo baru caya ... sebelum PRU 14 dia ckp BR1M akan tambah sekali ganda,   selepas menang terus hapuskan BR1M,   tukar BSH ke BHS ke ntah apa,  hanya ciput je diberi
Quote zjen 28-2-2020 07:19 PM
kang dia tulis hanya 100 je  ... wlpon ada perkataan 'tambah'  ....  'tambah seratus'   tapi barangkali maksud dia boleh tukar jadi lain ...  BSH dan BHS tu lain ... so kang tambah BHS 100,   BSH dia tak ckp pon

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.071772 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top