CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Ustazah Nur Farhana?

17-1-2019 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 65967| Komen: 697

Ustazah Sekolah Kebangsaan Genting di Balik Pulau yang dipercayai mengalami kemurungan dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar.

BERNAMA melaporkan, kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27, disedari suaminya selepas dia tidak pulan gke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti biasa.



Foto: AWANI

"Menurut suaminya berusia 30 tahun itu, pada hari Isnin dia menghantar isterinya ke Tol Alor Setar Utara pukul 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

"Pada pukul lebih kurang 4.30 petang, suami mangsa yang merupakan peniaga itu menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab dan apabila lelaki berkenaan pulang ke rumah mendapati telefon bimbit ustazah berkenaan berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal," kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan.


Usaha suami mangsa menghubungi rakan-rakan isterinya bagi mengesan wanita itu tidak membawa hasil apabila mereka mendakwa tidak tahu keberadaan ustazah berkenaan.

Lelaki itu juga dimaklumkan bahawa kereta isterinya masih berada di luar kawasan pagar sekolah.

Selepas bertemu guru besar sekolah pada Selasa, dia mendapati isterinya hadir ke sekolah mengajar seperti biasa pada Isnin, namun tidak hadir ke sekolah pada Selasa.

Usaha mencari isterinya di kawasan berhampiran sekolah juga tidak mendatangkan hasil.

"Beg duit, kunci kereta serta alatan menulis milik ustazah itu berada di atas meja bilik guru sekolah berkenaan. Pihak polis dengan bantuan orang ramai melancarkan operasi mencari wanita tersebut namun sehingga malam ini masih gagal ditemui," tambah Anbalagan.

Katanya, suami mangsa mendakwa isterinya yang pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang-alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah berkenaan yang mana jarak sehalanya kira-kira 100 kilometer.

Difahamkan, ustazah berkenaan sudah beberapa kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarga.

"Lelaki itu juga mendakwa mereka tidak mengalami masalah rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun," katanya.

Jelasnya, usaha polis mengesan mangsa membabitkan perkhidmatan unit pengesan anjing K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk. - CARI
12

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 17-1-2019 04:55 AM
Kesiannya.satu hari ulang alik 200km.
Quote Ri@yat 17-1-2019 05:07 AM
tikusmontok replied at 17-1-2019 04:55 AM
Kesiannya.satu hari ulang alik 200km.

jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha Mengetahui.
Quote awaynepian 17-1-2019 05:56 AM
moga dijumpai dlm keadaan selamat..
aamiin
Quote weezerfan 17-1-2019 06:17 AM
Laki dia lah bodoh.. Cubalah scarifice tok bini pindah dekat ngan bini.
Quote tikusmontok 17-1-2019 06:41 AM
Ri@yat replied at 17-1-2019 05:07 AM
jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha M ...

Dah masuk 5 tahun berulang alik sis.org sabar pun boleh jd sasau..isu ni lebih kritikal daripada kasut hitam mazlee.
Quote ninja boy 17-1-2019 06:44 AM
Pindah la rumah dekat tempat kerja, suami patut kasi lempang aja
Quote noraidil_06 17-1-2019 06:48 AM
Moga ustazah baik2 saje
Quote gigahertz 17-1-2019 06:54 AM
Ri@yat replied at 16-1-2019 09:07 PM
jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha M ...

gaji perabis kat minyak daan maintannce kereta je.
Quote gigahertz 17-1-2019 06:55 AM
tikusmontok replied at 16-1-2019 10:41 PM
Dah masuk 5 tahun berulang alik sis.org sabar pun boleh jd sasau..isu ni lebih kritikal daripada k ...

Kakak aku yang mengajar kat sabah mintak balik ke semenanjung punya la susah.5 tahun beb tak dapat dapat
Quote arasham 17-1-2019 07:06 AM
Mmg pernah treatment depression Kan? Semoga ditemui Dlm keadaan sihat sejahtera
Quote xtahumenahu 17-1-2019 07:07 AM
Semoga ustazah dijumpai dlm keadaan selamat
Quote Remyda 17-1-2019 07:29 AM
arasham replied at 17-1-2019 07:06 AM
Mmg pernah treatment depression Kan? Semoga ditemui Dlm keadaan sihat sejahtera

Katanya, menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Jarak sehala kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.


Setiap hari 200 km dua hala

Quote sapeka 17-1-2019 07:31 AM
jauhnye ulang alik
seeloknya cari lah rumah yang berdekatan tempat kerja
dapat kurangkan stress
sewa la rumah kecil/bilik untuk hari bekerja
jumaat balik la rumah yang kita dah beli jauh tu

harap dapat dijumpai dengan selamat
Insyaallah
amin~


Quote Genkidesuka 17-1-2019 07:41 AM
إِنَّا اللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semoga ustazah selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Quote shernazz 17-1-2019 07:41 AM
Penat tu...
Harap dia.pegi rehat ke mana mana ke..
Quote judicata 17-1-2019 07:48 AM
ninja boy replied at 17-1-2019 06:44 AM
Pindah la rumah dekat tempat kerja, suami patut kasi lempang aja

agree... takkan takleh berkorban kot. tanak dok dekat tmpt bini, pilih tmpt yang sama-sama jauh la. ni tak.. laki tu ja nak dekat dengan tempat kerja. bini takpe jauh. caiittt
Quote dodolgemok 17-1-2019 08:00 AM
Kenapa ostajah xcari rumah dekat?
Quote ChildrenOfBodom 17-1-2019 08:12 AM
hmmm, kesian
Quote dua_chzy 17-1-2019 08:13 AM
Lari ikut sekendel ke sis?

Lihat semua komen(697)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.105724 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top