Setiap ibu bapa mengimpikan nama terbaik dengan makna indah buat putera dan puteri mereka. Nama panjang atau sebutan yang jarang didengari menjadi pilihan ibu bapa kini kerana mahukan kelainan.
Terbaru, Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) mengumumkan Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian sebagai nama terpanjang didaftarkan pada tahun lalu. Aduhai, panjangnya nama. Pasti berbelit lidah mahu menyebutnya.
Pengumuman itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata tidak bersetuju apabila anak-anak diberikan nama yang panjang kerana ia bukan saja akan menyusahkan anak itu sendiri, malah banyak pihak akan turut mendapat tempiasnya. Kesian cikgu nak mengisi nama anak nanti... Malah, kasihan kepada bakal suami. Netizen turut bersimpati dengan bakal suami yang perlu menghafal nama panjang-panjang ketika akad nikah kelak. "Aku rasa ibu bapanya tak nak bagi anak dia kahwin kot besar nanti. "Kesian bakal suami dia, mau berkali-kali akad nanti," komen netizen. Dalam masa sama, orang ramai mempertikaikan motif ibu bapa memberi nama panjang untuk anak mereka. Nama panjang, sudahnya panggil El saja Kelihatan seperti ibu bapa 'tamak nama' apabila 'menyumbat' nama panjang seumpa itu, bukan? Namun, beberapa pengguna mengambil langkah untuk bersangka baik. Mungkin bertahun tunggu anak sebab tu letak semua nama idaman... Kepada anda atau saudara-mara yang memiliki nama panjang, boleh kongsikan perasaan anda di sini. Apa kelebihan nama panjang ya? - CARI
|
30
Bagus |
26
Marah |
22
Terkejut |
27
Sedih |
18
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT