CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengapa Empat Bandar Ini Menjadi Bandar Mati?

5-10-2018 12:19 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 6989| Komen: 17|Original author: Oleh: monolog

Description: Kita biasa melihat bandar mati atau bandar yang tidak berpenghuni menerusi filem-filem dari luar negara. Tapi, mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa di atas bumi ini, ada banyak bandar mati sama ad ...
Kita biasa melihat bandar mati atau bandar yang tidak berpenghuni menerusi filem-filem dari luar negara. Tapi, mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa di atas bumi ini, ada banyak bandar mati sama ada ditinggalkan penduduknya mahupun disebabkan pembangunan terbengkalai.


Mari lihat antara bandar mati berikut:


1. Kolmanskop (Namibia) - tempat yang dipenuhi pasir


Kredit gambar: Google

Bandar mati ini terletak di selatan Namibia, tidak jauh dari pelabuhan Luderitz yang pernah menjadi tempat pengeluaran berlian pada 1908 dan ramai orang dari seluruh dunia menuju ke padang pasir Namib untuk mencapai kekayaan dengan jalan mudah.


Dahulunya, ia merupakan sebuah kota yang megah, lengkap dengan prasarana seperti kasino, sekolah, hospital dan bangunan yang eksklusif.

Ia menjadi bandar mati bermula pada 1950 selepas perang dunia pertama dan jualan berlian terhenti, sekali gus berakhirnya hayat bandar ini.


2. Prypiat (Ukraine) - Rumah pekerja loji nuklear Chernobyl


Kredit gambar: Google

Kota yang terasing di Ukraine Utara ini dahulunya merupakan perumahan para pekerja loji Nuklear Chernobly. 


Kredit gambar: MLive.com

Ia menjadi bandar mati sejak berlakunya bencana nuklear Chernobyl yang meragut 50,000 nyawa. Setelah bencana itu, ia dijadikan seperti sebuah muzium.  


3. San Zhi (Taiwan) - Tempat peranginan futuristik


Kredit gambar: Google

Desas-desus mengatakan, kawasan ini telah menjadi tempat tinggal hantu dari orang yang telah meninggal dunia di kawasan tersebut.

Kawasan ini terletak di Sebelah Utara Taiwan dan suatu ketika dahulu, ia dibangunkan untuk projek tempat peranginan mewah bagi orang kaya. 

Bagaimanapun, ketika pembangunannya terjadi banyak bencana termasuk kekurangan dana yang menyebabkan projek tersebut dihentikan.


4. Craco (Itali) - Kota zaman pertengahan mempesona


Kredit gambar: Google

Terletak di daerah Basilicata dan Wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto, bandar zaman pertengahan ini mempunyai kawasan berbukit dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya. 

Antara tahun 1959 dan 1972, Craco selalu dilanda gempa bumi dan tanah runtuh. Pada 1963, penduduk sekitar dipindahkan ke suatu lembah di Craco. Sehingga sekarang, bandar craco masih tidak berpenghuni.


Ada banyak lagi bandar mati yang boleh kita cari dan ketahui melalui pembacaan di alam maya ini. Penulis hanya senaraikan beberapa sahaja untuk sama-sama kita membuka minda bahawa di dunia ini terdapat bandar-bandar yang dibina tetapi tidak berpenghuni.

Ia merupakan suatu sejarah yang boleh diambil sebagai iktibar dalam membina tamadun dan pembangunan di bumi ini. - CARI

17

Bagus
13

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 5-10-2018 12:20 PM
Bukan isu semase..

@Modngengade


Quote CiliPadiSedap 5-10-2018 12:40 PM
forest city macam mana pula? harap bumiputera mampu beli dan rakyat malaysia mampu beli.
Quote cairel_azlie 5-10-2018 01:06 PM
Edited by cairel_azlie at 5-10-2018 05:08 AM

Ni lagi satu bandar Fukushima...
https://petapixel.com/2016/07/13/photographer-sneaks-radioactive-ghost-towns-fukushima/
Quote kechikchomel 5-10-2018 02:51 PM
Teringin nak g chernobyl tu.
Quote kucingitam 5-10-2018 03:23 PM
kechikchomel replied at 5-10-2018 02:51 PM
Teringin nak g chernobyl tu.

sama...teringin nak gi situ...tp mcm seram je..

Quote kechikchomel 5-10-2018 03:34 PM
kucingitam replied at 5-10-2018 03:23 PM
sama...teringin nak gi situ...tp mcm seram je..

kawasan larangan ehhh situ?fukushima tu pun iolss teringin nak g
Quote buapakperut 5-10-2018 03:48 PM
Chernobyl boleh pegi ke? selamat ke
Quote Modngengade 5-10-2018 04:04 PM
tumpanglalu74 replied at 5-10-2018 12:20 PM
Bukan isu semase..

@Modngengade

Tq kaka....

Quote tumpanglalu74 5-10-2018 06:11 PM
Modngengade replied at 5-10-2018 04:04 PM
Tq kaka....

Welcome yunk..
Quote salmon-suki 5-10-2018 08:41 PM
kechikchomel: kawasan larangan ehhh situ?fukushima tu pun iolss teringin nak g

ade je utuber urbex pergi chernobyl tu..byk kali gk die pegi..tgk explore with Josh..die pegi chernobyl...n ada je org y stay ctu..huhu
Quote finn 5-10-2018 11:59 PM
Thk u... best baca..
Quote CincinKristal 7-10-2018 06:06 PM
fukushima lg seram dr Chernobyl...huhuhuhuhu
Quote monolog 8-10-2018 11:43 AM

thank you
Quote tri-max 25-10-2018 03:53 PM
informative
btw dgn bantuan google mmg byk eek ghost city ni dlm dunia
creepy sbb tidak di huni lagi
Quote yayangmama 29-10-2018 04:06 PM
dulu2 tengok crita i am legend will smith tu pon da seram tgk bandar dia
Quote paz 30-10-2018 10:15 AM
Menariknya, selama ni tahu chernobyl aja.
Quote kaoru44 4-11-2018 08:01 PM
Nice info!

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.183402 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top