CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Jadi James Bond? Universiti Ini Tawarkan Ijazah Perisikan, Jangan Lepaskan Peluang!

28-9-2018 05:25 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3525| Komen: 14|Original author: Oleh: Suzy

Description: Sedang berangan-angan menjadi perisik? Ini peluang anda mengikuti jejak langkah watak utama filem berasaskan perisikan, James Bond!


Sedang berangan-angan menjadi perisik? Ini peluang anda mengikuti jejak langkah watak utama filem berasaskan perisikan, James Bond!

Anda tidak memerlukan paku atau bintang di bahu, yang diperlukan hanyalah segulung ijazah kerana Universiti Buckingham baru sahaja mengumumkan program Sarjana Muda dalam bidang keselamatan, kecerdasan dan ancaman siber kepada pelajar yang ingin menjadi perisik.


Foto: Google

Kursus ini akan dikelolakan oleh bekas pegawai risikan kerajaan, Julian Richards yang menghabiskan masa 20 tahun di lapangan perisikan dan pakar tentang Pakistan. 


Kursus ini akan bermula pada Januari hadapan dan menawarkan saluran pendidikan baru kepada dunia pengintipan. 

Dahulu, sesiapa yang ingin menjadi perisik perlu mendapatkan ijazah daripada Universiti Cambridge dalam bidang Hubungan Antarabangsa. 

Bagaimanapun, Prof Richards memberitahu Times bahawa pelajar sedang mengubah arah dan ingin mencari jalan untuk diterima bertugas dalam bidang perkhidmatan perisikan. 


Foto: Google

Richards mendakwa dalam kursus Hubungan Antarabangsa pada waktu ini terlalu tertumpu kepada 'kesan perang terhadap keganasan' dan sering mengkritik negara-negara Barat. Beliau menambah, semakin lama, kursus ini kehilangan terasnya iaitu tetang bagaimana setiap negara perlu berjuang melawan ancaman pengganas. 

Bagaimanapun, menurut Mirror UK ,kursus ini telah dikritik kerana mengabaikan prinsip kerahsiaan dengan mengumumkan perkara ini secara terbuka. 

Netizen bimbang berkemungkinan perisik sedia ada di negara itu memilih Universiti Buckingham sebagai tempat mereka berkumpul. - CARI
20

Bagus
22

Marah
29

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 28-9-2018 05:31 PM
bestnya..  
Quote multinicky 28-9-2018 06:03 PM
bolehla ambik our one and only ex spy wanita yg work for the previous pm jd lecturer..
Quote aleesyasofia 28-9-2018 06:54 PM
seronoknya..
Quote aku_best 28-9-2018 08:10 PM
Detektif Conan....
Quote KaklongJoyah 28-9-2018 08:53 PM
Malaysia xde ke course ni. Ramai forumers kat sini kalau amik course tu sure bjaya dgn cemerlang. 4.0flat. Sbb tahaf csi diorg ni level langit pinya{:hooray
Quote 234126 28-9-2018 10:20 PM
Ala bestnya course ni!! nasib dah kertu hahahaa kalau tak boleh juga try
Quote Artemesiaa 29-9-2018 09:18 AM
Siapa sangka ada kursus sebegini
Quote rosa_canina 29-9-2018 09:39 AM
wahhh menarik tu  
Quote Foxey 29-9-2018 01:19 PM
Daniel Craig is a bloody sexy agent!
Quote DeeHanania 30-9-2018 12:06 AM
Wahhh,
Bes yer...
Ala2 Nora Zain(Ajen Wanita 001){:childlike
Quote hanakikan 30-9-2018 03:47 PM
lol. baik ambil course cybersecurity je. tak pun join army. boleh hack OS, network, web. tp jadi mcm kawan james bond, si Q.
Quote uuulelele 30-9-2018 06:46 PM
Uhuu. Cam ginu pun ada.
Quote kaoru44 5-11-2018 08:02 PM
Best3...
Quote ninja9 5-11-2018 08:50 PM
jadi spy tak boleh kena tangkap, siaplah kena siksa kena bunuh .. minat lagi ker?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.122161 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top