CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pakar Sejarah Curi, Jadikan Mayat Kanak-kanak Patung Mainan

27-9-2018 05:54 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3537| Komen: 9|Original author: Oleh: Suzy

Description: Pakar sejarah yang bijak dan cemerlang dalam bidang sejarah, menggali mayat kanak-kanak dan memakaikan mereka pakaian lengkap seperti anak patung.


Pakar sejarah yang bijak dan cemerlang dalam bidang sejarah, menggali mayat kanak-kanak dan memakaikan mereka pakaian lengkap seperti anak patung. 

Memetik Mirror, Anatoly Moskvin yang ditahan sejak 2011 itu disahkan menghidap penyakit mental dan tidak dibicarakan serta hanya diberikan rawatan di klinik psikatari. 

Bagaimanapun, baru-baru ini ibu bapa mangsa mula berasa bimbang tentang ura-ura yang menyatakan Moskvin akan dibenarkan keluar daripada klinik tersebut tidak lama lagi. 


Ibu Olga Chardymova. Foto: Mirror UK


Mayat Olga Chardymova yang berusia sepuluh tahun ketika digali adalah salah seorang daripada 29 mayat yang dicuri dari tanah perkuburan yang kemudian disembunyikan Moskvin di sebuah flat yang dikongsi bersama orang tuanya di Rusia. 

Ibu Olga, Natalia Chardymova, 46, sangat marah atas permohonan rasmi yang telah dibuat untuk melepaskan "lelaki jahat" itu dari hospital jiwa. 

Bagaimanapun, mahkamah hanya akan memutuskan pada minggu ini sama ada mereka akan melepaskan ahli sejarah berusia 52 tahun itu atau tidak.


Anatoly Moskvin. Foto: Mirror UK

Moskvin dikatakan memakaikan mayat kanak-kanak tersebut dengan stoking, pakaian wanita dan but paras lutut untuk membuat mereka kelihatan seperti anak patung. Malah, dia turut mengoles gincu dan mekap pada wajah mereka. 

"Pencuri" mayat kanak-kanak itu sebenarnya seorang yang bijak dengan bilangan kajian saintifik yang mengagumkan. Ketika dia ditahan, polis mendapati mayat mangsa telah disembunyikan selama sembilan tahun dan kehilangan mayat Olga langsung tidak disedari Natalia sepanjang dia melawat kubur anak perempuannya itu.

Semasa ditahan, Moskvin yang mengaku bersalah berkata tindakannya itu dilakukan kerana dia tidak mahu kanak-kanak itu berasa sejuk.

"Kamu meninggalkan anak-anak gadis kamu dalam keadaan sejuk, jadi saya membawa mereka ke rumah untuk menghangatkan tubuh mereka," katanya.

Sementara itu, ibu Moskvin, Elvira yang berusia 76 tahun memberitahu polis selepas lelaki itu ditangkap bahawa dia tidak menyedari perbuatan Movskin. 

"Kami melihat anak patung itu tetapi kami tidak mengesyaki terdapat mayat di dalamnya. Kami fikir ia adalah hobinya untuk membuat anak patung besar dan tidak merasakan ada yang tidak kena dengannya," Ujar wanita itu dipetik daripada Mirror UK. - CARI
25

Bagus
30

Marah
34

Terkejut
51

Sedih
37

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (199 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 27-9-2018 06:05 PM
Dia rogol tak mayat tu?
Quote Orix 27-9-2018 11:54 PM
Mak dia punn kot ye pn patung tu besar xkanla xde bau busukk
Quote ^CUN_GILA~. 28-9-2018 01:04 AM
Tokey kedai preserve anak mati kempunan nak kawin..

Bride-in-window-562x750.jpg
Hand-Closeup-750x562.jpg
Quote matkpop 28-9-2018 11:04 AM
mental pakcik ni adeh
Quote Foxey 28-9-2018 01:25 PM
memang dah tak betul dia nih...
Quote mieymiey 28-9-2018 02:14 PM
Mayat tu diawet ker cane?
Kesian, kaji punya kaji sejarah last-last jadi gila.
Quote Lolalala 28-9-2018 02:33 PM
[youtube]an1R6AuekLw[/youtube]
Quote Lolalala 28-9-2018 02:37 PM
Tengok gambar mayat doll tu...scary kot
Quote zon13 28-9-2018 08:34 PM
mcm2 punya gila

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.180153 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top