CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

8 Tempat Makan WAJIB Dikunjungi Jika Anda Bercuti ke Ipoh, Moh La Kita!

27-9-2018 12:13 PM| Diterbitkan: Miro_Amirul| Dilihat: 8162| Komen: 16|Original author: Oleh: Miro Amirul

Description: Sebut saja Ipoh, siapa tak kenal sebuah bandar yang masih mengekalkan struktur bangunan bersejarah dan masih terpelihara hingga kini.
Sebut saja Ipoh, siapa tak kenal sebuah bandar yang masih mengekalkan struktur bangunan bersejarah dan masih terpelihara hingga kini.

Disebalik keindahan bangunan-bangunan yang masih tersergam itu, terdapat banyak tempat makan menarik boleh anda kunjungi dan pastinya kena dengan selera anda ketika berkunjung ke Ipoh. 


Berikut adalah 8 tempat makan wajib anda singgah jika berkunjung ke Ipoh!


#8 Mee Kicap Daud Mat Jasak



Nak sarapan, makan tengah hari atau makan malam? Cakap saja, semua ada sebab kedai makan ini memang menjadi tumpuan ramai dan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu jam 8 pagi hingga 10 malam.


Antara menu yang menjadikan ia antara persinggahan wajib adalah keaslian Mi Kicapnya yang diwarisi turun temurun! Memang kena dengan cita rasa dan "Betul-betul Ipoh Mali!"

Selain itu, ada juga Mi Goreng, Sotong Kangkong, Nasi Lemak dan macam-macam lagi.


#7 Pakeeza Restaurant



Bagi yang menggemari makanan India Utara, Pakeeza Restaurant adalah tempat paling sesuai untuk anda menjamu selera terutama bersama keluarga. 

Suka Roti Nan? Di sini terdapat pelbagai jenis roti nan seperti Garlic Nan, Onion Nan dan Cheese Nan yang berharga RM4.50. Oh, ada juga Capati (RM 2.00) dan Roti Tandoori (RM2.50)

Nasi Briyani kosong yang berharga RM4.90 sepinggan boleh dimakan dengan Daging Masala dan Pakeeza Beef yang masing-masing berharga RM 7.50 sepiring. Kalau suka, tambahlah Pajeri Terung. Hanya RM5.50 sepiring.

Jangan risau, kesemua makanan di sini HALAL!

Untuk minuman pilihan, anda boleh cuba lassi mangga pada harga RM5.50. Minuman lain seperti jus karot, nenas dan tembikai susu berharga RM 4.50 juga boleh didapati di sini.

Restoran ini letaknya di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, Ipoh, Perak. 


#6 Restoran Simpang Tiga



Untuk yang nak rasa selera dari Sumatera, Restoran Simpang Tiga ini merupakan salah satu cawangan restoran tersebut yang berpusat di Medan. Malah, satu-satunya cawangan mereka di Malaysia buat masa ini.

Restoran ini menyajikan nasi padang terbaik dan pastinya resipinya adalah ‘asli’ dari Padang! Jangan takut mahal kerana luarannya kelihatan mewah. Sebaik melangkah masuk, anda pasti akan berasa selesa dan serasi dengan suasananya.

Melihat hiasan dalamannya dan pakaian pekerja, anda akan terasa seolah-olah berada di Medan, malahan pekerjanya juga sememangnya berasal dari sana.


#5 Medan Selera Taman Kanak-Kanak



Ini juga merupakan antara lokasi terbaik untuk dikunjungi. Lokasinya terletak betul-betul di tengah pekan Ipoh, sekali gus pastinya membuka selera setiap yang singgah disini. Di malam hari, anda boleh membeli-belah di Gerbang Malam yang terletak betul-betul dibelakang medan selera ini. 

Antara yang menjadi sebutan dan buruan pelanggan adalah popia basah SS Ali. Dengan kulitnya yang lembut dan sedap, ditambah dengan isinya yang padat sangat mudah menjerat deria rasa kita. Walaupun dimakan begitu sahaja, popia ini amat sedap tambahan pula dimakan dengan kuahnya yang berperisa.


#4 Nasi Lemak Ayam Kampung 



Tak dinafikan antara lokasi yang cukup popular di Ipoh adalah Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Pitchay. Setiap hari, memang berlonggok ayam kampung di dapur kedai ini.

Nasi lemak di sini juga dikukus untuk memastikan aroma dan kelembutan nasi terjaga. Antara lauk lain yang boleh dicubatermasuk ayam masak pedas, sambal sotong dan juga sambal kerang. Tak rugi cuba!

Bagi mereka yang mahukan privasi makan bersama keluarga atau rakan-rakan sekerja, di sini juga ada menyediakan bilik VIP. Kemudahan surau yang luas dan selesa juga disediakan. 


#3 Cekodok Reggae House



Terletak dijalan Sultan Iskandar betul-betul berhadapan Balai Polis Pekan Baru, lokasinya yang sangat strategik menyediakan menu makanan menarik dan hiasan dalamnya santai ala-ala berada di kalangan beach boy.

Kafe ini dibangunkan dengan peralatan perhiasan yang dibuat sendiri menggunakan barang terpakai dan ianya hasil ilham pemilik kafe ini, Encik Wira. 

Di ruangan dalam kedai ada disediakan pentas untuk live show dan bilik penginapan untuk para backpackers yang berkunjung ke Ipoh.
 

#2 Thumb's Cafe



Kalau anda berkunjung ke Ipoh dan nak mencuba kafe ala-ala ‘kampung’ anda boleh cuba berkunjung ke Thumb's Cafe. Anda patut cuba hidangan 'signature' kafe ini iaitu(bebola daging) 'home made'.

Jika mahu berkunjung ke kafe ini, lokasinya adalah; 133, Jalan Sultan Abdul Jalil (Greentown), 30450 Ipoh, Perak.


#1 Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi ganja Yong Suan)


Carian Internet

Tak lengkap bercuti di Ipoh kalau tak cuba ke kedai ini. Sememangnya satu dari lokasi wajib kerana makanannya yang dianggap legend bagi sesetengah penduduk di Ipoh. Walaupun namanya ada perkataan ganja, jangan risau! Tiada sedikit pun daun ganja yang dimasukkan ke dalam nasi kandar hidangan mereka.

Pernah mengunjungi lubuk makanan di atas? Apa komen anda? - CARI
50

Bagus
54

Marah
46

Terkejut
50

Sedih
54

Lawak
61

Bosan

Friends Rank (315 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KaklongJoyah 27-9-2018 12:38 PM
Nasi lemak ayam kampung tu pd sy biasa2 je.
Sy pergi hari tu mmm...indah khabar je la.ayamyg digoreng tu keras. Sambal pn biasa2 je.

Mmg sy rs menyesak pergi.dh la xselesa. Jarak meja ke meja tu rapat.terkemut2 duduk nk adjuat kerusi xbole sbb dh rapat ng kerusi meja sebelah
Quote tipuware 27-9-2018 01:06 PM
Nasi kandar ayam merah sgt2 biasa bagi aku n suami aku..semangatkami dtgnrezeki masuk2 kedai dpt tmpt duduk. Tapi themoment suapan pertama, aku terus pandang laki aku dia pun pandang aku..then lepas dh habis semua dlm kete baru aku ckp kalau org tak ajak, pun tak kisah. Tapi maybe pilihan masing2..

L
Quote Daporpink 27-9-2018 01:10 PM
pernah try nasi kandar je.. kene repeat jalan2 ipoh lagi ni.
Quote mongoose_kidz 27-9-2018 02:19 PM
medan selera tkk tu mmg mengimbau nostalgia sungguh..
dulu family kitorg bukan la org senang..
tp 2 3 bulan sekali abh mst bawa kitorg satu family mkn kat sini..mkn satay endut..air pulak oder abc uncle sebelah dia...
n of course wajib mkn popia ali..
YA Allah...nak menitik air mata time tulis ni
skrg semua pun da x sama...tp still ingat sgt tmpat ni.
Quote azradila 27-9-2018 02:27 PM
macam banyak je lagi tempat2 lain yang wajib dikunjungi kt ipoh.. mungkin TT boleh buat penambahan
Quote smeetasmitten 27-9-2018 02:50 PM
Sebagai org ipoh antara semua tu of course i setia dgn tkk osborne
Menu wajib satay endut, sotong kangkung, popia ss ali, laicikang
Cuma kebersihan tu agak kurang. Permah nmpk tikus berlari berkejaran. Hopefully di upgrade
Yg lain2 tu boleh lah..

Quote pumpkingirl 28-9-2018 10:19 AM
8 dan 7 tu memang favourite aku..yg lain2 tu biasa2 je..tkk dan nasi ganja mcm tak berapa bersih..
Quote Nokiaman 28-9-2018 11:37 AM
Alaaa semua je so n so..taklaa sehebat sangat spt yg dicanang...
Pakeeza pon da mcm kedu daa sekarang...
Takde tempat lain lagi ker..?
Quote biozipstar 28-9-2018 06:25 PM
perghhh  lamanya x menjejak kaki ke ipoh... simpang tiga tu dulu macam biasa2 aje. xtau lah now..
Quote Lolalala 29-9-2018 08:19 AM
Gerai nasi goreng udang x masuk list ke? Sedappp wei
Quote snowredpen 2-10-2018 11:48 AM
medan selera tmn kanak2 tu wujud lg ke?
Quote itsmeshikin 4-10-2018 09:25 AM
New Hollywood tak masok list?

eii sedapnyee mee wantan die...ngan dumpling soup
Quote Juju89 3-3-2019 04:53 PM
sedapnya boleh cuba nanti.
Quote pittjie 5-3-2019 11:48 AM
itsmeshikin replied at 4-10-2018 09:25 AM
New Hollywood tak masok list?

eii sedapnyee mee wantan die...ngan dumpling soup

kaan.. syok bekfast situ. semua pun mcm nak dirasa.
Quote asteruk2 19-3-2019 05:52 AM
mongoose_kidz replied at 27-9-2018 02:19 PM
medan selera tkk tu mmg mengimbau nostalgia sungguh..
dulu family kitorg bukan la org senang..
tp  ...


Famili aku pernah berbuka kat sini.. lama dulu lebih 10 tahun lepas.. kitorang pertama yg order.. saje dtg awal sbb takut takde tempat duduk..

Lepas sorang demi sorang dpt makanan.. kitorang masih menunggu makanan kitorang..

Last2 mmg takde dan mak aku sound tukang ambil order tu.. kitorang brbuka minum air jelah time tu..

Mmg nostalgia lah medan selera taman kanak-kanak ni bg aku..

Quote noraidil_06 20-3-2019 12:36 AM
mongoose_kidz replied at 27-9-2018 02:19 PM
medan selera tkk tu mmg mengimbau nostalgia sungguh..
dulu family kitorg bukan la org senang..
tp  ...

Wanna try la

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054812 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top