CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Cristiano Ronaldo Nafi Tuduhan Rogol Dan Serang Wanita

4-10-2018 03:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6120| Komen: 28|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pemain bola sepak ternama dunia, Christiano Ronaldo, 33, hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau merogol seorang wanita hampir sepuluh tahun dahulu di sebuah hotel di Amerika Syarikat (AS).
Pemain bola sepak ternama dunia, Christiano Ronaldo, 33, hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau merogol seorang wanita hampir sepuluh tahun dahulu di sebuah hotel di Amerika Syarikat (AS).


Kredit Foto: Tribunnews

Pemain bola dari kelab Juventus itu berkata, dia tenang ketika berdepan tuduhan menyerang Kathryn Mayorga, 34, di sebuah bilik hotel di Las Vegas pada 2009. 

Ronaldo membuat penafian tersebut di akaun Twitternya, manakala peguam wanita terbabit dijangka mengadakan sidang akhbar pada esok.


Kredit Foto: Twitter


Sebelum ini Ronaldo pernah menafikan tuduhan tersebut yang mula-mula disebarkan oleh majalah Der Spiegel dari Jerman. Beliau mendakwa ia hanyalah berita palsu.



 
Kredit Foto: Sports Of The Day 

Menurut majalah Der Spiegel, Kathryn telah menfailkan satu laporan kepada polis Las Vegas sejurus serangan tersebut. Walau bagaimanapun, Kathryn menarik balik laporannya selepas bersetuju menerima pampasan berjumlah ASD375,000 (RM1,524,750) daripada pihak Ronaldo dengan syarat beliau menandatangani perjanjian untuk berdiam diri.


Kredit Foto: CelebritiesBuzz

Peguam Kathryn dijangka memohon untuk membatalkan perjanjian tersebut. Pihak polis Las Vegas yang dihubungi oleh CNN mengesahkan pernah menerima laporan daripada Kathryn pada 2009, tetapi digugurkan kerana polis tidak ada suspek pada ketika itu.

'Ketika laporan difailkan, mangsa tidak memberi maklumat mengenai lokasi serangan dan maklumat suspek'  lapor polis Las Vegas. Mereka juga mengesahkan bahawa kes ini telah dibuka semula bulan lalu susulan maklumat yang baru diterima. 

Peguam Ronaldo pula bercadang untuk menyaman majalah Der Spiegel bagi membersihkan namanya. - CARI
18

Bagus
26

Marah
34

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 4-10-2018 03:22 PM
Perlu ka akak nak percaya sheols dirogol? Lehat body language sheol di gambar itu - korang rasa ada keperluan ka Ronaldo guna kekerasan untok ngesek dengan beliau?
Quote chazey 4-10-2018 03:23 PM
Mata akak kero, or keti kokesen tu memang berkerak?
Quote umbut 4-10-2018 03:26 PM
Yeler tu dirogol.. sapa ler x nak ngan abam hencem ronaldo.. i rela
Quote JohnnySins 4-10-2018 03:32 PM
macam anwaq dengan saiful duluuuuuuuuuu ka? wakakakakakakakakka
Quote c===8 4-10-2018 03:42 PM
mengamuk mak jemah
Quote mieymiey 4-10-2018 03:46 PM
Suka sama suka, tapi claimed dirogol.
Ko ingat ko underage ker?
Quote Sang_Pencinta 4-10-2018 04:37 PM
Cerita 2009 baru nak saman balik? Duit pampasan dah habis ke macam mana?
Quote matchstick 4-10-2018 04:49 PM
Bak kata changa kalu sedap gitu tadah je dek.. Xrugi apa pun. Mati tetap masuk neraka
Quote Sang_Pencinta 4-10-2018 07:09 PM
matchstick: Bak kata changa kalu sedap gitu tadah je dek.. Xrugi apa pun. Mati tetap masuk neraka


Bukan sedap ke tak sedap ni, duit pampasan yg dulu dah habis kot
Quote iraizz 4-10-2018 08:10 PM
Entah-entah yg pompuan tu yg serang dan cuba merogol ronaldo abg body kekar{:childlike.. Dah lama aim ronaldo{:question
Quote angel.dust 5-10-2018 01:23 AM
gold digger
Quote Sang_Pencinta 5-10-2018 09:48 AM

Las Vegas police have confirmed they have reopened an investigation stemming from a 2009 complaint involving a woman who claims she was raped by Cristiano Ronaldo.

Kathryn Mayorga says the former Real Madrid and Manchester United star forced her to have sex with him at a Las Vegas hotel in 2009. The 34-year-old says she later reached an out-of-court settlement with the footballer, in which she agreed to keep her allegations private. Her lawyers say that Ronaldo did not fulfill one of the terms of the settlement, and the agreement was therefore void. In an interview with Der Spiegel magazine, Mayorga said she had gone public with her allegations in the wake of the #MeToo movement.

“The Las Vegas Metropolitan Police Department responded to a call of a sexual assault on 13 June 2009,” the department wrote in an email to the Guardian. “At the time the report was taken, the victim did not provide detectives with the location of the incident or suspect description. A medical exam was conducted.

“As of September 2018, the case has been reopened and our detectives are following up on information being provided by the victim. This is an ongoing investigation and no further details will be released at this time.”

Mayorga said she had initially agreed to kiss Ronaldo so that he would leave her alone but he eventually forced her into sex. “After he assaulted me, he wouldn’t let me leave again. He wouldn’t let me leave,” Mayorga told Der Spiegel.

Ronaldo has denied Mayorga’s allegations. The footballer’s lawyer, Christian Schertz, said the Spiegel report “is manifestly illegal and violates the personal rights of our client Cristiano Ronaldo in an extremely serious way” and is “one of the most serious violations of personal rights in recent years”.
Quote buapakperut 6-10-2018 01:10 AM
kertunya pempuan ini.
Quote mrsLucky 6-10-2018 01:37 AM
Auta jer pompuan ni....
Quote Veneer 6-10-2018 01:51 AM
Tak ada apa apa yang berlaku pun yang aku nampak cuma sorang perempuan yang sedang dahaga. Tapi perempuan dekat club mmg sentiasa dahaga kan. Jadi tak ada benda baru pun.
Quote Sang_Pencinta 6-10-2018 03:05 PM
Veneer replied at 6-10-2018 01:51 AM
Tak ada apa apa yang berlaku pun yang aku nampak cuma sorang perempuan yang sedang dahaga. Tapi pere ...

Katanya insiden rogol tu berlaku di bilik hotel selepas Ronaldo ikut gadis ni masuk bilik
Quote Otaku85 6-10-2018 04:57 PM
Rupa mcm Ronaldo dan berduit ramai saja perempuan gedik sanggup menyerah diri utk 'dirogol'.
Quote Otaku85 6-10-2018 04:59 PM
buapakperut replied at 6-10-2018 01:10 AM
kertunya pempuan ini.

Umur 34 tahun dah mcm 45. Kulit yg kurang melanin cepat berkedut.
Quote Sang_Pencinta 10-10-2018 06:32 PM
Surat perjanjian tutup mulut didedah

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.072225 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top