Bertih jagung atau popcorn merupakan makanan ringan yang mudah dimakan, sedap dan rendah kalori. Ia juga mudah dimasak dan disediakan. Sebelum masuk menonton di panggung wayang, gerai popcorn selalu menjadi persinggahan pengunjung. Popcorn biasa mahupun karamel, bersaiz kecil atau besar, berkongsi mahupun makan sendiri, pilih sahaja ikut kemampuan dan cita rasa masing-masing.
Namun, pernahkah anda terfikir mengapa kita memakan popcorn sambil menonton filem? Siapakah yang memulakan budaya ini?
Fenomena menonton filem di panggung wayang bermula sekitar tahun 1900. Pada era tersebut, pengunjung tidak dibenarkan untuk makan di dalam panggung wayang kerana pemilik risau sekiranya makanan atau minuman akan mengotori karpet mereka.
Tambahan pula, panggung wayang pada awalnya dikhususkan kepada golongan bangsawan yang tidak mahu diganggu oleh bunyi bising ketika pengunjung mengunyah makanan. Larangan membawa masuk makanan ke dalam panggung wayang perlahan-lahan berubah apabila semakin banyak panggung wayang dibina dengan kehadiran pengunjung mencecah 90 juta orang seminggu (Sumber Popped Culture: A Social History of Popcorn in America, 1999). Pada awalnya, peniaga menjual popcorn kepada mereka yang sedang beratur untuk membeli tiket dan menunggu giliran di luar panggung wayang. Ketika itu, pekerja panggung wayang diminta memeriksa setiap pengunjung untuk memastikan mereka tidak membawa masuk popcorn ke dalam panggung wayang dengan cara menyembunyikan snek tersebut di dalam kot masing-masing. Apabila bilangan pengunjung yang membeli popcorn sebelum masuk ke panggung wayang semakin bertambah, pemilik panggung wayang mula menyewakan ruang lobi mereka kepada peniaga popcorn. Sebelum ini, ruang lobi hanyalah berfungsi sebagai lobi semata-mata kerana pemilik ingin menjaga imej panggung wayangnya. Tambahan pula, panggung wayang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang sesuai untuk berniaga makanan. Setelah pemilik melihat potensi perniagaan popcorn, panggung wayang mula menjual makanan itu dan snek mereka sendiri untuk meningkatkan keuntungan. Mereka tidak lagi menggunakan orang tengah, iaitu peniaga popcorn. Penjualan popcorn mendatangkan keuntungan yang banyak selain mudah disediakan dan bahan asas seperti bertih jagung mudah didapati serta murah harganya. Penjualan popcorn juga meningkatkan bilangan pengunjung ke panggung wayang. Sebagai contoh, rangkaian panggung wayang Dallas mula menjual popcorn di 80 buah panggung wayangnya, namun menolak untuk menjual popcorn di lima panggung wayang terbaiknya. Hal ini adalah untuk mengekalkan eksklusiviti panggung tersebut. Akibatnya, keuntungan di 80 panggung wayang yang menjual popcorn semakin melonjak sebaliknya kerugian berlaku di lima panggung wayang yang tidak menjual popcorn. Secara tidak langsung, penjualan popcorn diakui sebagai salah satu kaedah meningkatkan keuntungan panggung wayang. Sejak itu, panggung wayang menjadi semakin sinonim dengan penjualan popcorn. Hal ini mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pengunjung dan pemilik. Demikianlah sejarah ringkas mengenai mengapa kita memakan popcorn sambil menonton filem. Ada ke yang tak makan popcorn ketika menonton di panggung wayang? Jarang sekali rasanya, kan? - CARI |
41
Bagus |
18
Marah |
25
Terkejut |
29
Sedih |
28
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 20-9-2018 11:56 AM
tq for info..
memang wajib beli popcorn bila
Gingerly replied at 20-9-2018 12:03 PM
Siapa kata popcorn rendah kalori. Cer cek kalori popcorn caramel n biasa. Ngn air jus n soda muraha ...
Gingerly replied at 20-9-2018 12:03 PM
Siapa kata popcorn rendah kalori. Cer cek kalori popcorn caramel n biasa. Ngn air jus n soda muraha ...
myakayina replied at 20-9-2018 12:57 PM
tak boleh klu takde popcorn klu tengok wayang..kecuali klu dah kenyang sangat..just beli soft drink ...
Bilissey replied at 20-9-2018 01:37 PM
Ni mesti selalu tengok wayang ni. Sampai pekerja pun cam muka. Cerita lah pasal 'benda' tu walaupu ...
myakayina replied at 20-9-2018 01:46 PM
takdelah selalu..klu ada citer best dan ada masa mmg pegi..biasanya hari rabu la sbb tiket murah k ...
meisapoya replied at 20-9-2018 05:35 PM
Popcorn royale tgv boleh potong kaki. Tapi sedap
umbut replied at 20-9-2018 05:47 PM
Kan.. sedap sangat.. dari jauh dah bau..x henti ngunyah
ADVERTISEMENT