Saat ini, kecoh di mana-mana mengenai figura yang aktif dalam bidang politik mahu 'pencen' ataupun keluar dari parti pilihan mereka. Semuanya gara-gara tidak terpilih menjadi sebahagian daripada barisan hadapan pemilihan parti di peringkat tinggi. Menurut netizen, ada di antara mereka ini membuat pelbagai alasan kerana ‘merajuk’ tidak terpilih.
Salah seorang yang dikatakan bertindak sebegitu adalah penyanyi bersuara lunak, Aishah. Dia yang suatu ketika dahulu bersuara lantang menentang kerajaan lama ketika itu, tiba-tiba mahu menarik diri daripada aktif di pentas politik. Menurut Aishah, dia ingin kembali dalam bidang seni yang merupakan akar umbi kepada minatnya yang sebenar. Netizen tanpa membuang masa meninggalkan komen dalam muat naik tersebut. Menurut netizen, Aishah membuat keputusan itu kerana terpaksa selepas namanya tidak tercalon. Dua jam kemudian, Aishah membalas komen tersebut menyatakan bahawa dia yang meminta kepada pihak berkenaan untuk tidak mencalonkan namanya. Hal ini kerana dia amat menyayangi bidang seni serta tidak kisah menyanyi sehingga tua kerana pendapatan yang lumayan dalam bidang tersebut. Sebenarnya, penglibatan artis dalam bidang politik bukanlah perkara baru. Malah, semenjak pilihan raya baru-baru ini artis lebih terbuka dengan parti pilihan mereka. Namun, ada yang beranggapan dunia politik adalah sesuatu yang negatif sehinggakan penglibatan mereka kadangkala boleh mengundang masalah dalam kerjaya seni. Mungkin Aishah menganggap ini adalah keputusan terbaik buatnya, namun siapa tahu mungkin dia akan berubah hati kelak? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|