Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu jugalah yang akan berlaku sekiranya pengguna tersilap langkah di media sosial. Tersalah tulis sedikit, pasti meriah sakan ruangan komen dengan kecaman makcik bawang.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita disindir bertubi-tubi hanya kerana memberi pendapat terhadap gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Siakap Keli (SK). Loading FB Post...
Gambar berkenaan memaparkan sejenis tin yang digunakan untuk menyukat beras dengan kapsyen 'Apa namanya di tempat anda?'. Posting berkenaan meraih pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menunjukkan masih ramai di antara mereka menggunakan penyukat beras seumpama itu. Bagaimanapun, netizen mula panas hati apabila seorang wanita memberi komen seolah-olah memperlekehkan kaedah turun-temurun nenek moyang kita menyukat beras. Euwwww Komennya itu mengundang kecaman netizen yang bukan sahaja menyindirnya, malah dia disamakan dengan adik kepada pelakon dan pengacara, Neelofa iaitu Ameera Khan. "Mesti beras tak pernah habis kalau pakai benda ni," sindir netizen. Pun begitu, segelintir netizen menyebelahi individu berkenaan dan mendakwa dia hanya bergurau. Malah, penggunaan 'Euww' itu merujuk kepada kenyataan digunakan Ameera suatu ketika dahulu ketika memerli peranti SAMSUNG. Sakan betul rakyat Malaysia membawang Itulah, apa sahaja yang ditulis di laman sosial memang sangat mudah disalah erti. Jadi, gunakanlah media sosial sebaiknya. - CARI |
13
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BoongaKertas replied at 8-5-2018 03:49 PM
naifnya meols. meols ada 1 soalan. kalau letak dlm bekas tupperware mcm tu kan, terhindar/terpelihar ...
ADVERTISEMENT