CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8484|Reply: 50

Kerana Penyukat Beras Je Pun, Sakan Netizen Membawang!

[Copy link]
Post time 8-5-2018 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu jugalah yang akan berlaku sekiranya pengguna tersilap langkah di media sosial.

Tersalah tulis sedikit, pasti meriah sakan ruangan komen dengan kecaman makcik bawang.







Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita disindir bertubi-tubi hanya kerana memberi pendapat terhadap gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Siakap Keli (SK).






Gambar berkenaan memaparkan sejenis tin yang digunakan untuk menyukat beras dengan kapsyen 'Apa namanya di tempat anda?'.

Posting berkenaan meraih pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menunjukkan masih ramai di antara mereka menggunakan penyukat beras seumpama itu.

Bagaimanapun, netizen mula panas hati apabila seorang wanita memberi komen seolah-olah memperlekehkan kaedah turun-temurun nenek moyang kita menyukat beras.


Euwwww






Komennya itu mengundang kecaman netizen yang bukan sahaja menyindirnya, malah dia disamakan dengan adik kepada pelakon dan pengacara, Neelofa iaitu Ameera Khan.

"Mesti beras tak pernah habis kalau pakai benda ni,"
sindir netizen.








Pun begitu, segelintir netizen menyebelahi individu berkenaan dan mendakwa dia hanya bergurau. Malah, penggunaan 'Euww' itu merujuk kepada kenyataan digunakan Ameera suatu ketika dahulu ketika memerli peranti SAMSUNG.


Sakan betul rakyat Malaysia membawang


Foto: FB Siakap Keli




Itulah, apa sahaja yang ditulis di laman sosial memang sangat mudah disalah erti. Jadi, gunakanlah media sosial sebaiknya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga fb ni jenis senang triggered eh. Tp kenapa tak simpan dlm rice dispenser tuh. Memang better pakai pun sekarang dah 2018 takkan nak pakai tin lagi. Hygienic la sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Minda rakyat dah makin mundur semundur jibby!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:18 PM | Show all posts
xde isu pun kalau dia pakai tin susu sbg pengukat..atau pun guna tempurung kelapa..mcm la kalau guna rice dispenser rasa nasik tu lg sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:18 PM | Show all posts
kalau budak sekarang mmg mana dia tahu yg lama2 tu
ank prempuan aku masa kt kpg kakak aku mintak dia ambilkan talam kat dapur
dia ckp dia x tau apa benda tu
aku ckp dulang baru dia tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:23 PM | Show all posts
Teringat pengukur kelapa jenis duduk. Nostalgia betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2018 02:39 PM | Show all posts
mak aku guna yg brand murah sikit tu, 50 kot kat lazada

still x paham napa tong beras Tupperware tu kemain mahalnye
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:45 PM | Show all posts
tupperware tu klu bli bleh bli beras bekilo2..
kejadahnye nk bli benda alah tu..
bkn bleh mkn pon..bek aku bli beras bekampit2..
bole wt isi perot gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rospinki at 8-5-2018 02:56 PM

Bimbonya minah ni..alang2 bersukat tupperware kau kira sebijik2 je beras tu. Baru bebaloi ko simpan dlm bekas mahal. Tu namanya pot =250gm
kalau cupak besar sikit kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 03:05 PM | Show all posts
aku srg je ke yg rasa dia gurau je?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Belagaknya......aku pakai tong kayu bertutup jek...beli periuk nasi letrik kan datang sekali ngan cup tu....gigih nak bertupperware
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
itu pun jadi isu ka?
adoihhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 03:49 PM | Show all posts
naifnya meols. meols ada 1 soalan. kalau letak dlm bekas tupperware mcm tu kan, terhindar/terpelihara ke beras dari kutu beras? *soalan serius* sorry sbb noob
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 05:58 PM | Show all posts
Eleh dia pun model yang outdated.. tupperware dah tukar kan yang model slim sikit tu yang sebuku macam kotak ni membazir ruang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rice dispenser tu dah berkurun lama
Rumah aku dah berkurun pakai .. koser sangat nak meng euwww kan orang ... orang batak jer sikit2 mengeuwwwkan oramg
Tapi gantang (kalau x salah nama dia) .. aku masukkan sekali dalam dispenser tu .. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah mak dulu sukat guna tempurung..tempurung tu sampai dah licin cantik je..beras pula simpan dalam tempayan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2018 07:06 PM | Show all posts
Orang zaman sekarang makan quinoa. Kau masih makan nasi ke dik? Eeeuuww... Wat u talking about.



apapun, seumur hidup ai, dah pernah guna tin dan tempurung utk sukat beras. sihat jah semua org, siap makin menggebu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols x sukat pn beras time nak masak..agak2 je..hihi..simpan beras pn dlm container beli kat daiso..kedap udara jgk haa..elegan and lg cantik laa drpd bekas tupperware tu..hihihi{:shy
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 8-5-2018 03:49 PM
naifnya meols. meols ada 1 soalan. kalau letak dlm bekas tupperware mcm tu kan, terhindar/terpelihar ...

Sama jek. Ada kutu gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tware edisi khas
Isi beras skali je
Tak perlu tambah2
Beras takkan kurang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.192680 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list