Siapa tidak rimas apabila rumah selalu bersepah biarpun dikemas setiap hari. Mahu rumah menjadi lebih tersusun tanpa perlu selalu dikemas dan kelihatan menenangkan? Nah, teknik ini akan membuat proses mengemas menjadi lebih menyeronokkan! Ini adalah salah satu elemen penting yang diajar oleh Marie Kondo, pengasas kaedah KonMari. Wanita berasal dari Jepun itu mula mencetuskan fenomena dunia dengan falsafah, teori, dan teknik mengemas serta menyusun barangan di dalam rumah yang unik dan boleh dikatakan sangat berkesan untuk dipraktikkan.
Apa yang yang hebat sangat dengan kaedah ini? Wow, rupanya banyak testimoni yang mengesahkan kaedah ini benar-benar menggembirakan hati mereka. Jadi, apa rahsianya? Kemas dalam satu masa Ini mungkin peluang untuk anda yang suka menangguh kerja. Pilih satu tarikh untuk mengemas sekali gus dalam satu masa. Kemas ikut kategori Kemas barangan mengikut kategori dan bukan mengikut bilik. Antara kategori yang boleh diasingkan adalah pakaian, buku, dokumen dan lain-lain. Kumpulkan semua yang ada mengikut kategori pada satu tempat. Dengan cara ini, anda boleh nampak sendiri berapa banyak barang-barang yang anda ada terutama pakaian. Buang vs Gembira Biasanya, bila kita mengemas rumah, fokus kita akan tertumpu pada barang apa yang tidak diperlukan dan ingin dibuang. Namun, dalam kaedah KonMari kita diajar supaya fokus pada barang-barang yang boleh bagi kita perasaan gembira dan ceria. Caranya, ambil satu barang kemudian tanya pada diri sendiri, “Adakah barangan ini menggembirakan aku?” Jika YA, anda boleh simpan barang itu. Jika TIDAK, barangan tersebut perlu dibuang atau didermakan. Bila mula mengemas, mulakan dengan turutan yang betul. Sebagai contoh, mulakan dengan pakaian atas seperti t-shirt, kemeja, blaus, kemudian pakaian bawah seperti seluar, kain sarung, skirt, dan seterusnya. Teknik lipat dan susun pakaian Kaedah ini memperkenalkan cara baru melipat pakaian. Biasanya, kita melipat pakaian dan menyusunnya dalam keadaan mendatar. Sebaliknya, kaedah ini mengajar kita melipat pakaian supaya boleh tegak berdiri! Macam mana caranya dan apa faedahnya? Apa kata tonton video ini. Rumah itu umpama syurga andai memberikan ketenangan. Jadi, mulakan dengan langkah kecil ini supaya impian ‘rumahku syurgaku’ menjadi kenyataan. - CARI
|
9
Bagus |
12
Marah |
5
Terkejut |
18
Sedih |
15
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AznieBunnie replied at 25-4-2018 10:58 AM
baru lepas sort out baju tanak dipakai.
lipat elok-elok, masuk dalam plastik sampah besar, letak da ...
becir replied at 25-4-2018 11:30 AM
Ye ke? Baju2 whatever brand pun?
sofiazara replied at 26-4-2018 03:37 PM
lipat kain adalah perkara terakhir yang aku buat di dalam mengemas rumah
i hate lipat kain
imanmariam replied at 26-4-2018 06:04 PM
Hehehe sepp
I lagi sanggup cuci pinggan mangkuk periuk belanga yg bertimbun dr lipat bju iron baj ...
ADVERTISEMENT