CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Tolonglah Jangan Kecam Kami, Bukan Kami Yang Buat"

5-1-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2403| Komen: 16

“Saya pemilik akaun (TikTok), mengenai video itu, saya cuma upload (muat naik) sahaja, saya tiada kena mengena dengan kemalangan itu”.

Demikian tegas seorang lelaki mengenai video tular yang mendakwa seorang lelaki mabuk selepas kenderaannya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan lelaki berkenaan yang meninggal dunia mengalami serangan jantung ketika kejadian berlaku.


Kredit foto: TikTok/Utusan

Lelaki dalam TikTok itu menambah, kereta yang kena langgar itu juga bukan keretanya dan suara wanita dalam video berkenaan juga bukanlah isterinya.


Di sisi lain, isterinya juga menegaskan bahawa individu dalam video yang mendakwa lelaki itu mabuk bukanlah dirinya dan suara itu juga bukan suaranya.

“Bukan kami punya video, cuma suami saya share (kongsi) sahaja video itu. Kami sudah membuat laporan polis dan bukan kami yang buat (video itu).

“Tolonglah jangan kecam kami, bukan kami yang buat. Kepada keluarga arwah, kami minta maaf banyak-banyak dan kami cuma share sahaja,” katanya.

Suaminya pula menambah, bukan dia sahaja yang share video itu tetapi ada ramai lagi.

“Cuma kami yang menjadi mangsa keadaan. Saya minta maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Dalam pada itu, Shafa’aton berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki terbabit kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh di sini kelmarin.

“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.

“Pada pukul 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung),” katanya dalam kenyataan.

Tambah Shafa’aton, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 5-1-2022 12:25 PM
ngape share.. tak pasti jangan kongsi
Quote akuHavocczz 5-1-2022 12:25 PM
ngape share.. tak pasti jangan kongsi
Quote becir 5-1-2022 12:26 PM
U upload u take responsibility. Account sendiri kan, takde sapa ACU pistol kat kepala suruh upload

Illiterate f***
Quote Normabaru 5-1-2022 01:13 PM
Hujung2 claim diri mangsa keadaan..padahal pengambil kesempatan
Quote Artemesiaa 5-1-2022 01:22 PM
Sebab tu jangan gigih nak jadi wartawan lokasi tak bertauliah dah viral sendiri jugak yang susah
Quote buapakperut 5-1-2022 01:31 PM
Awat gatal pi share, mentang2 takyah Minta izin
Quote kemaruk 5-1-2022 01:32 PM
orang yang fitnah acik mamak ni sama je dengan akak yang tuduh arwah tu mabuk
Quote FOTHER-MUCKER 5-1-2022 01:40 PM
Silap perkongsian lah. Jikalau itu seorang pemandu mabuk mesti anda di sanjung dengan kata kata ke agamaan didalam bahasa arab.

Tetapi sungguh malang tiada bahasa arab untuk anda!
Quote elzy 5-1-2022 01:53 PM
Salam takziah kepada keluarga arwah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Quote ctkusiam 5-1-2022 01:59 PM
Hahahah sibuk naw nk viral nk jadi org pertama yg post kt media sosial. Tak pasti jgn kongsi acik.. kan dh kena kecam..
Quote grouper 5-1-2022 02:09 PM
X kan x leh dpt org yg buat video asal tu...
Quote zacEfron 5-1-2022 02:10 PM
keling

.
Quote glump 5-1-2022 02:14 PM
Yang kau jadikan TikTok tu feeling kau mangsa..mmang dasar Tak sedar diri Tak faham kenapa org kecam.
Quote Decaffeinated 5-1-2022 02:16 PM
FOTHER-MUCKER replied at 5-1-2022 01:40 PM
Silap perkongsian lah. Jikalau itu seorang pemandu mabuk mesti anda di sanjung dengan kata kata ke a ...

itu yang betul

batak pujian terasa hebat dapat tangkap pemandu mabuk

satu malaya dapat tengok wajah pemandu mabuk katanya. cash lah acik pakej kepam

Quote incess.my 5-1-2022 03:05 PM
Pandai pusing
Quote h0lysh1t 5-1-2022 03:51 PM
Bodoh gile laki bini ni...dah confirm2 tujuan upload tu nak bagi orang kutuk driver lori tu...bajet2 tak bersalah pulak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037399 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top