CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabinet 2022 : Azmin Ali, Peja Bakal TPM?

5-1-2022 01:57 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5133| Komen: 74

Description: PUTRAJAYA - Susulan desas-desus rombakan Kabinet yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat, teka-teki tentang siapa bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kembali hangat diperkataka ...



PUTRAJAYA - Susulan desas-desus rombakan Kabinet yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat, teka-teki tentang siapa bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kembali hangat diperkatakan.

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sepatutnya telah berjumpa dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan khusus mengenai perkara tersebut dan pelantikan jawatan nombor dua pentadbiran negara itu berkemungkinan diadakan pada minggu hadapan.

“Tiada apa yang diputuskan lagi. Mungkin minggu depan apabila Kabinet selesai bermesyuarat pada Rabu.


“Sepatutnya Ismail Sabri berjumpa dengan Muhyiddin hari ini (semalam) untuk membincangkan perkara ini, terutama sekali mengenai menteri dan timbalan Menteri,” kata sumber tersebut.

Difahamkan, Muhyiddin telah beberapa hari berada di Sabah atas urusan tertentu, yang membawa maksud, sekiranya perbincangan itu berlaku, ia berkemungkinan secara maya.

Selain itu, beberapa individu yang berada dalam ‘inner circle’ Umno dan Bersatu memaklumkan, perkara tersebut masih samar-samar lagi.

Menurut laporan itu, antara nama yang disebut sebagai bakal TPM ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali, serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mohamed Azmin merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, manakala Ahmad Faizal pula merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Sewaktu era Muhyiddin, Mohamed Azmin merupakan Menteri Kanan pertama dari segi susunan, dan telah diberi mandat untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet seandainya Muhyiddin tiada.

Sekiranya Ahmad Faizal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka portfolio Kementerian Belia dan Sukan akan diserahkan kepada Shahril Hamdan yang merupakan Ketua Penerangan Umno.

Terdahulu, media melaporkan, setelah hampir lima bulan menerajui kerajaan Keluarga Malaysia, Ismail Sabri di­jang­ka melakukan rombakan Ka­binet dan melantik Timbalan Perdana Menteri minggu ha­dapan.

Keba­nyakan menteri dan timbalan menteri sudah menge­tahui perk­ara tersebut. Bagaimanapun, rom­ba­kan itu masih dalam pro­ses ‘ta­war-me­nawar’ untuk me­mu­tus­kan siapa kekal, siapa ganti atau siapa digugurkan. 

Selain dua calon di atas, siapa lagi calon yang anda rasa layak dan sesuai dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri? – CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 5-1-2022 02:00 PM
Bodoh sebodoh2nya kalau amek peja ni jadi TPM.
Quote rocksteady 5-1-2022 02:03 PM
tak ada calon lain ke..aiyooo. tapi antara dua ni baik ambil peja
Quote wnwa05 5-1-2022 02:05 PM
we want bang non
Quote Skuau 5-1-2022 02:18 PM
Apa pasal saiya tableh jadi PM Malezia...saiya pon ada IC,Isle,manusia jugok ada pengikut....suda beksin???-Rimau panjang
Quote glump 5-1-2022 02:23 PM
Kalau betul ..memang mengesahkan kabinet kewayangan..baik buat pilihanraya semula..
Quote green~tea 5-1-2022 02:25 PM
Faizal???????????
Quote I.K.A888990 5-1-2022 02:26 PM
hancur sehancurnya la
Quote anakjiran 5-1-2022 02:32 PM
pru 15 bila tahun ni kan..kena bagi rakyat pilih la ini sama2 dia tukar sana tukar sini syok sendiri semua nak kuatkan sokongan kerusi je
Quote namr 5-1-2022 02:38 PM
Oh god..nooooo
Quote EJALTI 5-1-2022 02:40 PM
Kenapa tidak Anwar Ibrahim?
Quote harkktuih 5-1-2022 02:42 PM
pru 15 bulan 7 kan?
Quote renko 5-1-2022 02:43 PM
Harga mi kari bakal turun la cmni
Quote ifanonline 5-1-2022 02:47 PM
kembali ke alam barzakh la kalau mereka berdua naik
Quote amyza82 5-1-2022 02:49 PM
mael penyu betul tunggangan sembab je. bangang tul, yang lagi di benci yg tu juga yg dilantik
Quote bakingsoda 5-1-2022 02:59 PM
peja ni genggam rahsia ape ek sana sini dapat jawatan walaupon karisma nan hadooo! sesuai jd peserta maharaja lawak jah. cuma yg menarik kalau peja tpm aku nak tgk camne shahril handle kbs
Quote hyie 5-1-2022 03:16 PM
si peja ni pernah jadi pelakon ke? macam pernah nampak dalam filem patriotik merdeka ke apa tu
Quote ..maksu 5-1-2022 03:24 PM
dua dua pemimpin ni sangat di sayangi rakyat. contoh nya masa musibah baru-baru ni. dua-dua cepat2 ke klia untuk ambil kapal terbang nak selamatkan mangsa banjir. kami pasti undi!
Quote RVP20 5-1-2022 03:32 PM
Peja di KBS pun hauk je. Komuniti sukan pun prefer orang lain.

Kes statement bola perak
Kes padang bola 10 juta
Quote jas7512 5-1-2022 03:37 PM
Pasal si jemin ni asyik naik nama je...kejd ntah apa2..lobi je pandai...besar sgt ke pengaruh dia kat mp2 katak tu

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061018 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top