CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susun Biri-biri Bentuk Formasi Jarum Suntikan Untuk Galak Terima Vaksin Covid-19

5-1-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1213| Komen: 0

Description: Lebih kurang 700 kambing biri-biri disusun dalam barisan bagi menghasilkan formasi berbentuk jarum suntikan di sebuah ladang di Schneverdingen, selatan Hamburg, Jerman.
Lebih kurang 700 kambing biri-biri disusun dalam barisan bagi menghasilkan formasi berbentuk jarum suntikan di sebuah ladang di Schneverdingen, selatan Hamburg, Jerman.



Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan

Formasi itu merupakan antara usaha kerajaan Jerman untuk menggalakkan lebih banyak penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Media tempatan melaporkan, kesemua haiwan itu disusun dalam barisan menggunakan umpan roti.


Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan


Panjang formasi jarun suntikan itu mencecah 100 meter dan ia dihasilkan peladang dikenali sebagai Wiebke Schmidt-Kochan.

Katanya, dia menghabiskan masa beberapa hari bagi melatih kambing biri-birinya untuk membentuk formasi tersebut.


Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan

“Saya meletakkan kepingan roti atas garisan yang membentuk formasi jarum suntikan.

“Kemudian, kesemua kambing biri-biri itu diletakkan mengikut garisan tersebut dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar,” katanya.



Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan

Sehingga kini, jumlah penduduk Jerman yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 adalah seramai 71.2 peratus.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.234516 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top