CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Saya Artis, Bukan Varian" - Omarion

5-1-2022 01:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1459| Komen: 3|Original author: tatod

Description: Sumber CNETSejak kewujudan varian Omicron, penyanyi berusia 37 tahun ini menerima banyak mesej yang keliru antara namanya dengan virus berkenaan.Secara berjenaka, Omarion kemudian memuat naik video di ...

Sumber: CNET

Sejak kewujudan varian Omicron, penyanyi berusia 37 tahun ini menerima banyak mesej yang keliru antara namanya dengan virus berkenaan.

Secara berjenaka, Omarion kemudian memuat naik video di akaun TikTok memperkenalkan dirinya sebagai seorang artis dan tidak ada kaitan dengan Covid-19.

"Saya ingin anda tahu, sekiranya kita terserempak, anda tidak perlu menjalani lima hari kuarantin. Anda juga tidak memerlukan keputusan saringan negatif untuk menari mengikut rentak muzik saya.


"Saya harap anda semua sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan," katanya.



Pemilik nama sebenar Omari Ishmael Grandberry itu pernah berhadapan situasi sama pada tahun 2000 ketika namanya 'meletup' sebagai vokalis kumpulan B2k.

"Kali terakhir saya berada dalam situasi seperti ini adalah pada 2000. Ketika itu, orang ramai keliru dengan kumpulan B2K dan Y2K. Saya harap, ini adalah kali terakhir saya perlu tampil menjelaskan kekeliruan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuasaberganda 5-1-2022 02:22 PM
Omarion Omicron. Wow.
Quote Qatrunnadaain 5-1-2022 07:14 PM
Hahahahaaa ok ini kelakar tajuknya XD
Quote my_irina 5-1-2022 09:31 PM
hahaha....i'm a R&B singer lah...lagu ice box sedap

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.299130 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top