CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Selamatkan Saya Dari Perkahwinan Diatur' - Lelaki Papar Wajah Di Papan Iklan Gergasi

5-1-2022 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2660| Komen: 10

Description: Seorang lelaki memaparkan wajahnya pada sebuah papan iklan gergasi di Birmingham, United Kingdom dalam usaha mencari calon isteri.
Seorang lelaki memaparkan wajahnya pada sebuah papan iklan gergasi di Birmingham, United Kingdom dalam usaha mencari calon isteri.

Menurut laporan Metro UK, lelaki berusia 29 tahun itu, Mohammad Malik merupakan perunding inovasi dan usahawan.


Kredit foto: Anita Maric / SWNS

Dia berkongsi gambarnya di papan iklan gergasi di Jalan Golden Hillock, Hockley Circus melalui A34 berhampiran Trek Greyhound Perry Barr.

Papan iklan itu tertera dengan ungkapan: 'Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur'.

Dia turut menubuhkan sebuah laman web bernama findmalikawife.com, yang berkongsi butiran mengenai misinya mencari cinta.

"Saya perlu dapatkan papan iklan gergasi untuk kelihatan," kata Mohammad.

Jelasnya, calon ideal untuk menjadi teman hidupnya mestilah wanita Islam berusia 20an dan menjadi insan yang lebih baik.

Mohammad, yang menggambarkan dirinya sebagai kurus dengan ketinggian 5 kaki 8 inci berasal dari London, tetapi melihat Birmingham sebagai 'rumah kedua'nya.


Kredit foto: Anita Maric / SWNS

"Saya seorang yang kreatif, suka melakukan perkara yang spontan dan tidak masuk akal tetapi tentunya 100 peratus halal.

"Kaedah tradisional tidak berkesan untuk saya, jadi saya fikir mengapa tidak bawa ke papan iklan gergasi," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 5-1-2022 12:59 PM
Oh dalam web tu dah cakap dia anak tunggal dan kene jaga mak bapak dia yg loud. Org punjab. No thanks lah kalau set2 tu
Quote Artemesiaa 5-1-2022 02:02 PM
Puak tu memang dari dulu kebanyakannya jodoh mak pak yang tentukan tak pernah berubah dari zaman ke zaman
Quote biJOU.la 5-1-2022 10:56 PM
Bukan Punjab kot, sbb nama dia Malik tu ha... set Paki London la kot ni.
Quote BartholomewKuma 6-1-2022 12:12 AM
Aku dok nampak supa UAI pulak dahhh. Mata aku ka kat kero
Quote shi_jewel 6-1-2022 01:16 AM
Rindu dgn nssi kari pakistan di leeds.. Sodapppp.. Tp mahai 5 pound satu bungkuih...

Btw, why not u cuba cari isteri sendiri.. Di fb ada je grup cari jodoh????
Quote cmf_premierleag 6-1-2022 01:29 AM
birmingham ni ramaaaaiii stok2 paki yenna bangla
dah x rasa mcm duk england jah
pastu billboard tu lak letak muka tu
mmg terasa spt di bangalore jah
Quote sukacactus 6-1-2022 06:04 AM
Tang mana kurusnya mcm yg dia claim
Dah la 5'8" je
Tgk muka pun tau bulat
Quote Shazid 6-1-2022 07:28 AM
Attention seeker
Quote makton 6-1-2022 07:53 AM
laki mcm ni mmg tak boleh dibuat suami. kesian bakal bini nak hadap perangai laki mcm ni
Quote batmana 6-1-2022 01:10 PM
Ni cm mamat buat bunting kt ganu cari jodoh .
Cmni .Barulah dikatakan berusaha cari jodoh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054873 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top