CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Jumpa Syabu Dalam Bijirin Sarapan!

5-1-2022 12:56 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1373| Komen: 2|Original author: Agent13k

Description: Seorang ibu di United Kingdom terkejut apabila nampak syabu dalam bijirin "Golden Morn" selepas dia perasan tiada lagi keping-kepingan jagung tetapi masih lagi rasa ada sesuatu dalam bungkusan bijirin ...
Seorang ibu di United Kingdom terkejut apabila terlihat syabu dalam bijirin "Golden Morn" selepas dia perasan tiada lagi keping-kepingan jagung, tetapi masih lagi rasa ada sesuatu dalam bungkusan bijirin itu. 

Haisam Nasir yang berasal dari Essex membuat carian Google untuk mengetahui apa sebenarnya serpihan kristal putih yang ditemui di dalam kotak bijirin Nestle itu.

Sebaik mendapat pengesahan apa yang dipegangnya itu adalah syabu, dia terus membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut.


kredit foto: Meaww


Haisam juga membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana bimbang anaknya mengalami kesan sampingan akibat makan bijiran yang mengandungi bahan terlarang itu.

Dia lega apabila doktor mengesahkan tiada kesan syabu di dalam tubuh anaknya. 

"Saya benar-benar terkejut. Ia  sangat besar dan mengambil hampir separuh kotak."


kredit foto: Brandspurng

Haisam juga memberitahu EssexLive bahawa anak kembarnya berusia setahun makan dari kotak bijirin sama selama empat hari berturut-turut.


kredit foto: DailyStar

This incident happened in July this year and a number of shipping containers at various locations were searched for drugs in the East London area after it came to light. The police made an arrest in this case in October and a Met Police spokesman said, "The arrest was the result of an investigation that was launched in July after a member of the public found a quantity of Class A drugs concealed in a packet of cereal. Fortunately, they didn't ingest anything in the packet and suffered no ill-effects."

Difahamkan, kejadian itu berlaku Julai tahun lalu dan polis sudah menahan suspek kes berkenaan pada Oktober.

Jurucakap polis berkata, penangkapan itu hasil siasatan yang dilancarkan pada Julai lalu selepas orang awam menemui kuantiti dadah Kelas A berkenaan yang disembunyikan di dalam bungkusan bijirin. 

"Nasib baik, mereka tidak menelan apa-apa di dalam paket itu dan tidak mengalami kesan buruk," katanya.

Sementara itu, surat rasmi yang dikirimkan kepada Haisam mengatakan tidak mungkin dadah itu dimasukkan ke kilang pengeluaran walaupun kesahihannya tidak dapat dipastikan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasa 5-1-2022 01:09 PM
durang kalo bawak bungkusan ni ka sabah jual sama pilak wow..
Quote kemaruk 5-1-2022 01:41 PM
laki ko yang simpan dalam tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.292000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top