Sumber Facebook Akmal Nizam Salleh Angan-angan Akmal Nizam Salleh untuk memindahkan sebuah rumah kayu ke kebunnya tidak kesampaian apabila rumah yang dibelinya pada pertengahan 2021 hilang dicuri. Menurut Akmal, pada 29 Disember lalu, dia membawa sekumpulan tukang rumah untuk membuka rumah berkenaan, namun terkejut apabila mendapati yang tinggal hanya batu tangga. Perkongsian cerita menerusi akaun serta beberapa group di Facebook menarik perhatian ramai. Ada segelintir warganet sangsi dengan kesahihan perkara itu dan mengaitkannya dengan gambar tular seorang wanita yang kehilangan rumah akibat banjir.
Sumber Facebook Akmal Nizam Salleh Malahan, ada juga yang mengatakan kejadian itu adalah kesalahan sendiri kerana membiarkan rumah itu terlalu lama selepas dibeli. Dia juga dipersalahkan kerana tidak mengambil langkah keselamatan dengan memagar rumah berkenaan. “Surat perjanjian sudah ada. Jangankan rumah, tanah pun berpagar dan sangat terjaga cuma jauh dari rumah orang lain. Kalau saya beli kayu dan zink untuk jadikan pagar, pencuri akan lebih berterima kasih sebab bagi duit lebih,” tulisnya bagi menjawab salah satu komen. Akmal bagaimanapun lega kerana sudah menemui pelaku hasil bantuan sahabat dan pihak polis. Walaupun rumah dan kayu hilang, dia tetap bersyukur kes selesai dan wang bayaran diterima sepenuhnya. “Setelah tiga tahun mencari, alhamdulillah dapat yang terbaik cuma belum rezeki untuk dibawa ke kebun dan pasang,” tulisnya. Kalau lagi lama pemilik tak datang, tangga tu pun mungkin hilang. - CARI |
saviour_09 replied at 5-1-2022 01:41 PM
aku baca semalam, owner rumah gelap mata org offer lg tinggi dr buyer ni beli
dijualnya lepas tu ka ...
mama_cat replied at 5-1-2022 02:05 PM
boleh jadi la... sbb pencuri bukan kretip pun.. kat kampung belambak rumah2 lama cmni, takdak pun ...
saviour_09 replied at 5-1-2022 02:10 PM
kalo ikut komen kat group buyer post cite ni, gitu la gaya nyaaa
tak masuk akal jugal tetiba penc ...
saviour_09: aku baca semalam, owner rumah ...
mama_cat replied at 5-1-2022 02:05 PM
boleh jadi la... sbb pencuri bukan kretip pun.. kat kampung belambak rumah2 lama cmni, takdak pun ...
jazaa100 replied at 7-1-2022 09:11 AM
Kg mama kat mana.....
Akk pun cari rumah kg mcm ni......
mama_cat replied at 7-1-2022 01:51 PM
nampak kat kampung shuben... area batu gajah perak tu... mmg banyak rumah2 mcm ni.,.. ditinggal ti ...
jazaa100 replied at 7-1-2022 06:36 PM
Iya...perak memang byk rumah lama....harga pun murah. Rm4k-RM6k dah blh dpt....tapi tu lah, kekdg ...
mama_cat replied at 7-1-2022 06:39 PM
belah utara dah mahal.. 15k kira dah murah.. siap ada yang jual 20k... tapi byk la kayunya... tapi ...
jazaa100 replied at 7-1-2022 07:08 PM
Kena pasang balik tempat lama ke mama?.....
Tu lah....akak memang minat sgt rmh lama ni, tapi t ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
4-2-2023 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.092265 second(s), 44 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.