CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tak Puas Tengok Squid Game? Nantikan Musim Keduanya!

10-11-2021 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2494| Komen: 2

Rancangan popular Netflix 'Squid Game' bakal kembali untuk musim kedua, kata penulis dan pengarahnya Hwang Dong-hyuk.

"Banyak tekanan, permintaan dan kasih sayang daripada peminat untuk musim kedua, maka saya tiada pilihan, boleh saya katakan di sini memang akan ada musim kedua," lapor Agensi Berita Yonhap.

Beliau sebelum ini memberi bayangan kemungkinan ada musim kedua untuk rancangan itu namun tidak mengesahkannya.


Kredit foto: techunwrapped

"Ia ada dalam minda saya sekarang. Saya sedang dalam proses perancangan. Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk beri tahu bila dan bagaimana ia akan dibuat.


"Maka saya janji kepada anda semua, Gi-hun akan kembali dan dia akan lakukan sesuatu untuk dunia," katanya dalam temu bual dengan Associated Press pada satu acara di Los Angeles, semalam.

Rancangan 'thriller' berbahasa Korea itu mengisahkan peserta bersaing untuk memenangi hadiah 45.6 bilion won (AS$38.5 juta).

Mula ditayangkan pada September, ia menjadi rancangan asal Netflix paling popular, menarik lebih 140 juta penonton dalam tempoh empat minggu pertama tayangan. 


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 10-11-2021 09:59 PM
tapi sayang la sebab confirm Lee Jungjae & Lee Byunghun je yg ada.

People are rooting for the whole cast, bukan 2 ni je
Quote lasagna 11-11-2021 12:20 PM
uiks cepat betul nk buat S2.. ekceli mmg nak tgk pun S2 kali ni.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.264816 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top