CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Makin Ramai Orang Cina Mudah Ditipu?

10-11-2021 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1887| Komen: 30

Description: Dari segi jumlah mangsa penipuan, orang Cina bukannya mempunyai mangsa paling ramai, tetapi dari segi jumlah kerugian, merekalah yang paling banyak.
Dari segi jumlah mangsa penipuan, orang Cina bukannya mempunyai mangsa paling ramai, tetapi dari segi jumlah kerugian, merekalah yang paling banyak.

Kes penipuan juga membimbangkan kerana semakin ramai mangsa keturunan Cina yang berusia muda telah menjadi mangsa.

Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Lai Lee Ching berkata, jika dikategorikan, kebanyakan mangsa keturunan Cina terjerat dalam skim pelaburan dan emel komersial.


Gambar hiasan

Beliau berkata, keadaan penipuan lebih menonjol ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Polis menerima 1,700 kes penipuan melibatkan mangsa Cina pada 2020 dan untuk 2021 pula, sebanyak 2,400 kes diterima setakat September,” katanya ketika menerima wawancara China Press.

Lee Ching tidak menolak kemungkinan kekangan pendapatan dan pergerakan dalam tempoh PKP menyebabkan mangsa mahu kaya cepat, sekali gus terperangkap dalam skim penipuan.

“Apa yang membimbangkan adalah semakin ramai mangsa dan juga penipu muda terlibat dalam kes-kes ini.

“Kebanyakan orang yang ditahan kami adalah antara 20 hingga 30 tahun dan mangsa pula dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Kebanyakan orang yang ditahan polis juga keturunan Cina. Mereka antaranya menipu kerana mahu mendapat duit dengan cara mudah dan segera,” katanya.

Sementara itu, Lee Ching berkata, kes penipuan melibatkan emel komersial turut menunjukkan trend peningkatan.

“Polis berharap syarikat-syarikat yang ada termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sentiasa berwaspada ketika menerima emel,” katanya.

Menurutnya, polis mengadakan bulan kesedaran mengenai jenayah komersial sepanjang November untuk meningkatkan kewaspadaan orang ramai. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nordin84 10-11-2021 05:25 PM
eloklatu hang tipu bangsa sendiri.. nak tipu bangsa lain buat ape
Quote norawestallen 10-11-2021 08:30 PM
Sebab kebanyakan Chinese berduit kot. Kenalah cari mangsa yang berduit
Quote stingerspace 10-11-2021 08:58 PM
norawestallen replied at 10-11-2021 08:30 PM
Sebab kebanyakan Chinese berduit kot. Kenalah cari mangsa yang berduit

Ada hikmah rupanya melayu tak ramai berduit berkepok kepok berkepok kepok....


Kahkahkahkahkahkahkah
Quote gigahertz 10-11-2021 10:34 PM
norawestallen: Sebab kebanyakan Chinese berduit kot. Kenalah cari mangsa yang berduit

Cina majoriti T20 / M40. keje bagus2 real estate / agen insuran
diorang lepak banyak kat bandar KL Johor Penang Selangor.
Quote pyropura 11-11-2021 04:15 AM
Agenda halus molayu isele jahanamkan umah cino kuminis
Quote dee4ellese 11-11-2021 07:45 AM
Kita dah lama rancang, mereka je yang lalai..
Quote cucuq 11-11-2021 08:16 AM
yup setuju cina ni mmg banyak kaya.. kat kl selangor ni yang bawak kete merc,bmw, porsche, audi kalo tgok driver die muka apek n amoi2 je..sma gak kete mazda, peugeot, and kete antarabangsa lain mmg kalo tgok driver die mmg chienese..takkan deme driver kot kan..n dorang pon aku jrang tgok  bawak motor mostly mmg berkereta..

blom lagi tgok dorang je yg byk duduk umah2 landed or kondo.. melayu duk umah ppr, rumah flat or rumah kos rendah.. tpi ni pemerhatian aku kt lembah klang laa..lain tmpat x tau.

Quote Kurex 11-11-2021 10:53 AM
Bukti leluhur ni bukan pandai mana
Quote Tinot7 11-11-2021 11:03 AM
cucuq replied at 11-11-2021 08:16 AM
yup setuju cina ni mmg banyak kaya.. kat kl selangor ni yang bawak kete merc,bmw, porsche, audi kalo ...

hat bawak keta mewah2 tuh, belum tentu dari sumber yg halal.. giteww..
Quote Rdizz 11-11-2021 11:14 AM
cucuq replied at 11-11-2021 08:16 AM
yup setuju cina ni mmg banyak kaya.. kat kl selangor ni yang bawak kete merc,bmw, porsche, audi kalo ...

Setuju sgt, kebanyakan cina mcm tu, yg dok bwh jmbatn, yg mintk sedekah tu melayu. Ada melayu super kaya pulak kwn dgn cina super kata join venture bisnes atau ada yg alibaba.

Cina jahat jadi scammer, melayu jahat jadi pemakan rasuah sampai nk tergadai tnh melayu, last2 cina jugak yg salah.
Quote Rdizz 11-11-2021 11:19 AM
Tinot7 replied at 11-11-2021 11:03 AM
hat bawak keta mewah2 tuh, belum tentu dari sumber yg halal.. giteww..

Betul.. judi no ekor, rmh urut, money laundering dll, boleh buat apa depa suka asal masyuk.

Tu lah dunia ni penjara bagi org islam, syurga bagi org kufur.
Quote ifanonline 11-11-2021 11:23 AM
cina tipu cina...melayu tipu melayu...elok sangat la tu
Quote Bedah.Cun 11-11-2021 11:46 AM
Bila komer nak get over dengan detail race-profiling dengan jenayah neh? Dah namanya manusia, adalah yang baiknya adalah yang buroknya. Napa ngkaw tak profilekan sekali detail bangsa manusia ngkaw dengan benatang? Manusia pun banyak buat jenayah, makan benatang. Rampas habitat benatang buat shopping kompleks tapi sepi takda bisnes pun.
Quote Tinot7 11-11-2021 05:05 PM
Bedah.Cun replied at 11-11-2021 11:46 AM
Bila komer nak get over dengan detail race-profiling dengan jenayah neh? Dah namanya manusia, adalah ...

atuk kata melayu pemaleh.. dah ada race-profiling by atuk..
kali nih race-profil bangsa lain plak.. amik giliran giteww..
Quote Tinot7 11-11-2021 05:06 PM
Rdizz replied at 11-11-2021 11:19 AM
Betul.. judi no ekor, rmh urut, money laundering dll, boleh buat apa depa suka asal masyuk.

Tu la ...

kena bersyukur dgn apa yg ada.. semua kat dunia nih tak voley bawak masuk kubur pun...
Quote nakkomenjugak 11-11-2021 05:34 PM
kaum lain tersenyum sinissss
Quote chazey 11-11-2021 06:19 PM
Rdizz replied at 11-11-2021 11:19 AM
Betul.. judi no ekor, rmh urut, money laundering dll, boleh buat apa depa suka asal masyuk.

Tu la ...

Penjara natang hapanya tak nampak muntri2 Melayu Islam tu kaya rata berharta begitu juga artis2, tokeh MLM dan tokeh timbang kilo termasuk tokeh kek macam Mamasab?
Quote stingerprime 11-11-2021 06:25 PM
Tinot7 replied at 11-11-2021 05:06 PM
kena bersyukur dgn apa yg ada.. semua kat dunia nih tak voley bawak masuk kubur pun...

Kau masuk kubur dlm keadaan telanjang keww? Kan ada kain kapan? Iteww bukan harta dunia kewww?
Quote cucuq 12-11-2021 08:00 AM
Tinot7 replied at 11-11-2021 11:03 AM
hat bawak keta mewah2 tuh, belum tentu dari sumber yg halal.. giteww..

yezza tpi bgi deme itu halal sbb deme berusaha buat keje tu..kite sbb islam kan byk pantang larang dlm berniaga untuk cri rezeki yang halal gittu

Lihat semua komen(30)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.087248 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top