CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Buruk, Tak Berkualiti, Tak Ikut Peredaran Zaman- Budak Kripto Dikutuk

9-11-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4539| Komen: 23

Description: Belum pun Budak Kripto ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 11 November ini, filem terbitan A&S Pictures itu sudah pun menerima pelbagai kecaman daripada pengkritik filem serta segelintir p ...
Belum pun Budak Kripto ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 11 November ini, filem terbitan A&S Pictures itu sudah pun menerima pelbagai kecaman daripada pengkritik filem serta segelintir peminat filem di media sosial. 


Semuanya gara-gara poster filem itu yang dianggap buruk, tidak berkualiti serta tidak mengikut peredaran zaman. Malah, trailer filem itu juga turut dihentam kerana langsung tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan proses ‘perdagangan’ mata wang kripto.

Pengarah serta penerbit Budak Kripto, Nordin Wahab atau Din CJ berkata, dia akur dan bersikap terbuka dengan segala kecaman netizen terhadap poster filem tersebut. 



“Saya tidak marah serta langsung tidak kecil hati kerana mereka juga berhak menyuarakan pendapat dan pandangan mereka. Lagipun, produksi kami tidak terlibat dengan penghasilan poster berkenaan. 

“Tapi, pada waktu yang sama, saya juga berharap ramai yang akan datang menonton filem ini. Tengok dulu filem ini dan kemudian jika mereka mahu kritik, kritiklah,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Din CJ yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Andartu Terlampau dan Mr. Cinderella 2, idea untuk menghasilkan filem itu diperolehi apabila melihat masyarakat di negara ini berlumba-lumba melabur dalam mata wang kripto. 

Din CJ, Foto: Getaran.my

“Ini adalah hadiah buat penggemar karya saya yang tidak seberapa. Pada asalnya ia dihasilkan dalam bentuk super tele tetapi kemudian dinaik taraf menjadi filem. 

“Ia sebuah filem yang mudah difahami serta mampu mendidik, mengajar dan memberi pencerahan tentang kripto atau mata wang digital. 

“Pada waktu yang sama ia memberi pengajaran  kepada  masyarakat supaya tidak tertipu dengan scammer dan tidak tamak mengejar kekayaan dalam proses untuk cepat senang. 

“Apa yang cuba saya tampilkan ini adalah senario semasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini dan subjek filem ini cukup dekat dengan segelintir mereka,” katanya. 

Jelas Din CJ lagi, dia juga tidak sabar menantikan tayangan Budak Kripto di pawagam. 

‘Filem ini sepatutnya ditayangkan tahun lalu. Tapi disebabkan COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan, tayangannya telah pun ditunda beberapa kali. 

“Walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem Hollywood, tapi saya percaya ramai peminat filem Melayu yang mahu tonton filem buatan kita sendiri,” katanya. 

Filem terbaharu Din CJ yang diterajui Zam Azmi dan Nurul Hida ini juga turut dijayakan pelakon Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, A Galak, Afifah Nasir, Sopiah Ibrahim, Datuk TS Jeffry, Kazar, Allahyarham Mamat Khalid, Datuk David Arumugam dan juga Accapan. -CARI

Sumber: Getaran.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 9-11-2021 01:38 PM
poster macam assignment budak2 baru masuk belajar ja
untuk dapat 5 markah subject

aku buat poster dulu rupa gini la jugak, pakai powerpoint ja
Quote syidasaleh 9-11-2021 01:39 PM
Memang udoh punnnn. Nnt mesti guna cite sedih sbb filem ni lakonan arwah mamat khalid khuens
Quote Kera2020 9-11-2021 01:46 PM
Siyes ar kotak2 bawah tu
Quote Kera2020 9-11-2021 01:46 PM
Quote Belibis 9-11-2021 02:17 PM
'Datang tengok dulu,baru komen'. Cissss kalau dah buang duit,tak guna la nak komen tak best..[em:3:]
Quote chazey 9-11-2021 02:19 PM
Abang poster tak tau guna Canva ka?
Quote yayah8989 9-11-2021 02:36 PM
Nak jujur ke tak nak?
Quote KamikuP 9-11-2021 02:51 PM
Aiyo very the cokia the poster .. hello kalau takde bajet pon guna le apps CANVA buat poster .. free lagi.. apoo
Quote AKAZ85 9-11-2021 03:40 PM
Bawah tu gambar passport amik kat kedai bee chun ke?
Quote dudaberhias 9-11-2021 03:43 PM
Nauzubillah min zalik, lagi hodoh dari kad nikah selangor...

Sesuai la dengan rupa sifu2 kripto penipu poster ni...

Siap ada api2 letupan belakang tu ko ingat ni power rangers?

Haukkkkk, sebelum tengok dah rasa nak kambuihhh pawagam yang tayang tu dengan kek mamasabariah sapu planta atas pentas Jahlop... Pelakon2 dan kru semua sekali patut di kambuihhh sekali...
Quote prince_marhaen 9-11-2021 03:52 PM
tu pelakon tambahan filem munafik mana tu bercelakkkkkkkkkkkk kalah heroinnnn....apoooo berdoa kat poster filem tu musibatttttttttttttttttt!!! yang macam ni lah selalu mengaku terpaling 'art' dan terpaling 'method'.....acah2 nak gimikkkk marketing murahannnn
Quote dudaberhias 9-11-2021 04:02 PM
KamikuP replied at 9-11-2021 02:51 PM
Aiyo very the cokia the poster .. hello kalau takde bajet pon guna le apps CANVA buat poster .. free ...

iols rasa bukan isu designer ni... tengok rhoperr pengarah dan pelakon pun semua tua2 late 50an... buat lawa2 pun in the end dorang pilih poster paling hodoh taste orang tua juga kaka.... orang tua ni kena la terima hakikat taste budak2 muda sekarang lain... dan taste dorang tinggi2...
iols biasa hadap taste2 makcik pakcik tua ni especially mak iolsss... orang design lawa2...
dia nak jugak yang design hodoh berkerak tahun 50an macam papan hitam pakai kapur...
buang masa je nak melayan... apa yang kita kata cantik... tak cantik di mata deorang...
Quote matbad 9-11-2021 04:41 PM
krik krik krik
Quote whimsicalmusic 9-11-2021 06:18 PM
AKAZ85: Bawah tu gambar passport amik  ...
hahahahahah siap elok 4 segi tu
Quote c===8 9-11-2021 06:36 PM
Poster ala2 rami malek la tu dlm siri mr.robot.asal terer it je mesti pakai hoodie
Quote Perawankota 9-11-2021 08:27 PM
Bila director pon dari zaman 90an, makanya poster pon mcm zaman2 tu.. Please lah move on...
Quote Carcosa 9-11-2021 10:49 PM
Poster tu dah satu hal mcm haram J.
Nih, sapa dua ekor pelakon utama tu?? Zam Azmi dan Nurul Hida. Standard nama mcm nama pengantin dlm kad jemputan kawin je. Yg buat dkt bawah blok PPRT, penuh letak bunga manggar je.
Quote Mulotkoyak 9-11-2021 11:22 PM
Industri sampah malaysia... Mmg dr poster,  pelakon skali production and jalan cerita mmg taraf buat video assignment utk bahas ketiga kat uitm aje... Kih3
Quote Reira77 10-11-2021 05:41 AM
Yang kotak-kotak kat bawah tu dah mcm nak main game. Pilih karakter

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.094250 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top