CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Ramai Penonton Kecewa Papa Zola Digugurkan Dalam Boboiboy Movie

18-11-2021 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4155| Komen: 20

Description: Selepas meraih kejayaan menerusi penerbitan filem animasi BoboiBoy: The Movie dan BoboiBoy Movie 2, Animonsta Studios, mengesahkan pembabitan watak bernama Papa Zola dalam karya animasi ini akan digug ...
Selepas meraih kejayaan menerusi penerbitan filem animasi BoboiBoy: The Movie dan BoboiBoy Movie 2, Animonsta Studios, mengesahkan pembabitan watak bernama Papa Zola dalam karya animasi ini akan digugurkan.


Perkara itu disahkan oleh pengasas dan Pengarah Urusan Animonsta Studios, Mohd Nizam Abd Razak yang juga merupakan peminjam suara bagi watak Papa Zola menerusi satu hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebooknya semalam.


Foto: Utusan Online

“Selepas membaca komen dan maklum balas anda semua, dapatlah disahkan bahawa Papa Zola akan digugurkan dalam BoboiBoy Movie akan datang.

“Idea untuk mengubah Papa Zola dan Gopal pun tidak diterima. Papablo Esgopal kini bersedih,” katanya.

Sebelum membuat pengumuman tersebut, Nizam juga berkongsi satu hantaran lain yang mendedahkan mengenai perebutan watak animasinya itu pada waktu skrin.

“Dalam BoBoiBoy, banyak sangat watak merebut waktu skrin. Jadi, ada watak yang perlu digugurkan untuk sesetengah arc atau movie.

“Soalannya, watak mana perlu digugurkan?”katanya sebelum menerima ratusan komen berhubung watak yang perlu digugurkan.

Perkara berkenaan turut dikongsikan di laman rasmi facebook BoBoiBoy dan telah meraih perhatian pengikut dan peminat animasi berkenaan.

Rata-ratanya, melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana Papa Zola yang dianggap antara tunjang utama tarikan filem animasi tersebut bakal tiada.

Untuk rekod, watak Papa Zola merupakan antara watak kegemaran ramai anak-anak kecil dan turut mencuri hati peminat dewasa dalam animasi adiwira BoBoiBoy.

Dikenali dengan taglinenya ‘‘kebenaran’, Papa Zola dipaparkan sebagai seorang adiwira yang bersikap spontan dan bersahaja.

Dalam pada itu, Nizam juga mengumumkan sudah menyiapkan naskah terbaru untuk animasi BoboiBoy Movie ini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 18-11-2021 09:06 AM
terkejut gak dgr ari tu padahal papazola ni antara watak yg hidupkan komedi. ehhh tiberr plak aku kisah
Quote kikuri 18-11-2021 09:16 AM
papazola pun dah ade cerita sendiri dengan anak dia yg annoying nama pipi zola tu...maybe jadual padat la tu..tak sempat la kot nak join boboiboy... eh...tiber
Quote msdummy.2018 18-11-2021 10:19 AM
Eloklah tuh....mmg annoying pun dlm citer tuh...yina kasihlah netizen vote papazola tuh
Quote meah_kelabu 18-11-2021 10:34 AM
nanti diorg buat cerita khas lain la utk papazola ni
dh tak share airtime dgn boboiboy
lg best iols rase sbb bole cerita psl parenting and family
Quote lasagna 18-11-2021 11:13 AM
tidakkkkkkkkkkkkkkkkk... papa zola lah ptt ada, sbb dia menceria kan suasana krik krik cite boboiboy!!
Quote Yunho 18-11-2021 11:36 AM
tak pernah kecawa pun dia digugurkan...tak membantu merosakkan cerita lg ade...
dia menyebabkan sy tak layan lg boboyboi...
tp siri dia ngan anak dia ok...tu boleh layan....
dia tak boleh dok ngan super hero dia cuma badut je dlm citer tu
n berjaya merosakkan mood org bile dia muncul....
Quote dudaberhias 18-11-2021 11:46 AM
iolsss suka papazola ada... tapi papazola takde la sentiasa ada dalam episod boboiboy punggg dia ala2 cameo gittew.. harap2 dorang teruskan dengan papa zola tapi hanya cameo dalam episod2 tertentu je...
Quote Mamason 18-11-2021 11:49 AM
Papa zola lah best... cikgu matematik...hehe
Quote Nurul_007 18-11-2021 11:52 AM
papa zola lah yg membawa warna dlm cerita ni walaupun annoying tapi dia lah membawa ceria
Quote tepisket.. 18-11-2021 11:55 AM
Gopal lagi sakit hati watak dia. Suka huru harakan keadaan
Quote Kurex 18-11-2021 12:28 PM
Ikut kehendak indon ke
Quote lasagna 18-11-2021 12:31 PM
Nurul_007 replied at 18-11-2021 11:52 AM
papa zola lah yg membawa warna dlm cerita ni walaupun annoying tapi dia lah membawa ceria

exactly, dia mmg annoying tapi kalau cite dia dgn anak dia si pipi dgn nama penuh yg pjg tu, ok pulak citenya.
Quote KIM.K 18-11-2021 12:35 PM
Aku belum tengok boboiboy
Quote ezacbee 18-11-2021 12:35 PM
Sampai ke sudah aku xpenah tgk cite ni.
Quote beatgirlX 18-11-2021 12:40 PM
Kalau dlm BoBoiBoy better papa Zola je tanpa ada pipi Zola tu..
Quote asfaz 18-11-2021 01:13 PM
Huh  aku tutup telinga bila part papazola ni
Quote Adrif 18-11-2021 03:57 PM
sikit2 ok. ada gak line dia yang totally unexpected and aku terbelahak gelak

tapi tu la, pada pendapat peribadi aku pun, ada scene dia dalam movie boboiboy yang macam.. tak diperlukan kot. setakat selingan je. kudos
Quote Suchi 18-11-2021 08:18 PM
Kurex replied at 18-11-2021 12:28 PM
Ikut kehendak indon ke

Bukan ke nizam ni buat survey kat fb dia tanya watak mana yg patut digugurkan tu pastu ramai laa netizen komen dan minta takmo watak papazola tu.
Tapi org dewasa laa belaka yg komen bebudak kecik yg melayan juga cite ni tkde laa komen.
Suara papazola tu pun suara si nizam tu sendiri gak.
Quote nipskacang 18-11-2021 09:33 PM
Papa pipi papa pipi zolaaaa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.129911 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top