CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masuk Hospital, Reen Rahim Sakit Apa?

10-11-2021 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1795| Komen: 2

Description: “Doakan Reen okey. Minta maaf pada semua yang Reen terpaksa cancel (batal) mesyuarat, acara dan sebagainya untuk minggu ini”.
 “Doakan Reen okey. Minta maaf pada semua yang Reen terpaksa cancel (batal) mesyuarat, acara dan sebagainya untuk minggu ini”.

Demikian hantaran ringkas yang dimuat naik pelakon sensasi Reen Rahim dalam Instagramnya berkenaan status terkini kesihatannya.


Kredit foto: IG Reen

Pada hantaran tersebut, Reen turut memaparkan tangan kirinya yang dicucuk drip dan dipercayai sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.



Kredit foto: IG Reen

“Kenapa tu. Reen sakit apa? Semoga cepat sihat dan sembuh seperti sedia kala.

“Kau da kenapa. Itulah suka sangat melompat-lompat kan dah mendapat. Cepat sembuh tau.

“Lepas ni jangan hiking (mendaki) dan selalu sangat kerap ke gim, jangan nak angkat berat selalu,” tulis netizen yang turut menebak pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.



Sementara itu, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons Reen gagal selepas panggilan dan pesanan WhatsApp tidak berbalas.

Terdahulu, pada Hari Raya Aidilfitri lalu, pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, disahkan positif Covid-19 dan terpaksa beraya serta menjalani kuarantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 10-11-2021 05:26 PM
Keguguran kot..
Quote dudaberhias 10-11-2021 05:35 PM
Sakit gedik kot... Kan tergedik2 nak hiking & gym katanya... Bahaya betul menggedik dan menggelabah tek macam @kiah_mai_pulak tak pasal2 nanti kena tusukan benda tajam masuk air. Kalau tusukan  benda tumpul dari doktor herlokkk tu takpe jugak...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.090168 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top