CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Pembunuh Zulfarhan Diketahui 2 November Ini

1-10-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5053| Komen: 39

Description: Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu akan d ...
Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu akan diketahui pada 2 November ini.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah, menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.


Bapa kepada Allahyarham Pegawai Kadet Zulfarhan Osman, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulkarnain Idris keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini selepas mendengar prosiding penghujahan akhir kes pembelaan membabitkan perbicaraan kes bunuh, bersuhabat membunuh dan mencederakan anaknya.


"Selepas mengambil kira kelapangan pihak-pihak, mahkamah menetapkan 2 November ini, pada 10 pagi untuk keputusan," katanya.

Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh diwakili barisan peguam bela terdiri daripada Datuk Ranjit Singh Dhillon, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Datuk Hazizah Kassim.

Terdahulu, Kalmizah berhujah bahawa keterangan pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad, yang merupakan saksi pendakwaan keenam (SP6) mengenai punca kematian Zulfarhan, adalah konsisten dan tidak pernah bercanggah dengan sebab kematian yang lain.

"SP6 mendapati kematian Zulfarhan adalah kesan luka bakar manakala menerusi laporan mikroskopi yang disediakan ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan yang merupakan saksi pembelaan ke-19 (SD19), mendapati terdapat 'granulation tissue' pada paru-paru si mati.

"Jadi si mati mengalami radang paru-paru di antara 10 hingga 14 hari selepas jangkitan. Oleh itu, jangkitan berlaku sebelum atau pada hari kejadian manakala keterangan saksi pendakwaan ke-31 Dr Mohamad Azaini Ibrahim telah menyatakan 'granulation tissue' boleh dikesan pada minggu kedua selepas jangkitan iaitu tujuh hingga 14 hari," katanya.

Kalmizah juga berhujah, bekas pegawai perubatan UPNM Dr Harniza Kosnan (SP30) turut menyatakan Zulfarhan tidak pernah mengadu sesak nafas atau sakit jantung.

Kelmarin, peguam bela, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi berhujah ada percanggahan keterangan di antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Zulfarhan.

Sementara itu, Kalmizah turut berhujah kaedah yang digunakan oleh SP6 dalam menentukan sebab kematian Zulfarhan adalah wajar dan berpatutan.

"SD19 bersetuju sebagai pakar yang melihat dan memeriksa atau melakukan autopsi ke atas jasad, SP6 yang dapat buat anggaran terdekat tentang peratus kebakaran sebab beliau melihat sendiri jasad itu," katanya.

Kalmizah juga berkata, pihak pendakwaan menegaskan bahawa keterangan SD19 langsung tidak mematahkan dapatan SP6 seperti mana yang dihujahkan oleh Amer Hamzah.

"Keterangan SD19 mengenai ujian mikroskopi ke atas Zulfarhan yang mendapati mangsa mempunyai masalah kesihatan antaranya otak berdarah, radang otak dan pernah mengalami sakit jantung, adalah tidak selari kerana Zulfarhan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan lasak di UPNM.

"Ini jelas menunjukkan keterangan SD19 terhadap ujian mikroskopi itu meragukan dan ia adalah satu yang ditokok tambah," katanya.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan penuntut UPNM terbabit membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.


Kredit foto: Kosmo

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi dan Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 dan 5.45 pagi 22 Mei 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama dengan 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 1-10-2021 12:20 PM
Semoga mahkamah jatuhkn hukuman yg setimpal. Jgn amik kira kesalahan pertama @ tentang masa depan si pelaku. Nyawa yg hilang xternilai & xleh dganti.
Quote imanjannah 1-10-2021 02:11 PM
moga keadilan utk adik zulfarhan sedih.. dah 4 tahun rupanya
Quote kucingitam 1-10-2021 02:26 PM
semoga dapat keadilan...lama follow kisah ni
Quote Minami2013 1-10-2021 02:46 PM
Mohon update semula pada 2 nov nanti. Harap hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kes buli.
Quote bungarose 1-10-2021 02:48 PM
Semoga kejahatan syaitan2 ni mendapat pembalasan setimpal
Quote nakkomenjugak 1-10-2021 03:19 PM
Biarlah adil.
Eye for an eye.
Kita tengok camne
Quote grosouraus 1-10-2021 06:59 PM
Kalau hukuman X setimpal tak tahu la apa nasib anak2 kita nnti masuk asrama atau uni...kes mungkin boleh berulang lagi....kes ni jadi benchmark utk jadi pengajaran dekat2 bdk2 asrama n uni yg suka membuli especially student UPNM...
Quote ninnakarinna 2-10-2021 12:55 AM
Ni yg kes mak ayah habis bergolok bergadai sampai pindah randah nak bayar lawyer kan... Yg dr rohayu tu kena bayar brapa pulak nak support pguam bela?
{:nose
Quote supernaturalee 2-10-2021 08:03 AM
ninnakarinna replied at 2-10-2021 12:55 AM
Ni yg kes mak ayah habis bergolok bergadai sampai pindah randah nak bayar lawyer kan... Yg dr rohayu ...

Risau jatuh keraguan munasabah je
Hbs gitu je nnt

Quote me12345 2-10-2021 10:18 AM
Harap depa di gantung
Quote Buritan 2-10-2021 10:28 AM
grosouraus replied at 1-10-2021 06:59 PM
Kalau hukuman X setimpal tak tahu la apa nasib anak2 kita nnti masuk asrama atau uni...kes mungkin b ...

Aku tarak mo anak sku duk asrama masa kat u nanti.. berulsng je laa dr rumah..  dah binczng ngan lski kslo lps spm dpt u jauh like kat ganu ke klntn ke sggup aje amik form 6.. lopes form 6 apply lg... nak area rumah aku jugak..
Quote mamajawie 2-10-2021 01:31 PM
Tgok baju tshirt bapa arwah ni aku rasa sedih sangat..aku pun bekas pelajar asrama paling teruk pun kena tempeleng ngan warden sebab senior tuduh aku & classmate aku curi kasut dia.
Quote Acikgomen 2-10-2021 01:56 PM
Buritan replied at 2-10-2021 10:28 AM
Aku tarak mo anak sku duk asrama masa kat u nanti.. berulsng je laa dr rumah..  dah binczng ngan l ...

Tak pun simpan duit je la korang enroll dia kat private uni
Quote Buritan 2-10-2021 02:05 PM
Acikgomen replied at 2-10-2021 01:56 PM
Tak pun simpan duit je la korang enroll dia kat private uni

Uni swasta pun dah dlm psla otak aku jugak.. itu last choice..
Quote syamzana 2-10-2021 02:21 PM
Buritan replied at 2-10-2021 10:28 AM
Aku tarak mo anak sku duk asrama masa kat u nanti.. berulsng je laa dr rumah..  dah binczng ngan l ...

nati masuk uni first sem bukan ke semua kene dok hostel tp kalo dekat at least wkend blh balik rumah. ke zaman skrg takdah?
hrp kematian farhan terbela, jgn bg lepas pembunuh2 ni semua.
btw, ape ke teruk beno typo uols ni? jari gundu ke?huhu
Quote Buritan 2-10-2021 02:24 PM
syamzana replied at 2-10-2021 02:21 PM
nati masuk uni first sem bukan ke semua kene dok hostel tp kalo dekat at least wkend blh balik rum ...

Koh koh..mmg malas nak edit.. sape leh baca.. oklaa...
Quote Fortiori02 2-10-2021 02:26 PM
Moga keadilan diperolehi dlm kes adik zulfarhan ni
Quote underground 2-10-2021 02:54 PM
mamajawie replied at 2-10-2021 01:31 PM
Tgok baju tshirt bapa arwah ni aku rasa sedih sangat..aku pun bekas pelajar asrama paling teruk pun  ...

tempeleng tu biasa2 je..

aku kena berenang atas lantai.. melecet taw bebird
Quote pu3_rania 2-10-2021 03:05 PM
ninnakarinna replied at 2-10-2021 12:55 AM
Ni yg kes mak ayah habis bergolok bergadai sampai pindah randah nak bayar lawyer kan... Yg dr rohayu ...

Buat ko Dr Rahayu jika benar ko menipu dan bersubahat semoga kifarah akan menimpa ko
Kalau di dunia ko Dr Rahayu boleh berdusta di dalam mahkamah tapi ingat ada 1 lagi mahkamah agung yang ko tak kan terlepas dengan penipuan yang ko buat iaitu mahkamah milik Allah SWT di padang Mahsyar kelak
Begitu juga dengan hakim yang menghakimi perbicaraan kes ini jika keputusan kelak akan mengakibatkan terjadinya penganiayaan kepada Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain serta keluarga so ingatlah wahai hakim ada perbicaraan yang maha adil lagi saksama yang akan hang hadapi di padang Mahsyar kelak di Allah SWT

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052432 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top