CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risau Reaksi Ellie Nak Pergi Cucuk Vaksin, Azri Tipu Konon Ke Bengkel Kereta

1-10-2021 11:40 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11254| Komen: 56|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Memang benar saya sudah lengkap dua dos vaksin."
"Memang benar saya sudah lengkap dua dos vaksin."

Demikian pengakuan dibuat Azri Iskandar yang  mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa pengetahuan isterinya, Ellie Suriati Omar.


Berkata kepada Gempak, Azri, 53, akui dia pada mulanya berdepan dilema untuk mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer namun, nekad melakukannya kerana memikirkan periuk nasi keluarga.


Kredit foto: Gempak/IG

"Suntikan pertama pada 27 Julai dan keduanya pada 16 Ogos lalu.

"Saya risau akan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga apabila kerajaan menetapkan syarat wajib perlu lengkap dua vaksin untuk terbabit dengan penggambaran, saya menjadi semakin risau.

"Mujurlah nama saya dipanggil untuk temujanji vaksin di MySejahtera. Itu pun saya daftar diam-diam tanpa pengetahuan Ellie.


"Selepas sebulan lengkap vaksin Alhamdulillah, tiada apa-apa kesan sampingan, cuma saya demam dua hari selepas vaksin dos kedua," katanya.

Jelasnya, dia terpaksa merahsiakan temujanji itu daripada Ellie kerana risaukan reaksinya dan menipu kononnya mahu ke bengkel kereta dan selepas berbincang dengan anaknya, Nur Anis Mastura, dia sendiri menemaninya ke klinik d AU5.

Azri akhirnya terpaksa membuka mulut apabila ditawarkan berlakon bersama beberapa rumah produksi, baru-baru ini.

Reaksi Ellie kata Azri, "You ni pun tak sabar-sabar, tunggulah dulu. Kajian masih baru."

Azri bagaimanapun menjelaskan rumah tangga mereka masih harmoni biarpun tidak sependapat mengenai penerimaan vaksin. Malah, anak-anaknya juga memahami dan menerima pendiriannya selaku ketua keluarga yang perlu mencari rezeki.


Kredit foto: Redaksi

"Semakin lama hutang semakin bertambah, nanti datang pula penyakit lain disebabkan terlampau stress.

"Saya harap suatu masa nanti, anak-anak saya pun semuanya akan ambil vaksin apabila mereka sudah cukup yakin. Begitu juga Ellie," ujarnya yang bersyukur anak ketiga dari perkahwinan terdahulu, Nur Anis juga sudah lengkap dos vaksin.

Mujur tak perang dengan isteri sendiri kerana sorok-sorok ambil vaksin. Bukan tak kenal Elli macam mana. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaseh80 1-10-2021 11:52 AM
Queen control le tu nak vaksin pun takut
Quote sayawifenikmie 1-10-2021 11:59 AM
... bagus azri ni .. ibarat menarik rambut dalam tepung ....
Quote CtMaryam123 1-10-2021 12:08 PM
Ramai jer suami2 hensem yg baik tp seram dgn bini.. walaupun kat liar hantu jgk
Quote nakkomenjugak 1-10-2021 12:13 PM
Kalau mat saleh kata,
Abe ajri ni jenis SIMP
Takot minikkk kata deme

Hey
U gotta do whatchu gotta do
Rezeki mesti dicari
Quote qwen_luna 1-10-2021 12:13 PM
Bagus dia ni. Wpun si bini nmpk mcm queen control, tapi laki dia firm n tau mcm mana nak handle bini dia. Ok laaahh tuu! Drpd lgsg tunduk ikut jee ckp bini, buat keputusan pon tak reti. Lg hampeh.
Quote Sham143 1-10-2021 12:13 PM
Cerdik juga suami dia rupanya..
Quote royaldanish 1-10-2021 12:13 PM
Quote kiah_mai_pulak 1-10-2021 12:24 PM
hahhahahahahahaa kesian ko elli.  dh muka kepam busukk bercela, kena tipu dgn laki pulakkk. hahhahahahahahahahaaa
Quote stania83 1-10-2021 12:27 PM
azri iskandar ni ensem woooooOOOOOOO
Quote Pixie902 1-10-2021 12:37 PM
Bagusla azri ni tak terikut2 rentak si elli
Masing2 bertanggungjawab atas tubuh sendiri...
Quote Suchi 1-10-2021 12:40 PM
Hehhe dia g ditemani anak dia, anak dia tu dah vaksin.
Adik2 sebapa jela tak vaksin lg eh.
Berapa dah umur anak azri yg teman dia tu mesti dah keje kan.
Bukan semua ahli keluarga sependapat mesti dlm wassep group famili dorang penuh je screenshot la video2 bagai yg acik elly selalu forward hihi.

Quote trexxxxxi 1-10-2021 12:55 PM
Lepas ni ada statement balas dari Eli tak?
Bagus Anis teman apak
Quote bambimo 1-10-2021 01:00 PM
Hensem lg dia ni boleh jd watak datuk2 Megah Holding
Quote annadonna 1-10-2021 01:13 PM
Ala lepas ni keluarlah cerita ellie pun dah vaksin. Dorang ingat industri main main kot kata wajib vaccinated nak balik kerja. Skrg bila dah serius tak boleh shooting kalau tak vacicn terus semua antivaks u turn. Kesian.
Quote OyaTonggek 1-10-2021 01:24 PM
kipas lipas
Quote She-Ra 1-10-2021 01:31 PM
bambimo replied at 1-10-2021 01:00 PM
Hensem lg dia ni boleh jd watak datuk2 Megah Holding

megah holdings ni kekal relevan sungguh
hal2 berkaitan je mesti nama naik kena petik
Quote LadyCarefree 1-10-2021 01:33 PM
Laki yg tak mampu didik binik. LOL. Hanya mampu menipu binik. Boleh gitu?
Quote dino 1-10-2021 02:01 PM
kaseh80 replied at 1-10-2021 11:52 AM
Queen control le tu nak vaksin pun takut

tgh byng kena tengking mcm kat event umno tu haha
Quote Fly_over 1-10-2021 02:15 PM
Edited by Fly_over at 1-10-2021 02:48 PM

bila bergambar berdua deyols lovely couple yach… melekat gitu bgambar…

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.179490 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top