CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mula-mula Demam Je, Wartawan Lumpuh Dua Minggu Selepas Divaksin

30-9-2021 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6737| Komen: 28

Description: Ketua Daerah Aceh Selatan, Amran memaklumkan pihak pemerintah akan bertanggungjawab menanggung kos rawatan membabitkan wartawan Harian Rakyat Aceh, Fathayat Ahmad yang lumpuh selepas menerima vaksin C ...
Ketua Daerah Aceh Selatan, Amran memaklumkan pihak pemerintah akan bertanggungjawab menanggung kos rawatan membabitkan wartawan Harian Rakyat Aceh, Fathayat Ahmad yang lumpuh selepas menerima vaksin Covid-19.


Pada 12 Julai lalu, Fathayat disuntik vaksin di Samadua dan sejam selepas itu, dia menggigil kesejukan.


Kredit foto: TribunNews

Sebelah malam pula, dia mengalami demam dan perutnya sakit, kaki menjadi kebas dan pergelangan tangannya berdenyut-denyut.

Bagaimanapun, keadaan dirinya ketika itu masih normal dan stabil.

Namun, dua minggu kemudian, otot-ototnya terasa sakit dan 30 Ogos lalu, dia menerima rawatan di hospital selama 10 hari.

Menurut ahli keluarganya, selepas itu, lelaki itu dirujuk ke Hospital Umum Banda Aceh selepas keadaannya belum menunjukkan sebarang perubahan.

“Selepas dirawat selama 12 hari di hospital itu, keadaan dirinya juga belum baik. Menurut doktor, kegagalan vaksin itu menyebabkan keadaannya lebih lemah,” kata keluarganya.


Sehingga kini, dia tidak dibenarkan pulang ke Tapaktuan dan perlu menjalani terapi di hospital tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 30-9-2021 08:45 PM
Jujur berita indon
Quote Adrif 30-9-2021 08:51 PM
negara sana guna vaksin apa?
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 08:55 PM
Haiyooo sampai gitu sekali
Quote JessePinkman 30-9-2021 09:11 PM
Kalau berlaku di Msia ni, ramai makcik2 lantik diri sendiri jadi spokeperson syarikat vaksin.
Quote kuzaime 30-9-2021 09:16 PM
Kalau kat sini, mesti spin ke sakit jantung, kencing manis, darah tinggi etc sebagai punca utama
Quote LadyCarefree 30-9-2021 09:17 PM
Adrif: negara sana guna vaksin apa?


Sinovac sbb diorang setuju dpt vaksin in exchange jd ujikaji keberkesanan. Kan sebelum ni akibat delta ramai nurse dan doktor mati.
Quote Shayang 30-9-2021 09:21 PM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 09:17 PM
Sinovac sbb diorang setuju dpt vaksin in exchange jd ujikaji keberkesanan. Kan sebelum ni akibat ...

Dorang cuma amik sinovac je ke? Nampak macam ada yang amik AZ ke aku salah tgk tahla.
Masa tu tengok kat ig artis dorang la dia tulis AZ.
Quote mbhcsf 30-9-2021 09:26 PM
possibly GBS

Gullian Barre  , eh tak buat MRI ke? atau ambil sample air csf/ tulang belakang?

kan one of the complications is GBS?

nampak pola pattern kelemahan badan tu - kekebas/ pins and needles dari kawasan hujung badan distal parts of the limbs, kemudian slowly ascending tu ???

tapi tak pe kat hospital dah..
Quote JessePinkman 30-9-2021 09:39 PM
mbhcsf replied at 30-9-2021 09:26 PM
possibly GBS

Gullian Barre  , eh tak buat MRI ke? atau ambil sample air csf/ tulang belakang?

Duduk jauh beribu batu, nak komen pulak suruh buat test apa.

Hang tau apa, apa test2 yg doktor sana dah buat?

Taknak menjerit2 orang tak faham statistik kaa yg macam biasa hang buat? Lepas tu member hang sendiri tegur hang baca graph pun salah. Kahkahkahkahkah.
Quote LadyCarefree 30-9-2021 09:58 PM
Shayang replied at 30-9-2021 08:21 PM
Dorang cuma amik sinovac je ke? Nampak macam ada yang amik AZ ke aku salah tgk tahla.
Masa tu ten ...

Awal2 tu sinovac. Lepas tu ada dapat lain. Macam spore bg astrazeneca.
Quote jetonkepoh 30-9-2021 11:10 PM
Kat sana kebanyakkannya dapat moderna n sinovac... Kawan2 dari sana ramai dapat moderna katanya.
Quote farhani87 30-9-2021 11:12 PM
JessePinkman replied at 30-9-2021 09:11 PM
Kalau berlaku di Msia ni, ramai makcik2 lantik diri sendiri jadi spokeperson syarikat vaksin.

Salah tu. X mungkin berlaku di malaysia. Sbb vaksin di malaysia gred AAA.,
Quote abangbikerz 30-9-2021 11:13 PM
setakat sorang 2 je yg akan tumbang. manfaat vaksin lebih besar dari keburukannya.
siapa yg kena serius side effect tanggung sendiri. yg mati boleh tanam. zaman skrg ni kena draconian.
Quote Dorotheas 30-9-2021 11:31 PM
Bagus pemerintah aceh ambil tnggungjawab tangung kos dan perubatan..gitu la sepatutnya bukan lepas tangan dan spin citer ckp lain..semoga wartawan tersebut sembuh kembali..
Quote pengecatbintang 1-10-2021 12:46 AM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 09:17 PM
Sinovac sbb diorang setuju dpt vaksin in exchange jd ujikaji keberkesanan. Kan sebelum ni akibat ...

lumpuh sbb kobid atau beksin ya?
Quote pengecatbintang 1-10-2021 12:47 AM
Dorotheas replied at 30-9-2021 11:31 PM
Bagus pemerintah aceh ambil tnggungjawab tangung kos dan perubatan..gitu la sepatutnya bukan lepas t ...

kar Mesia kena tanda tangan consent letter yg ada terma risiko lu tanggung sendili
Quote pengecatbintang 1-10-2021 12:49 AM
farhani87 replied at 30-9-2021 11:12 PM
Salah tu. X mungkin berlaku di malaysia. Sbb vaksin di malaysia gred AAA.,

setakat ni.. kalo yg da beksin tu mati...

mati sbb kobid or sakit jantung..

x de mati sbb beksin..

itu lah istimewanya Mesia..

negara2 lain ada.. kita x de...

see.. terer x kaykayemmm
Quote pengecatbintang 1-10-2021 12:50 AM
JessePinkman replied at 30-9-2021 09:39 PM
Duduk jauh beribu batu, nak komen pulak suruh buat test apa.

Hang tau apa, apa test2 yg doktor  ...

tak yah ko layan
Quote pengecatbintang 1-10-2021 12:56 AM
Edited by pengecatbintang at 1-10-2021 01:05 AM

seb baek kat Indon..

kalo kat satu negara kat planet Jupiter tu, ko diletakkan dlm ICU kmdian ditidurkan...

dan doktor kena pilih sapa nak diselamatkan...

kmdian declare mati sbb kobid...

kalo x declare kobid, paling cikai declare sakit jantung...

tutup kes, senang.. cuci tangan..

yg naya.. yg beksin ler...

pampasan SDD500k pon x dapek

mati katak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.128828 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top