CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Bagitahu Orang Tau" - 215 Terbang Ke UK, Berapa Ramai Betul Layak Dapat MARA?

30-9-2021 11:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 34715| Komen: 348|Original author: Oleh: LilRose

Description: Panas membara-bara pengguna di laman Twitter membincangkan isu 215 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian terkemuka di United Kingdom.
Kredit foto: Twitter



Panas membara-bara pengguna di laman Twitter membincangkan isu 215 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian terkemuka di United Kingdom.



Kredit foto: Twitter

Menerusi ciapannya, pengguna akaun Fairuz mempersoalkan status kelayakan penuntut terbabit.

Berkongsi pengalamannya ketika menuntut di bumi Australia pada 2014/2015, Fairus mendedahkan dia bertemu ramai anak VIP dan staf MARA sendiri yang menerima tajaan.


"'Jangan bagitahu orang tau', kata anak-anak mereka di bumi Australia ketika itu."

Dia begitu kesal apabila ramai yang ditaja datang dari keluarga kaya yang terlebih dari mampu untuk menanggung yuran pengajian sendiri dan kos sara hidup.


Kredit foto: Twitter

Malah, dia turut mengecam tahap kebolehan mereka menguasai bahasa Inggeris yang terlalu rendah.

"Waktu kenalkan diri masa mula-mula jumpa kat Sydney tu masing-masing tak nak kalah ya. Siap tanya bapak masing-masing bawak kereta apa.

"Seriously! Ada yang dapat tajaan tapi upload gambar VW dengan caption 'Thank you daddy!' Beli VW kat UK, kau mampu?" luahnya terkilan.



Kredit foto: Twitter

Dia juga mempertikaikan tindakan majikan yang cenderung memilih graduan luar negara.

"Jadi, yang ditindas dari dulu makin tercungap," ujarnya.

Agak menyakitkan hati juga apabila ada yang menasihatinya supaya tidak bitter dengan 'rezeki' orang lain.

Masalahnya sekarang melibatkan kezaliman golongan kayangan yang merampas hak yang lebih layak dan menindas orang lain.


Kredit foto: Twitter

Beberapa warganet tampil menjelaskan ia bukan isu hak dinafikan, sebaliknya saluran untuk B40 mendapatkan biasiswa terhad berbanding T20 yang banyak 'kabel'.

"Kebanyakan anak2 T20 score exam.

"Kebanyakan tak fikir sangat pasal score. Orang kesah pasal kemampuan. Kalau dah T20, kenapa tetap nak mohon biasiswa sedangkan awak dah layak?

"Kalau nak cakap T20 score exam, B40 LAGI RAMAI yang score, malangnya hak mereka dinafikan," antara komen netizen.





Kredit foto: Twitter

Jika berterusan begini, apakah nasib jawatan tertinggi Putrajaya akan datang? - CARI 
5

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 1-10-2021 12:09 AM
Ermmmm...mcm pernh baca dlm forum yg anak kepada penerbit xxxxx xxxxx ..dan mmg sah2 anak VVIP pun dpt tajaan MARA masa buat medic di xxxxxxx.wallahualam..
Quote sharlenetexas 1-10-2021 12:18 AM
MisXoXo replied at 1-10-2021 12:09 AM
Ermmmm...mcm pernh baca dlm forum yg anak kepada penerbit xxxxx xxxxx ..dan mmg sah2 anak VVIP pun d ...

Loan ke? Pastu bayar balik tak kos yg hampir setengah juta tu? Kawan iols yg best student pun masih tercungap2 nk settle study loan.

Quote nakkomenjugak 1-10-2021 12:20 AM
Sape yang mengong kat tered tu yang suruh orang belajar redhooo??
Quote Mystery0410 1-10-2021 12:22 AM
Aku tgk fb member aritu hantar anak ke airport nak ke London. Member aku tu mmg sendiri dulu US grad , hidup sekrg dah sedia kaya. Dan anak dia bukan sorang yg dapat pergi sana yek, 3 org, setahun sorang kerajaan tanggung. Dalam hati berbisik, mungkin sebab mak pak pandai, anak2 pun pandai. Tu yg dapat pergi belajar sampai ke sana. EH jap, member aku lg sorang janda, struggle besarkan anak. Anak dia excel giler dlm pelajaran...tapi naper masuk local U jek ? Yang aku ni anak kecik lagi, bila tgk anak kawan g UK, ingat nak tanya juga kot boleh lah anak aku ke arah jalan situ nanti.

Tup2 twitter bangkit kan cerita anak2 T20 dapat pergi. Hmm..maleh nak cakap. Kabel dari neraka rupanya.
Quote dani-rox 1-10-2021 12:36 AM
pastu pembekap ppl born into wealth and power ni marah2... biarlah kalau dia org pandai. dosa ke lahir dlm keluarga ultra rich~ dia org pun ada hak jugak, diskriminasi betol yada yada yada

org2 mcm ni la penyumbang kpd wealth gap by restricting the social mobility of lower classes. org kaya berterusan kaya dan senang, org miskin bertambah susah dan miskin. pastu hencap org miskin tak reti usaha la, malas la.


Quote jari10 1-10-2021 12:41 AM
Edited by jari10 at 1-10-2021 12:44 AM

Tajaan.. Pembiayaan secara pinjaman..Bukan biasiswa penuh pun

Ada org tolak pembiayaan.. Sebab nak biasiswa semata. Eh tiber teringat pulak hero sayu
Quote dani-rox 1-10-2021 12:42 AM



Quote green~tea 1-10-2021 12:49 AM
Mystery0410 replied at 1-10-2021 12:22 AM
Aku tgk fb member aritu hantar anak ke airport nak ke London. Member aku tu mmg sendiri dulu US grad ...


Skali mak pak t20 wei pakat hantar anak2 oversea hahahahahhhaa.. ingat budak2 je ke fly sorang2 ke sana.... diorng sume kuarantin 5 hari kat airbnb diorang semua at their own cost.... seronok depa dpt travel sambil nyelam minom air
Quote Mystery0410 1-10-2021 12:56 AM
green~tea replied at 1-10-2021 12:49 AM
Skali mak pak t20 wei pakat hantar anak2 oversea hahahahahhhaa.. ingat budak2 je ke fly sorang2  ...

Kuang ajaq kan. Sesia jek aku bersangka baik.
Tahap2 anak2 aku ni nanti gamaknya harus bersyukur anak masuk uitm jah.
Tu pun kalau dapat masuklah.

Quote tobobon 1-10-2021 01:16 AM
Mystery0410 replied at 1-10-2021 12:56 AM
Kuang ajaq kan. Sesia jek aku bersangka baik.
Tahap2 anak2 aku ni nanti gamaknya harus bersyukur  ...

Gitulah nasib chuols...mak bapak t20 sbb apa..depa bernasib baik dpt melanjutkan pelajaran ke universiti..lebih2 lagi kalau pegi overseas..zaman dulu berapa kerat jer yg dpt..bila dah grad..of course pluang banyak..bila dah tua..dapatlah merasa upgrade ke t20...

Kalau ada mesin masa, meols nak balik ke zaman dulu2 paksa both parents belajar sampai universiti..at least skrg mrasalah meols jd anak t20
Quote irish_ieka 1-10-2021 01:18 AM
tkyah ckp pasal biasiswa. keje kerajaan ke tender ke hape semua kene kabel. kalau dipikirkan sgt sakit hati tu boleh jd bebal otak ye. dkt padang mahsyar nnt jwb lah sekor2.
Quote irish_ieka 1-10-2021 01:18 AM
tkyah ckp pasal biasiswa. keje kerajaan ke tender ke hape semua kene kabel. kalau dipikirkan sgt sakit hati tu boleh jd bebal otak ye. dkt padang mahsyar nnt jwb lah sekor2.
Quote LadyCarefree 1-10-2021 01:21 AM
Benda ni dari zaman my parents. Anak msd boss sama2 ke obersi tp spm grade 2. PreU kat sana pon lingkup sbb BI ke laut. Pastu transfer masuk kolej ceruk mana entah. Ada gak masa tu anak sedara menteri pelajaran pergi sesama pun sama result spm hauk.
Quote Timortimur 1-10-2021 01:34 AM
I salah seorang yg pernah nak apply MARA tapi bila tnya bermacam2 alasan
Lastly I sambung study kat malaysia
Rasa geram pun ada bila baca luahan ni
Quote asamfish 1-10-2021 01:59 AM
Ada sorang yang aku kenal...mak pensyarah..bapak pakar jantung...anak dpt tajaan mara...what the fish!!!
Quote green~tea 1-10-2021 02:01 AM
tobobon replied at 1-10-2021 01:16 AM
Gitulah nasib chuols...mak bapak t20 sbb apa..depa bernasib baik dpt melanjutkan pelajaran ke univ ...


Meols bersyukur je dilahirkan oleh ibu yang bekerja sebagai kerani gomen OKU lagi   takpe lah, kita local uni pun buleh je cari duit sendiri
Quote sfrnna 1-10-2021 02:01 AM
Ibubapa ada duit tu nak anak p obersea guna la duit sendiri kan. Btw, UM pun dah top 100 uni in the world. I rasa in the future USM, UPM, UTM ni semua ada potential nak dapat top 100 gak. So bagi la yg masuk uni ni free scholarship ke apa kan. Mostly coarse kat top uni kat MY
ni pun accredited. Kebanyakkan yg p study oversea tu pun hidup x reti nak bergaul dgn org luar. I rasa graduan berkualiti yg p overseas mostly tahun 90an ke bawah macam tu. Ramai jadi professor la director la. Mmg membantu anak bangsa la kiranya. Sorry ni pendapat personal je. Mohon jgn kecam ai
Quote syamzana 1-10-2021 02:04 AM
benda ni dah lama berlaku sejak berkurun lamanya lagi. masa i ngajar ipta, anak NC dapat biasiswa utk buat mstrs ke US yg mana mmg tak layak pun dgn result undergrad dia tu. yg ramai2 tggu giliran nak smbg phd berlambak lagi time tu. duit dah berkoyan pun gigih nak apply scholar jugak.
kalau nak kirai berlambak yg smbg bljr sesama dulu bila godek2 eh dia ni anak vvvvvvvip tp dpt skolar sama mcm aku jugek. patut lar duit tak pernah habis. tp kalo kite tnya dan2 la ckp rezeki dia la dpt scholar sbb pandai.puihhhh la org x brp senang berlambak lg lagi pandai dari ko la.
Quote Cenderakirana9 1-10-2021 02:13 AM
Ada seorang kenalan ni mak accountant (kalau tak silap) and ayah doktor pakar, dapat MARA pergi US. Bila orang persoalkan, dia jawab dia layak daripada segi akademik dan taknak susahkan parents. Tapi once balik Malaysia, terus kahwin buat majlis grand. Duit untuk majlis tu guna duit mak ayah kan, tak fikir pulak time tu susahkan parents? I memang rasa dia hipokrit.

Ex I pulak anak VIP, dapat biasiswa bank negara ke UK. Ok la a really top student but parents dia mampu kot nak tanggung everything. Adik beliau by right fly jugak ke oversea under a scholarship but then cancel last minute sebab the sponsor found out about their parents' status. Ha macam ni la baru adil

Lihat semua komen(348)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.079090 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top