CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shooting Filem Di Angkasa Lepas Pula!

1-10-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2417| Komen: 5

Description: Aktres Rusia, Yulia Peresild akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) minggu depan untuk penggambaran filem pertama di angkasa lepas.
Aktres Rusia, Yulia Peresild akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) minggu depan untuk penggambaran filem pertama di angkasa lepas.

Bersama dua angkasawan dan seorang pengarah, pelakon berusia 37 tahun itu akan berlepas dengan kapal angkasa Soyuz MS-19 pada 5 Oktober.


ISS mengorbit bumi pada jarak kira-kira 354 kilometer dari bumi.


Yulia (kiri)
Kredit foto: Roscosmos via Twitter

The Sun melaporkan, pelancaran itu dilakukan hanya beberapa minggu selepas kru orang awam pertama menaiki roket dan kapsul yang dibangunkan oleh SpaceX.

Ia menambah elemen persaingan angkasa lepas antara Rusia dan Amerika Syarikat, sejak beberapa dekad lalu.

"Filem ini dibuat berdasarkan kisah orang biasa... doktor yang tidak ada kaitan dengan penerokaan angkasa lepas dan tidak pernah memikirkan ditawarkan untuk ke ISS dan menyelamatkan nyawa angkasawan," kata pengarah dan pelakon Klim Shipenko pada sidang akhbar minggu lalu.


Angkasawan profesional sebagai kru juga akan terbabit dalam filem berkenaan.

"Saya tidak akan membintangi filem itu, tetapi saya masih perlu memikirkan bagaimana filem dihasilkan di tempat yang tidak biasa seperti angkasa lepas," kata komandan, Anton Shkaplerov.



Yulia Peresild yang melakonkan watak utama berkata, dia belajar menjadi jurusolek dan pereka kostum sendiri.

"Ia tidak akan sama seperti di bumi, tetapi kami akan melakukan yang terbaik. Kita sudah bersedia untuk itu.

"Sudah agak terlambat untuk takut kerana kita sudah sampai sejauh ini," katanya.



Sementara itu Shipenko berkata, ketinggiannya menyebabkan latihan di dalam kapal angkasa dan perjalanan yang akan datang tidak begitu selesa.

"Tidak apa. Saya akan' terbang' sebagaimana adanya, tetapi ketika kami melakukan filem sekuel mengenai pengembaraan ke Marikh, mereka berjanji akan ada tempat duduk yang lebih baik," katanya.



Agensi angkasa Rusia, Roscosmos sebelum ini mengumumkan projek itu pada bulan Mei. 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 1-10-2021 12:26 PM
[youtube]b5Qe6EFl4Us[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 1-10-2021 12:27 PM
[youtube]mF52I7UZcv0[/youtube]
Quote edayildiz 1-10-2021 12:37 PM
alah bukan uncle tom cruise ke nk p berlakon sana
Quote JohnyEnglish 1-10-2021 02:45 PM
Filem rusia pun dh best tahap US skrg
[youtube]zp8_4RXuDdk[/youtube]
Quote nakkomenjugak 2-10-2021 05:12 AM
Haaa ni baru rasa cam nak tengok

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.169715 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top