CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikut Pasukan Penyelamat, Rupanya 'Orang Hilang' Yang Dicari Adalah Diri Sendiri

1-10-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5106| Komen: 22

Description: Seorang lelaki menyertai pasukan penyelamat mencari ‘orang hilang’, namun tanpa sedar operasi berkenaan dilancarkan bagi mencari dirinya sendiri.
Seorang lelaki menyertai pasukan penyelamat mencari ‘orang hilang’, namun tanpa sedar operasi berkenaan dilancarkan bagi mencari dirinya sendiri.

Bunyinya agak pelik, namun Beyhan Mutlu, 50, dilaporkan hilang oleh isterinya sendiri selepas keluar minum bersama rakan-rakannya sebelum memasuki hutan di Cayyaka, Turki, lapor Mirror.



Kredit foto: vaziyetcomtr/Twitter

Mutlu terpisah dengan rakannya selepas didapati mabuk sehingga mencetus kebimbangan isterinya yang kemudian membuat laporan.

Pasukan menyelamat melancarkan operasi mencari selama berjam-jam, namun gagal menemui ‘orang yang dicari’.

Bagaimanapun, operasi mencari dihentikan selepas Mutlu terserempak dengan sekumpulan sukarelawan yang turut membantu pihak berkuasa.

Mutlu yang turut serta dengan kumpulan mencari akhirnya tersedar yang operasi berkenaan dilancarkan bagi mencari dirinya selepas sukarelawan bertugas menjerit memanggil namanya.


Mutlu yang pada mulanya berasa bingung dan bertanya siapakah orang hilang yang sedang dicari.


Kredit foto: Newsflash

Ekoran insiden berkenaan, Mutlu diambil keterangan dan dia turut memohon supaya tidak dikenakan hukuman berat.

Menurut laporan pegawai bertugas, Mutlu dibenarkan pulang, namun tidak jelas sama ada dia dikenakan hukuman atau pun tidak. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chenta_dewi 30-9-2021 03:46 PM
Ko salah board ke..ni patut board jenaka
Quote Skuau 30-9-2021 03:49 PM
kalo kat sini...ko(mutlu) dh kena hempuk dh........
Quote trexxxxxi 30-9-2021 03:52 PM
Dah mabok, menyusahkan rescue team pulakkkkk
Quote sukacactus 30-9-2021 04:15 PM
Baca tajuk dah tergelak, baca artikel lagi laa
Quote kelapaparut 30-9-2021 05:33 PM
org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 09:47 PM
Betul punya mabuk niii
Macam ada kes pembunuh ke apa ikut join polis cari mayat mangsa heol sendiri
Quote noorhairiahma 30-9-2021 10:06 PM
Kahkahkah
Quote che-cikL 30-9-2021 10:12 PM
Part yg menyahut tu kelakar nau
Quote slyfynx 30-9-2021 10:27 PM
Dilaporkan Hilang, Lelaki Tak Sedar Sertai Misi Pencarian Diri Sendiri

Thread @CARI-MRO
Dah ade
Quote epuepy 1-10-2021 12:57 PM
Bongok la mutlu ni. Tu la Lenkali jgn mabuk smpi nyusah kan org
Quote LadyCarefree 1-10-2021 01:28 PM
kelapaparut: org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo


Naivenya kamu.
Quote LadyCarefree 1-10-2021 01:29 PM
Kalau kat sini teruskan lakunan konon bunian sembunyikan dan bila dipulangkan dia tak ingat apa2 lah. Siap cakap nama dia lainlah macam kes konon jin air ambil kat PD tu.
Quote helicornia 1-10-2021 02:51 PM
kelapaparut: org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo

Apa nk heran noks. Dr zaman kamal attarturk lg yg menghapuskan amalan agama Islam dlm masyarakat.wpun skrg Islam berkembang semula tp cara hidup sekular masih diamalkan. Klu tengok citer turki pun selamba je depa minum.iols gi kursus kt Europe dgn org turki pun dorang rilek minum wine masa dinner
Quote gideoncross 1-10-2021 03:47 PM
che-cikL replied at 30-9-2021 10:12 PM
Part yg menyahut tu kelakar nau

Trsengguk2 iol gelak part ni hahahaha.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:48 PM
sukacactus replied at 30-9-2021 04:15 PM
Baca tajuk dah tergelak, baca artikel lagi laa

Iol ingtkn iol sorg je yg trgelak psl ni hahahaha.
Quote gideoncross 1-10-2021 03:50 PM
kelapaparut replied at 30-9-2021 05:33 PM
org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo

Turks tu dorg Islam secular kekdahnya, stakat teguk wine & plihra anjing tu biasa je bgi dorg. Smuanya brmula dri pmerintahan Mustafa Kemal Ataturk.
Quote sukacactus 1-10-2021 04:23 PM
gideoncross replied at 1-10-2021 03:48 PM
Iol ingtkn iol sorg je yg trgelak psl ni hahahaha.

Sebab aku terimagine part dia menyahut tu
Kalau buat sitcom mmg kelakar sgt kan
Quote biskutraya 1-10-2021 06:13 PM
Bongek la.. hahaha. Saya di sini.. hahaha.. nasib baik la bomba tu tak lenyapkn dia terus pastu tak yah susah2 cari dah.
Quote qwen_luna 1-10-2021 08:56 PM
Hahahahhahahahaha kelakar laa Mutlu ni. Terhibur jap

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.089656 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top