CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Kagum First Time Tengok Jurujual Cina Ulas Kondisi Van Jenazah

30-9-2021 07:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3480| Komen: 8|Original author: Oleh: LilRose

Description: Seorang wanita berbangsa Cina mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana petah berbahasa Melayu.
Seorang wanita berbangsa Cina mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana fasih berbahasa Melayu.

Dalam videonya yang dimuat naik di akaun TikTok @Lisa.Toyota, dia berkongsi mengenai kelebihan van jenazah berbumbung tinggi yang diubah suai daripada MPV Toyota Hiace.



Kredit foto: TikTok

Katanya di ruangan komen, van jenazah itu dijual pada harga RM179,000.

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan penjelasan Lisa yang terperinci, namun santai dan mudah difahami.

Malah, ada yang mendakwa baru pertama kali mendengar jurujual membuat ulasan mengenai van jenazah.



Bagaimanapun, difahamkan video berkenaan yang meraih jumlah tontonan sebanyak 243,000 'hilang' dari akaunnya dan Lisa sendiri tidak pasti punca ia berlaku sebelum memuat naik video itu sekali lagi.

"First time ni aku tengok salesman review ulas kondisi van jenazah, terbaiklah.

"Terima kasih Lisa, pengalaman baru juga tengok video macam ni.

"Fasih dan senang faham, jadi tertarik pula tengok van jenazah," antara komen warganet sempat disalin di GEMPAK.

Mungkin ada yang berminat membeli van jenazah ini, boleh hubungis Lisa ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-9-2021 07:56 PM
Benda biasa bang oiiii.. nak kagum apa. Dah dia buat marketing van, takkan la dia nak review makanan. Yg kagum kalau van tu ada lampu2 & van bertukar jadi transfomers
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 09:01 PM
Haiyoooo
Dah itu tugas sheol lorrrrr
Nak jual, kena laa pandai jual
Quote helicornia 1-10-2021 08:20 AM
Apa yg kagumnye? Masih pelat maa...tp salute jugak la tau jugak dia ckp melayu berbanding cina lain ada yg langsung tk reti ckp melayu
Quote husna_amal 1-10-2021 10:13 AM
Kat Malaysia ni boleh jadi viral kalau cina fasih bercakap bahasa melayu.
Quote shark_eow7 1-10-2021 10:16 AM
cuba try orang melayu jual keperluan mati orang cina. buat review mcm ni.
Quote Sham143 1-10-2021 12:17 PM
Soo impressed and professional...Good job miss..
Quote fatinandreanna 1-10-2021 03:20 PM
Mempromosi Toyota Hiace sebagai van jenazah ke ni? Ok. Utk prospective organisations punya market  la ni.

Takkan nak market mcm ni kat personal use customers kan?
Quote AyaqMeloSuam 1-10-2021 07:34 PM
shark_eow7: cuba try orang melayu jual keperluan mati orang cina. buat review mcm ni.

Kompon ustaj ustajah jadian fb kecam berjemaah la cuolllss  {:run

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.051384 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top