CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Di Sempadan AS-Kanada Sebab Mahu Disaksikan Nenek

1-10-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2635| Komen: 6

Description: Perintah sekatan Covid-19 sehingga menyebabkan penutupan pintu sempadan negara tidak menghalang pasangan pengantin dari Kanada menjemput ahli keluarga mereka dari negara bersebelahan menyaksikan detik ...
Perintah sekatan Covid-19 sehingga menyebabkan penutupan pintu sempadan negara tidak menghalang pasangan pengantin dari Kanada menjemput ahli keluarga mereka dari negara bersebelahan menyaksikan detik bersejarah itu.




Lapor CNN, pasangan pengantin itu memutuskan mengadakan majlis perkahwinan di sempadan yang memisahkan Kanada dan Amerika Syarikat (AS).

Karen Mahoney mahu majlis perkahwinannya dihadiri kedua-dua ibu dan bapa serta neneknya yang sudah mencecah usia 96 tahun.


Kredit foto: KAREN MAHONEY/CBS


“Itu sahaja nenek saya yang tinggal, jadi kehadirannya amat penting bagi menyaksikan detik bahagia saya,” kata Mahoney.

AS mengehadkan perjalanan tidak penting merentasi sempadan negara di Kanada sejak permulaan pandemik Covid-19.

Mahoney berkata, dia mempunyai rakan yang bekerja di sempadan negara yang mengaturkan perjumpaan dirinya dan keluarga.

Pegawai itu menjelaskan tentang peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang mengadakan acara itu termasuk memastikan kekal berada di kawasan negara masing-masing.

Mereka juga perlu memaklumkan kepada pegawai kawalan sempadan yang bertugas mengenai acara yang sedang berlangsung.


Kredit foto: KAREN MAHONEY/CBS

Pasangan itu melangsungkan semua acara perkahwinan di kawasan sempadan tersebut, kecuali menandatangani sijil perkahwinan yang diadakan keesokan hari di rumah Mahoney di Cadyville, New York.

Mahoney mula berkenalan dengan suaminya, Brian Ray sejak 35 tahun lalu.

Pasangan janda dan duda itu saling bertentang mata pada 1985 ketika Ray mengajar Mahoney untuk meluncur ski.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-10-2021 03:10 PM
Acik lana idung kata takde diskriminasi.

Quote nakkomenjugak 2-10-2021 05:21 AM
Hahah gitu je border nyaa
Moga berbahagia
Quote Rdizz 2-10-2021 07:33 AM
Simplenya sempadan US Canada, x mcm Msia Siam, sana mungkin x pyh nk jaga teruk2, sini seludup mcm2 drp brg sampai ke org pun seludup, jahat.
Quote TOPwind 2-10-2021 07:40 AM
nakkomenjugak replied at 2-10-2021 05:21 AM
Hahah gitu je border nyaa
Moga berbahagia

nampak mcm negara2 miskin jika di Msia sudah pasti kedua2 borde tu dh di hias dhn pokok bunga dan rumput ditrim cantik.Pelamin sebelah sini nenek sebelah sana.
Quote edayildiz 2-10-2021 09:20 AM
so suwit
Quote I.K.A888990 2-10-2021 08:39 PM
alahai kiut miut sgt
sweet tgk nenek tu pandang cucu dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.110798 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top