CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Ronald Mcdonald Dapat Sumbangan Dari Azizulhasni, Muqharabbin

6-9-2021 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1963| Komen: 1

Description: Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyerahkan sumbangan kepada keluarga transit di Rumah Ronald McDonald terbah ...
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyerahkan sumbangan kepada keluarga transit di Rumah Ronald McDonald terbaharu di Hospital Tunku Azizah.



Kredit foto: IG Muqharabbin 

Antara disumbangkan termasuk katil ceragem, makanan dan lampin pakai buang dewasa yang diserahkan kepada pengurus rumah transit terbabit iaitu Wan Siti Fikriah Wan Ismail.

"Sayu hati saya apabila melihat adik Jannah dan Arisya yang mengidap kanser tahap empat. Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal," katanya.




Sementara itu, Muhamad Muqharabbin yang juga Pengerusi Biro Sukan Pemuda Umno berkata, pihaknya akan terus menyumbang bantuan sedemikian kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan.



Wan Siti Fikriah pula merakamkan penghargaan kepada Mohd Azizulhasni dan Muhamad Muqharabbin kerana sudi membantu keluarga dan anak-anak kecil yang mengalami dugaan besar.

"Hari ini terdapat dua keluarga yang menginap di sini untuk membawa anak mereka menjalani rawatan kemoterapi.

"Jadi, tempat ini akan menjadi tempat tidur dan rehat bagi keluarga pesakit sementara menunggu anak mereka selesai berjumpa doktor," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-9-2021 06:19 PM
Katil Ceragem ni bukan scam ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036417 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top