CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bagi Dua Hari Datang Jumpa Saya, Jangan Bagi Alasan Akaun Kena Godam" - Ali Puteh

6-9-2021 04:00 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7587| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Fitnah yang dia lemparkan kepada saya itu terlalu besar sebab melibatkan duit arwah Abam. Saya beri dia masa lagi sehari dua ini untuk dia datang berjumpa saya."
"Fitnah yang dia lemparkan kepada saya itu terlalu besar sebab melibatkan duit arwah Abam. Saya beri dia masa lagi sehari dua ini untuk dia datang berjumpa saya."


Tidak surut nampaknya kemarahan Ali Puteh apabila dia masih dituduh menggunakan duit abangnya, Allahyarham Abam Bocey.


Kredit foto: IG

"Ada hamba Allah sudah berikan nombor telefon dia pada saya tapi buat masa sekarang ini, saya tak akan hubungi dia lagi sebab nak tengok tindakan dia seterusnya.

"Kalau tak ada respons, saya akan bawa ke balai polis macam mana yang saya buat sebelum ini. Tapi pastikan jangan bagi alasan akaun kena godam," katanya kepada mStar.



Kredit foto: IG

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memuat naik tangkap layar komen individu yang memfitnahnya menggunakan duit arwah Abam bagi mengusahakan kebun duriannya.

Justeru, Ali menasihati orang ramai supaya berhenti menabur fitnah terhadap golongan selebriti di kala berdepan krisis pandemik.


Kredit foto: IG

"Sepatutnya dalam keadaan sekarang negara dilanda pandemik Covid-19, kena la muhasabah diri... fikir soal keluarga dan soal kematian yang semakin dekat.

"Ini tidak... komen benda yang tidak betul dan suka hati saja nak lemparkan fitnah sebegitu. Bila saya periksa, sekarang gambar profil dah bertukar.

"Kenapa takut pula? Masa tinggalkan komen fitnah macam itu, tak takut pula? saya sarankan netizen berhentilah menghentam bukan pada saya saja, tapi artis lain juga," ujarnya.

Apa tindakan individu terbabit selepas ini agaknya? Adakah terus berdiam diri atau memberi alasan klise seperti didakwa Ali? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-9-2021 04:05 PM
Tetap berkerak
Quote anony-mous 6-9-2021 04:08 PM
Auto rasa benci tgk bini n ank2 dia. Org tu xckp pon ali setan ni beli kebun guna duit abam. Dia tanya tggungjwab pd balu n ank sedara tu mana? Tu pon nk sentap
Quote dudaberhias 6-9-2021 04:13 PM
Tak habis2 si kopok losong cicah telur penyu ni. Tak reti2 nak private profile atau block ke? Dah tu sampai bila ko nak teruskan hidup dalan ketakutan dengan komen2 netizen?

Ingat lagi masa tengok maharaja lawak ulangan semalam kemain ali ni kaler rambut, ujung2 nak tuntut faraid cepat2 dia pakai ketayap dan jadi ustaz terbang dengan kata2 yang ala2 warak
Quote Catpaw 6-9-2021 04:32 PM
Sapa suruh menayang, sapa suruh layan khennn
Quote helicornia 6-9-2021 04:33 PM
yg mengkomen pun gigih la, byk sgt masa
klu dia mkn duit bukan hak dia biar la dia sendiri jwb kt mahkamah dunia dan akhirat
kita dok mencerca sama2 kumpul dosa
Quote Adrif 6-9-2021 04:38 PM
takde cerita baru ke.. kes diorang ni soooo yesterday lah  

dah basi, dah lapuk, dah bosan

irrelevant
Quote trexxxxxi 6-9-2021 04:38 PM
Euwwwwwww pehal sentap
Duit untuk Hamzah ada bagi kerrr
Tanya jurrr
Quote nuril86 6-9-2021 04:44 PM
job dah xde ye smpi layan komen2 netizen...
Quote ezacbee 6-9-2021 05:01 PM
Saman jelah.
Tu aje modal pun.

Quote dewi_rina 6-9-2021 05:04 PM
Marah nau dia ni kalau orang sebut pasal balu abam dgn anak dia
Quote TomyamPuteh 6-9-2021 05:06 PM
Tak pernah aman hidup dia ni
Quote _blackbird 6-9-2021 05:11 PM
meluat pulak dengan ali putih ni yg asik offended je memanjang. sama mcm kebanyakkan forumer sini. huhuhu
Quote mawarika 6-9-2021 05:36 PM
Hek eleh tu pun nak kecoh. Benci tgk kau.
Quote dewi_rina 6-9-2021 05:50 PM
"Saya Bagi Dua Hari Datang Jumpa Saya, Alasan PKP Ali oi
Takkan orang tu nak kena rentas negeri sebab nak jumpa kau
Quote kakigebang 6-9-2021 08:51 PM
alisusun sampai abam dh mati pun dipergunaksn lagi ...
Quote LadyCarefree 6-9-2021 09:12 PM
Cakap macam tu pun saman.
Quote LadyCarefree 6-9-2021 09:13 PM
dewi_rina: Marah nau dia ni kalau orang sebut pasal balu abam dgn anak dia



Nanti hang kena saman sebab fitnah dia marah.
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 09:15 PM
teruskan lagi sentap
maksudnya menusuk lettew
Quote Fortiori02 6-9-2021 09:25 PM
Pihak lagi satu tu mintak mahap scr terbuka je la, buat apa nak bayar saman nak mengkayakan mamat nih...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.175654 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top