"Fitnah yang dia lemparkan kepada saya itu terlalu besar sebab melibatkan duit arwah Abam. Saya beri dia masa lagi sehari dua ini untuk dia datang berjumpa saya."
Tidak surut nampaknya kemarahan Ali Puteh apabila dia masih dituduh menggunakan duit abangnya, Allahyarham Abam Bocey.
Kredit foto: IG
"Ada hamba Allah sudah berikan nombor telefon dia pada saya tapi buat masa sekarang ini, saya tak akan hubungi dia lagi sebab nak tengok tindakan dia seterusnya.
"Kalau tak ada respons, saya akan bawa ke balai polis macam mana yang saya buat sebelum ini. Tapi pastikan jangan bagi alasan akaun kena godam," katanya kepada mStar.
Kredit foto: IG
Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memuat naik tangkap layar komen individu yang memfitnahnya menggunakan duit arwah Abam bagi mengusahakan kebun duriannya.
Justeru, Ali menasihati orang ramai supaya berhenti menabur fitnah terhadap golongan selebriti di kala berdepan krisis pandemik.
Kredit foto: IG
"Sepatutnya dalam keadaan sekarang negara dilanda pandemik Covid-19, kena la muhasabah diri... fikir soal keluarga dan soal kematian yang semakin dekat.
"Ini tidak... komen benda yang tidak betul dan suka hati saja nak lemparkan fitnah sebegitu. Bila saya periksa, sekarang gambar profil dah bertukar.
"Kenapa takut pula? Masa tinggalkan komen fitnah macam itu, tak takut pula? saya sarankan netizen berhentilah menghentam bukan pada saya saja, tapi artis lain juga," ujarnya.
Apa tindakan individu terbabit selepas ini agaknya? Adakah terus berdiam diri atau memberi alasan klise seperti didakwa Ali? - CARI |