CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Diculik Dan Diseksa Terjun Bangunan Untuk Selamatkan Diri

6-9-2021 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2562| Komen: 3

Description: Remaja wanita yang mendakwa dirinya diculik nekad menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari tingkap bangunan di bandar Antalya, Turki pada Khamis lalu.
Remaja wanita yang mendakwa dirinya diculik nekad menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari tingkap bangunan di bandar Antalya, Turki pada Khamis lalu. 


Lapor Daily Mail, satu rakaman video menunjukkan Sirin N.E, 19, menjuntaikan kakinya di tingkap sebelum melompat keluar dari ketinggian sembilan meter. 


Kredit foto: newsfounded.com

Remaja itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum melakukan lompatan. 

Namun, orang ramai yang tidak mengetahui Sirin berada dalam bahaya cuba mendesaknya untuk masuk kembali ke dalam bangunan itu dan menelefon pihak polis. 


Dia akhirnya terjun dari tingkap bangunan itu sebelum terjatuh di atas sebuah kereta dan dibantu orang ramai.  

Insiden itu menyebabkan mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

Sirin menjelaskan, dia diculik dan diseksa lelaki Iran yang turut berniat menjual dirinya. 

Seorang saksi, Sahin Iyidilli berkata, dia berada di dapur ketika mendengar jeritan dari luar. 

“Apabila saya melihat ke luar tingkap, saya terdengar Sirin menjerit, ‘Saya mahu mati’,” katanya kepada laman berita Turki Haberler. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-9-2021 06:41 PM
Kesiannya. Manusia mesti ada yg kejam.
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 09:05 PM
kesiannyaaaaa
harap ada yang bantu dia
Quote I.K.A888990 7-9-2021 02:25 AM
kejamnya. so dpt tangkap x si haiwan yg culik budak ni
harap budak tu sembuh cepat. mesti trauma dia lps ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.209715 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top