CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Terkejut Tanah RM7 Juta Berpindah Milik Tanpa Pengetahuan-Siapa Tangan Ghaib Tu?

6-9-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22555| Komen: 235

Description: Dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.
Dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.


Persoalannya, bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) itu kepada syarikat berkenaan tanpa keizinan pemilik asal.

Susulan perkara itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber memberitahu Harian Metro mangsa hanya menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

Foto: Harian Metro

"Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

"Mangsa mendakwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak milik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat. Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah milik tanpa pengetahuan pemilik tanah itu sendiri. Urusan tukar hak milik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu," katanya kepada Harian Metro.

Sumber sama memaklumkan susulan laporan dibuat mangsa, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lima lelaki termasuk peguam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Tangkapan dilakukan di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang dan di IPD Dang Wangi selepas semua individu selesai memberi keterangan," katanya.

Ditanya mengenai identiti mereka yang ditahan itu, sumber memaklumkan individu terbabit adalah peguam yang menyediakan dokumen serta pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.

"Setakat ini tiada lagi pegawai pejabat tanah ditahan untuk siasatan. Pasukan polis menyiasat kes berkenaan termasuk penyaluran wang yang dikaitkan dengan penjualan dan pembelian lot tanah berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

"Kami sudah tahan lima lelaki tempatan dan merampas 22 set dokumen dipercayai digunakan dalam urusan penjualan dan pertukaran hak milik tanah.

"Semua individu ditahan reman satu hingga empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 KK," katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pembabitan pegawai pejabat tanah dalam kes itu, namun menegaskan siasatan lanjut dan terperinci dilakukan pihaknya dari semua aspek.

Katanya, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 6-9-2021 03:02 PM
menarik news ni...apa cerr
Quote Lolalala 6-9-2021 03:13 PM
Macam mana anak sedara boleh tahu?
Quote mawarika 6-9-2021 03:17 PM
Wow bahaya betul..
Quote edayildiz 6-9-2021 03:19 PM
yela pelik ni..plot twist anak sedara punya angkara. ingt dlm drama korea jer gini..kwn jual umah tnpa pengetahuan
Quote naina 6-9-2021 03:22 PM
Fuhh. Senang betol bertukar hak milik tanpa tuan tanah tau. Semoga mereput yachh. Semoga Compeny yang dibina atas tanah orang lain tu tidak akan pernah untung. Malah defisit. Stress lalu bunuh diri. Terbayang2 kalau orang kampung pakcik2 tua yang terkena cmni. Mesti blur tak tau nak buat apa.
Quote sarah82 6-9-2021 03:28 PM
Mampos laaaaaaa.. Masak
Quote mclaren 6-9-2021 03:29 PM
Ilmu ghaib ni kena tanya kak Sittah.
Quote dua_chzy 6-9-2021 03:32 PM
naina replied at 6-9-2021 03:22 PM
Fuhh. Senang betol bertukar hak milik tanpa tuan tanah tau. Semoga mereput yachh. Semoga Compeny yan ...


Memang begitu. Sapa berduit dia menang. Lagipun Pejabat Tanah ni memang terkenal korupted kaki rasuah. Tanah pusaka atok akak pun dirampas begitu sahaja oleh Cina babi. Bajingan kat Pejabat Tanah yang terima rasuah kasik pindah penama. Padehal native land tu. Mak akak terai fight tapi sampai sekarang takda hasil. Dah lebih 25 tahun.
Quote sqlite3 6-9-2021 03:36 PM
Banyak2 agensi kerajaan yg aku buat urusan, urusan dipejabat tanahlah yg paling teruk sekali. maleh nak komen lebih2.
Quote KIM.K 6-9-2021 03:36 PM
Teringat plan 2021 ilumasin. Ogos ke Sept nak amik properties rakyat

Acik takbayo cukai tanah ke
Quote bakingsoda 6-9-2021 03:37 PM
ittew la mcmn anak sedara tau pulakkk ape yg jadi pd tanah makcik dia, tanah bapak aku pon aku tatau ada berapa dan lokasi tepat kat mana jangankan tanah makcik pakcik lagii la. ke anak sedara ni ada plan nak buat sesuatu ngan  tanah tuu...
Quote naina 6-9-2021 03:46 PM
dua_chzy replied at 6-9-2021 03:32 PM
Memang begitu. Sapa berduit dia menang. Lagipun Pejabat Tanah ni memang terkenal korupted kaki r ...

Tak tau ke tanah tu hak milik orang? Cmne boleh senang2 rampas cmtu. Takkan xtau kemudian hari akan menyusahkan diri. Geran tanah semua ada kan. Jahat ya buat kerja kotor cmni. Nenek.moyang dulu bergolok gadai dapatkan tanah. Macam bapak iols dulu2 tinggal anak bini bulan2 Sebb nak bukan tanah tebas hutan. Siap ada kawan2 bapak mati lagi. Haishh
Quote Siti_Muhaymin 6-9-2021 03:47 PM
Semoga yang terlibat dengan penipuan ini mendapat hukum setimpal oleh Allah swt ..hati masing masing dah hitam.
Quote c===8 6-9-2021 03:52 PM
sapa yg ada kenalan keja pejabat tanah tau la, walaupun level kerani lepasan spm gred 3 aliran sastera
Quote nuryakmal 6-9-2021 03:52 PM
amboi. sapa sign MOT tu. pakai cap jari sapa
Quote green~tea 6-9-2021 03:57 PM
Owner ni tak pernah bayar cukai tanah ke tetiap tahun, yang sampai tak perasan hartanah dia dah lenyap bertukar nama...
Quote Manjahati 6-9-2021 04:12 PM
Tanah nilai 7 juta tetiba tukar nama..mcm senang pulak urusannya smpikan tuan tanah x tau menahu
Quote annehuda 6-9-2021 04:15 PM
Ditanya mengenai identiti mereka yang ditahan itu, sumber memaklumkan individu terbabit adalah peguam yang menyediakan dokumen serta pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.


ni mmg pernah terjadi kt kg aku. si pentipu ni deal ngan pjbt peguam.  peguam boleh sign borang penyaksian yg untuk tukar tanah tu. so what happen is nnt pentipu ni die akan cari tanah2 yang orang tak usahakan, buat carian kt pjbt tanah. kalau ada penama sorg tu masih hidup, nnt si pentipu ni tipu sign la dan pakat dgn pjbt tanah tu. pjbt tanah takleh tolak borg penyaksian yg pjbt lawyer sign.  kalau geran pun, skrang ni urusan tanah tak perlu geran pun asalkan nama dalam sistem dah bertukar. ha gitu
Quote wana89 6-9-2021 04:17 PM
Ya, perlupusan hak milik boleh berlaku kalau tak bayar cukai tanqh.. Ni memang dalam ktn ada.
So, iols xtahu sebab apa boleh pindah milik.. Sebab xbayar cukai atau sebab dotdotdot so reserved my comment

Lihat semua komen(235)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.341246 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top